Monday, February 21, 2011

PONDAN : Dari Perspektif Profesional

Salam mania pakcik ucapkan pada semua followers setia "WARNA" the REDSmania...Hahahaha...moga kalian berada di dalam keadaan sihat walafiat dan selesa hendaknya...Eermm...kali ini "WARNA" akan mengupas satu ISU yang dianggap oleh kebanyakan makhluk yang bergelar masyarakat sebagai ISU KERUNTUHAN MORAL...

PONDAN...bila terbaca...ternampak atau terdengar perkataan ini...pakcik pasti ramai yang di luar sana akan terbayangkan sekelompok manusia yang cuba menjadi diri orang lain...ramai yang terbayangkan sekumpulan manusia yang cuba membuang segala kekurangan diri agar nampak lebih menonjol dan sekumpulan manusia yang banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan adat ketimuran.

Oleh itu...pakcik akan cuba berkongsi apakah definisi sebenar PONDAN daripada sudut pandangan profesional pakcik yang banyak terlibat dan berurusan dengan golongan ini...Semoga pendapat dan idea ini akan dapat memberikan pandangan yang lebih jelas...telus dan boleh mengubah persepsi kita sebagai makhluk ciptaan Allah sepertimana Allah ciptakan golongan ini ataupun lebih suka pakcik gelarkan mereka ini sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...hahaha....baca betul2 tau..SEKSA...bukan SEKSI...

 Eermm...kenapa pakcik katakan mereka sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...???
Ada beberapa sebab dan alasan....Antaranya ialah..:
1: Mereka sering dipandang serong...dipandang keji dan selalu dihina oleh masyarakat walau mereka hidup tanpa mengganggu dan menyusahkan masyarakat.

2: Jiwa mereka terkurung...jasadnya LELAKI...jiwanya PEREMPUAN

3: Kelulusan akademik mereka jarang diiktiraf memandangkan sifat lembut yang ada pada mereka. Peluang pekerjaan amat nipis dan sering ditolak memandangkan masyarakat memandang rendah akan keupayaan mereka.

Owh yaa...sebelum pakcik pergi dengan lebih lanjut...rasanya perlu untuk pakcik jelaskan bahawa golongan lembut ni terbahagi kepada beberapa kategori...
Antaranya ialah :

1: Mak Nyah : Mak Nyah atau Shemale ialah golongan yang hampir 90% wanita...mereka punyai buah dada...pinggul yang cantik...rambut yang terjaga malahan di sesetengah bahagian terutama kulit, mereka lebih daripada wanita...bezanya, mereka masih punyai kemaluan lelaki.

2: Pondan : Juga dikenali sebagai Lady Boy...baca bebetul yer...Bukan Lady GAGA...Lady Boy...hahaha....eermmm...tang mana plak bezanya...??...Owkey...!!..Pondan juga seakan wanita...hampir 60% adalah wanita....cuma, mereka tidak punyai buah dada dan masih mempunyai kemaluan lelaki...Akan tetapi dari segi bentuk rambut...kulit...dan penjagaan diri...mereka sama dengan kaum wanita...malahan lebih cerewet dari wanita...

3: Bapuk : Haaaa...inilah golongan paling teruk dalam kategori lelaki lembut...Sebab tu jika Mak Nyah atau Pondan dipanggil Bapuk...mereka akan hanginnn satu badan...Silap2 anda akan dibelasah...!!!...Hahahaha....
Kenapa...???...Apa bezanya....????
Owkey...!!..Bapuk ialah golongan lelaki yang baru2 nak belajar menjadi lembut...atau buat2 lembut...atau jenis lelaki yang sedang mencari identiti...Nak dikatakan lembut, ianya bersifat kasar dan keras...Nak dikatakan kasar, mereka macam lar lembut sangat...Jadi senang cerita...mereka ni takde identiti...
Bapok ni selalunya akan bersikap suka menonjolkan diri di khayalak...Kalau bercakap, mesti suara mereka agak tinggi dan suka menarik perhatian orang sekeliling...Yang lebih parah, mereka akan memaki hamun sesuka hati tanpa pedulikan orang lain...Biasanya golongan ini sentiasa merasakan diri mereka adalah DIVA...hahaha...Dek kerana sikap golongan Bapok nilah biasanya masyarakat umum akan melabel semua golongan lembut sebagai kurang ajar...kurang sopan...dan perosak bangsa serta pelbagai lagi...Ini kerana dalam masyarakat Malaysia...golongan lembut dikenali dengan 3 panggilan ini sahaja...iaitu...PONDAN...BAPUK serta MAK NYAH...Tapi bagi kebanyakan orang...ketiga2 panggilan ini adalah SAMA sahaja... 

