Saturday, April 20, 2013

ANALISIS AWAL PRU13 - DARI PERSPEKTIF PERIBADI

ANALISIS AWAL PRU13 - DARI PERSPEKTIF PERIBADI

Hari ni..20hb APRIL 2013...semboyan PRU13 telah dibunyikan secara rasmi dengan memasing parti memperkenalkan jeneral "perang" secara rasmi...

Memang seperti yang dijangka..BANYAK kejutan berlaku...banyak PERPECAHAN dalaman berlaku gara2 senarai calon awal yang diumumkan...dan ramai insan yang kecewa dengan parti sendiri memulakan langkah baru dengan menyertai golongan BEBAS..PRU13 juga menampilkan PALING RAMAI calon BEBAS bertanding di seluruh negara...tidak kira diperingkat DUN maupun Parlimen.

Paling mengejutkan pakcik..apabila DS Najib TIDAK mencalonkan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim di kerusi Parlimen...penyudahnya..Datuk Kamilia bertanding atas tiket BEBAS di Parlimen Kuala Kangsar...Tindakan Datuk Kamilia ini pada pakcik, akan memecah belahkan UNDI rakyat Kuala Kangsar kepada BN dan adalah AMAT TIPIS untuk BN memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar...

Beralih ke PASIR MAS..bandar etok yang ada "katak"...hahaha...Kejutan yang berlaku memang di luar jangka...'Idola" pakcik dalam politik Malaysia, Dato Ibrahim Ali khabarnya hanya akan menentang calon dari PAS kerana calon BN TIDAK menghantar borang pencalonan dalam waktu yang ditetapkan...eermmm...agak menarik situasi ni sebenarnya...Ada yang bertanya pada pakcik.."Apa sudah jadi??.."..Pada pakcik..penarikan Johan Che Pa ini hanyalah tindakan BIJAK DS Najib untuk TIDAK mengecilkan hati orang2 BN Pasir Mas...sebabnya..??..sebabnya..Tun Mahathir pernah berkata..dia setuju jika Dato Ibrahim Ali dicalonkan di Pasir Mas atas tiket BN untuk PRU13 nanti...Pada pandangan pakcik..pendapat Tun M diambil kira oleh pucuk pimpinan tertinggi BN...Ini kerana Dato Ibrahim Ali adalah calon yang BOLEH MENANG di Pasir Mas...Beliau adalah seorang yang cekal selain sifat PEMURAH beliau pada rakyat PASIR MAS..

Bertolak ke Parlimen Pekan...pertemuan DUA penjuru DS Najib dan PKR..pada pakcik DS Najib akan MENANG MUDAH di Pekan..satu2nya kerusi yang disandangnya sejak puluhan tahun...

Kita jenguk dan kelobek di Kelantan...eermmm...Negeri yang selalu UNIK dari segi keputusan PRU...Negeri yang rakyatnya selalu susah dijangka apabila membuat keputusan dalam PRU...Negeri yang sebenarnya BUKAN KUBU KUAT untuk mana2 parti..Apa yang menarik...PRU13 mencalonkan 4 orang sahabat pakcik untuk bertanding atas tiket BN..2 orang atas tiket PAS dan seorang anak sepupu atas tiket PKR. Kalo dilihat senario semasa..calon BN yang akan kembali diberi mandat besar oleh pengundi di Kelantan adalah Tan Sri Annuar Musa yang bertanding di Parlimen Ketereh..Ini kerana TSAM adalah seorang ahli politik yang TIDAK pernah jemu berbakti kepada pengundi kawasannya samada semasa menang ataupun semasa beliau tidak mempunyai apa2 jawatan dalam politik..Pengaruhnya sebagai Presiden KAFA sedikit sebanyak akan membantu momentum politik beliau..Pada pandangan pakcik, tindakan DS Najib mencalonkan TSAM kembali ke kerusi Parlimen adalah satu langkah yang PALING BIJAK...Dato Ikhmal Hisyam di parlimen Tanah Merah...seorang ORANG LUAR dan bukan warga TANAH MERAH..akan tetapi Dato Ikhmal Hisyam bukan seorang yang ASING pada pengundi Tanah Merah...Beliau terlalu banyak menabur jasa dan bakti...Van jenazah utk setiap DUN..penapis air untuk rakyau Tanah Merah dan pelbagai lagi sumbangan yang beliau berikan sejak dari dulu sebelum memegang Ketua Bahagian UMNO  harus diambil kira..Cumaa.....pakcik cuma risau beliau akan DIKERAT oleh satu lagi PUAK dalam UMNO Tanah Merah yang selalu TIDAK berpuas hati dengan beliau..DUN Bukit Panau menyaksikan pertembungan 2 calon yang pernah berentap dulu...Abdul Fattah Mahhmod dan Ustaz Baharuddin dari BN...Kedua2 calon dekat dengan rakyat dan senang dibawa berbincang...DUN Bukit Panau ini hanya terserah pada rezeki Allah Taala selain kedua calon harus bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat Bandar Tanah Merah...

