Monday, April 22, 2013

Teori R.A.H.M.A.N..adakah sekadar TEORI...ataupun sebenarnya REALITI..??

Assalamualaikum....Bapak2 bekas menteri..Ketua2 Bahagian...Ustaz2 politik...cikgu2 yang bersemangat tinggi..pelajar2 IPT yg baru pertama kali nak mengundi..driver2 lori...penjaja2 roti..tauke2 ikan...peniaga2 nasi dagang....Selamat Berkempen pakcik ucapkan pada semua...TAPI...sabarrr dulu...jangan keluar rumah pepagi untuk pergi mengundi dulu...tunggu dulu 5 Mei 2013...Sekarang ni berjinak2lah dengan kedai kopi dulu...kerana semua maklumat terkini dan breaking news ADA di situ...hahaha...

Owkeyy...kali ini..TEMPOYAK akan menyentuh sedikit tentang satu "permainan" saintis...iaitu TEORI...kerana apa pakcik panggilnya "permainan" saintis...???..Sebab kalo penjual burger..mereka TIDAK menggunakan TEORI...hanya TANGAN dan JARI sahaja yg boleh menyiapkan sebiji burger...hehehe....

Teori R.A.H.M.A.N...satu teori yang sering bermain dibibir orang2 yang terlibat dan berminat dengan politik...Satu teori yang menghuraikan nama2 pemimpin yang memegang jawatan PERDANA MENTERI di Malaysia...akan TETAPI...bagi penjual burger dan pemandu teksi...mereka lebih gemarkan TEORI ekonomi...kerana ekonomi yang bagus akan lebih meramaikan penumpang teksi dan pembeli burger...DAN...ada pelanggan burger yang SANGGUP menaiki teksi untuk membeli sebiji burger...hahhaha....

Orite..udah2 mengarut dan melalut dulu...biar pakcik huraikan apa makna R.A.H.M.A.N ni...berdasarkan maklumat yang pakcik dapat dari "saintis" bersara yang suka makan maggi...

    R  =  Tunku Abdul RAHMAN                - Perdana Menteri Malaysia Pertama
    A  =  Tun ABDUL RAZAK                    - Perdana Menteri Malaysia Kedua
    H  =  Tun HUSSEIN Onn                     - Perdana Menteri Malaysia Ketiga
    M  =  Tun MAHATHIR Mohamad           - Perdana Menteri Malaysia Keempat
    A  =  Tun ABDULLAH Ahmad Badawi    - Perdana Menteri Malaysia Kelima
    N  =  Dato Seri NAJIB Tun Abdul Razak- Perdana Menteri Malaysia Keenam

Persoalannya....kenapa TEMPOYAK duk sibuk2 nak tulis pasal teori bagai sekarang ni..???..Ini dah jauh lari "tajuk" serta "bau" TEMPOYAK...Owkey...ginilah yer..biar pakcik TOLONG jawabkan...TEMPOYAK jadi berminat untuk menulis tentang teori atau politik bagai ni SEBAB...sekarang ni adalah musim PILIHANRAYA di MALAYSIA...musim RAKYAT MALAYSIA memilih pemimpin yang akan menerajui MALAYSIA...Oleh kerana itu..TEMPOYAK teringin gak la merasa "bau2" haruman lain SELAIN dari bau "durian reject" yang sering digunakan untuk menghasilkan TEMPOYAK...Jaaadiii...pakcik amat berharaplah agar abang2 long..ayah2anda..adik2..macai2...TIDAK mengambil hati maupun terasa hati dengan "keteluaran" bau TEMPOYAK kali ni..OK...????...eermmm...camtu lar...

Ok...kita sambung....JIKA dilihat pada senario hari ini..PRU13 adalah YANG TERSENGIT dan yang PALING SUKAR untuk kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib....Kenapa pakcik kata demikian...???

Kalau diLIHAT pada calon2 awal Barisan Nasional dan juga pada HARI penamaan calon, kem BARISAN NASIONAL sendiri bergoyang bagai ditiup badai...DUN Johol dan DUN Seri Setia terpaksa digantikan dengan orang lain yang bukan dicalonkan diperingkat awal...Pada hari penamaan calon, Kuala Kangsar bergolak kerana orang kuat WANITA Umno bertanding atas tiket BEBAS...begitu juga bekas Timbalan Menteri yang bertanding atas tiket BEBAS...Pada hemat pakcik..perkara2 sebegini tidak berlaku dulu..kalo ada pun...MUNGKIN pakcik TAK TAHU ataupun TAK INGAT...

Kekuatan pembangkang juga amat terserlah setelah badai Tsunami politik 2008...Pada tahun 2008 dulu...ada yang beranggapan apa yang berlaku adalah MAINAN anak2 muda yang ingin CUBA dan maukan SEDIKIT perubahan...akan tetapi...JIKA diLIHAT pada hari ini...badai Tsunami ini nampak macam BELUM berakhir...malah.... seakan2 AKAN muncul pula PUTING BELIUNG yang maha dahsyat...

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib TELAH berusaha sedaya mungkin menutupi dan memperbaiki setiap "kebocoran" yang berlaku dalam parti...AKAN TETAPI...ramai yang beranggapan...usaha ini AGAK TERLEWAT...Apapun pakcik TIDAK boleh mengulas lebih lanjut..KERANA..tarikh 5 Mei 2013 adalah PENENTU...

Secara peribadi...pakcik berpendapat..sekiranya jentera2 Barisan Nasional bekerja dengan bersungguh2 dan ikhlas..maka TEORI R.A.H.M.A.N. akan TETAP sebagai TEORI...BUKANnya REALITI....TETAPI....Jika Barisan Nasional terus leka..layu...dan longlai...cah keting..kerat..TEORI ini TIDAK mustahil bertukar kepada REALITI

Pakcik juga berpendapat..KEKALAHAN yang berlaku pada BARISAN NASIONAL selama ini BUKANlah kerana sesuatu tempat itu KUBU KUAT parti lawan..AKAN TETAPI..KEKALAHAN itu BERLAKU kerana meluasnya BUDAYA KERAT..CAH KETING...SABOTAJ dsbnya dalam Barisan Nasional sendiri..Lihat saja apa yang berlaku selama 22tahun di Kelantan...Ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian pakcik sendiri...

Orite...pakcik ghaso..setakat ni lah dulu cito TEORI ni...kita sama2lah TUNGGU keputusannya nanti pada 5hb MEI 2013..samada R.A.H.M.A.N ni hanya sekadar TEORI ataupun REALITI...Jangan lupo adik kakok pokcik mokcik KELUAR mengundi tau..Jangan ekau ghosakkan pulak koteh undi tu...baghu kita dapek tau TEORI ko REALITI...

Botul ko depa2 ni keluar dari UMNO..??..Yang tau sejarah PASTI dapat citokan pada pakcik..



                   Layan Lagu Mengundi Sementara Tunggu Hari Mengundi