Apa Kelebihan Mak Nyah dan Pondan...???
eeermmm...Satu soalan yang menarik untuk dihuraikan...ye...!!!...apa kelebihan mereka...?? Oklah...pakcik ingin berkongsi beberapa pengalaman daripada pemerhatian pakcik sendiri tentang kelebihan2 golongan ini iaitu Mak Nyah dan Pondan...

Antara kelebihan mereka ialah :

1: Tekun : Golongan ini amat tekun bila bekerja...jarang di kalangan golongan ini membuat kerja sambil lewa atau main2...Tengok saja kalo dari sudut negatif...bila mereka melacurkan diri...Mereka sanggup berdiri di jalanan berjam2 lamanya sehinggalah mereka penuhi target mereka pada malam tersebut...
Kalo dari sudut positif, sekiranya mereka menjahit baju...mereka akan jahit baju tersebut dengan kemas...teratur dan akan sedaya mungkin memuaskan hati pelanggan mereka.

2: Cermat : Golongan ini amat cermat dan berhati2 dalam menjalankan tugasan mereka...Seboleh2nya mereka akan memastikan tiada kesilapan walau pun yang kecik dalam kerja mereka. Sebagai contoh...sekiranya mereka memake upkan orang, mereka akan teliti dari pelbagai aspek seperti teknik shading dan sebagainya..

3: Kemas : Jarang kita tengok golongan ini hasil kerjanya bersepah2 ataupun berkecamuk...biasanya kita kan berpuas hati dengan apa yang mereka hasilkan

4: Menghayati : Berilah apa jua tugasan kepada golongan ini...pastinya mereka akan lakukan dengan sepenuh jiwa mereka...dan...!!!...Harus kita ingat...hasil kerja yang penuh penghayatan pastinya akan membuahkan hasil yang sempurna

Apa Yang Menjahanamkan Golongan Ini...??
Wahh...!!...Satu persoalan yang menarik dan pastinya akan menimbulkan banyak rasa kurang senang dari golongan ini terutamanya...Hahaha...Tapi...!!..Walau apapun ini hanyalah hasil kajian dan pemerhatian pakcik...
Antara penyebab kemusnahan golongan ini ialah :

1: Dadah : Ramai golongan ini terlibat dengan dadah atas beberapa sebab..
a: Kerana inginkan tubuh yang cantik
b: Pengaruh "laki" atau "suami" mereka
c: Tekanan daripada kutukan masyarakat dan kawan2
d: Untuk menambah tenaga semasa bekerja (golongan yang melacur)

2: Laki atau Suami : Ini adalah punca tertinggi kemusnahan masa depan golongan ini. Sebabnya...mereka begitu taksub...takut serta dikongkong oleh pasangan mereka hinggakan mereka tidak punyai kebebasan untuk bergerak dan bekerja. Sering menjadi mangsa pukul oleh pasangan...Tapi masalahnya...golongan ini tetap menyayangi pasangan mereka biar pun diperlakukan demikian...Dan...sikap ini kadang2 memusnahkan masa depan mereka
- Sesetengahnya sanggup membelikan pakaian berjenama untuk pasangan sedangkan diri sendiri memakai pakaian bundle...
- Mendapat pasangan yang tidak bekerja...malas...dan penagih dadah

3: Mempunyai "mak ayam" yang tidak mempedulikan "anak ayam"...malahan memaksa anak ayam bekerja untuk diri mereka...akan tetapi peratusannya amat sedikit...hahaha....Jangan marah noo wahai sekelian mak ayam...baik mak ayam besar..maupun mak ayam kecik....hahaha

KEJAYAAN

Owkey...di sini juga suka pakcik berkongsi dengan semua followers "WARNA" beberapa orang Mak Nyah dan juga Pondan yang telah berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Ada di antara mereka yang boleh mencapai tahap pendapatan bersih RM 80 - 100 ribu sebulan...Yang paling bangsat pun sekitar RM 15- 20 ribu sebulan....

Pakcik harap nama2 yang akan pakcik ketengahkan ini tidak marah dengan pakcik yer...hahaha...bukan apa..sekadar untuk mengubah "WARNA" pandangan masyarakat pada golongan kalian...Tidak ada niat tersurat maupun tersirat...apatah lagi nak buat 
Promosi Harga Runtuh...