Lari sebentar ke Machang...bandar yang mempunyai sejarah dan keunikan politik di Kelantan...Dua orang sahabat pakcik bertanding atas tiket BN di sini..Dato Jazlan Yaakub di Parlimen Machang dan Ustaz Halim di DUN Pulai Chondong...eermmm...agak bijak DS Najib mencalonkan Jazlan bertanding di kerusi Parlimen...Pakcik kata begini kerana Jazlan memang seorang yang disenangi oleh penduduk Mache samada oleh penyokong PAS maupun BN...Jazlan MESRA dengan semua orang Mache..Pada pakcik..peluang Jazlan untuk menang di Parlimen Mache tahun ni adalah BESAR sekiranya beliau TIDAK diCANTAS...Usraz Halim..eermm..low profile..DUN Pulai Chondong ni agak susah untuk diramalkan kerana di sini antara kubu kuat PAS sejak dari dulu...pada pakcik, peluang Ustaz Halim hanya 50-50..

Secara keseluruhan..pada pakcik, PRU13 ini akan melihatkan pertambahan kerusi Parlimen yang akan dimenangi BARISAN NASIONAL di Kelantan...bagi DUN pula..PAS tetap dapat mempertahankan kemenangan untuk penggal seterusnya..

Parlimen Pandan...eermmm...ini kerusi yang SELESA untuk Rafizi Ramli walau lawan 3 penjuru..Kenapa pakcik kata camni..??..Pandan merupakan kawasan MELAYU..majoriti pengundi adalah Melayu...dan Rafizi Ramli adalah SATU2nya calon MELAYU yang bertanding di kawasan ni..SO...???...sendiri mau ingat la abe adik...

Eermm...SELANGOR...satu negeri yang PALING diKEHENDAKI oleh BN...Pada pandangan berdasarkan risikan..perbualan..dan tempat2 yang pakcik singgah dan lawati sepanjang bubarnya Parlimen sehingga ke awal pagi tadi sebelum penamaan calon...SELANGOR amat2 SUKAR untuk diTAWAN kembali oleh BARISAN NASIONAL...apapun...masa ada lagi 2 minggu untuk calon2 dan jentera2 berusaha ALL OUT untuk menawan kembali hati rakyat yang pernah TERLUKA...

SABAH...kata orang fixed deposit BN...tapi kalo melihat pada senario terkini PRU13, ianya lebih kepada CURRENT ACCOUNT sahaja...Apapun...keputusan di SABAH akan mempengaruhi PARLIMEN dan KERAJAAN Malaysia nanti..

PRU13 juga PALING RAMAI menampilkan ARTIS sebagai calon...satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia...Tapi pada pakcik, mencalonkan artis sebagai calon TIDAK akan membawa perubahan pada parti politik berkenaan kerana rakyat Malaysia BIJAK untuk memilih calon yang BOLEH BEKERJA dan calon yang MENCARI GLAMOUR...Apapun..kita boleh lihat keputusannya nanti...pertembungan Aisyah JANJI MANISMU dengan Isa Samad JANJI DITEPATI...Azalina VS Dayangku Intan...Herman Tino VS Noh Omar kalo tak silap pakcik...

Ok...setakat ini analisis awal yang sempat pakcik utarakan..Insyaallah akan ada susulan jika pakcik TAK MENYIBUKKAN diri BERKEMPEN...Salam hormat dan SEMOGA BERJAYA kepada calon2 YANG BERTANDING dalam PRU13 ni di SELURUH NEGARA