Di antara yang telah berjaya yang pakcik kenal ialah :

1: Tiara Razlan : Tiara Razlan merupakan staff pakcik yang paling kanan. Ibarat tangan kanan pakcik...Sekiranya pakcik takde...maka Tiara layak untuk membuat sebarang keputusan bagi pihak syarikat.
Beliau merupakan seorang make artis yang bergiat cergas sehingga ke hari ini. Menghasilkan banyak drama2 dan filem. 
Bersama pakcik, tugas Tiara ialah sebagai Tenaga Pengajar untuk kelas2 solekan dan dandanan kelolaan syarikat pakcik. Dan...Tiara dibayar ribuan untuk tugasan setiap 5 hari seminggu...sebulan...???...eermmm...tanyalah Tiara. Hahaha....

2: Didie : Ni pula orang ke2 penting dalam team kami...Tanpanya perjalanan syarikat agak tempang barangkali...Punyai karisma yang tinggi...Kreativitinya memang hebat...Merupakan seorang wedding planner yang agak berjaya di Johor Bharu...Meninggalkan dunia perfileman setelah membuka perniagaan sendiri. Kerja luarnya hanyalah bila dipanggil oleh kami.
Didie semasa menerima cenderamata dari syarikat

3: Teja : Seorang pondan yang berjaya dalam hidupnya... Menetap di Bukit Antarabangsa...Merupakan seorang jurusolek yang "meletup"...Kalau budget agak ciput...fikir2 dulu sebelim memanggilnya...hahaha...Seorang yang baik hati dan berterus terang...Punyai semangat untuk maju yang tinggi dan mampu bersaing.
Teja berdiri paling kanan semasa menerima sijil dandanan rambut

4: Shaira @ Shana : eermm...merupakan seorang Mak Andam yang agak berjaya dan suksess...Menetap di Pantai Dalam dan juga mempunyai Butik pengantin di Pantai Dalam...Orangnya agak cantik...hasil kerjanya pasti memuaskan hati...

5: Fynaz : Ermm..seorang make up artis yang agak berjaya. Drama terhebat yang dihasilkan ialah Sutra Maya untuk tayangan TV3...Kuat bekerja dan mempunyai teknik make up yang agak bagus.
Fynaz merupakan best student untuk Kursus Dandanan Rambut

6: Zakin Ramlee : Berasal dari Pekan Pahang dan merupakan wedding planner yang agak terkenal di Pahang. Banyak membuat kerja2 untuk kerabat2 istana Pahang. Seorang yang sangat senang untuk bekerja sama. Bertindak sebagai penyelaras pakaian sekiranya kami terlibat dengan show.
Zakin Ramlee atau lebih dikenali dgn nama Abg Kie



7: Bety Jadjuri : eermm...inilah pondan yang paling lama pakcik kenali...sejak 15 tahun yang lepas dari mula2 dia sampai ke KL...dulunya seorang pondan yang bekerja di kedai makan...kemudian berusaha mengubah hidup dengan bertukar ke bidang kecantikan dengan menyertai rangkaian Body Shop...dan sekarang menjadi seorang jurusolek profesional...dulunya seorang pondan tetapi sekarang sudah bertukar status kepada shemale...Berasal dari Sabah dan punyai semangat yang tinggi...15 tahun lepas, kami tinggal berjiran di Jalan Sarikei off Jalan Pahang..

Bety...duli pondan...NOW..shemale already...hahhaa...


Inilah sebahagian daripada kisah kejayaan golongan mak nyah dan pondan yang dapat pakcik kongsikan...Apa yang pakcik dapat rumuskan, kejayaan mereka ini adalah hasil kerja keras mereka dek kerana lain2 peluang yang sepatutnya mereka miliki telah ditutup oleh masyarakat...Jadi dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, mereka sedaya upaya berusaha untuk mencapai satu standard kedudukan dalam masyarakat...


Melalui "WARNA" ini, pakcik ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua golongan2 Mak Nyah dan Pondan yang telah berjaya menjadi seseorang sekarang ini...Bagi yang masih terumbang ambing mencari identiti...kembalilah kalian ke jalan yang dapat menjamin masa hadapan... 

Sekian dulu untuk kali ini..."WARNA" akan kembali sekiranya masa dan keadaan mengizinkan...Bye-bye..mmmuuaahhhh...!!!