Monday, April 25, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah : 1001 Pengertian

            Salam kabare kepada mekeme2 di luar sana....Apa habo abang2 teksi..??...brader2 lori...??...penebo2 roti canai...??...para penjual cendol...??...Sibukkah para pemandu ambulan...??...para relawan...??..dan pakcik2 di kedai kopi...??..Teman di "WARNA" mengharapkan kalian selalu diberkati dan sentiasa sihat walafiat....

        Kepada Kak Som...Kak Joyah...Kak Limah dan Senah di luar sana...diharapkan kalian juga sentiasa tersenyum dan menjaga peribadi agar suami TIDAK "lari malam"....hahaha....

        Owkey...!!!...kali ini pakcik di "WARNA" ingin mengupas serba sedikit tentang sebuah filem Melayu yang berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah"...suka ditegaskan bahawa...pakcik bukanlah pengkritik filem...cuma disebabkan sekarang ini, banyak bahasa2 popular yang digunakan seharian berkait rapat dengan filem ini, maka pakcik cuba untuk mendapatkan DVD dan menontonnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini...

        Eeermmm....setelah dua kali menontonnya...maka pakcik dengan bangganya ingin tabik spring kepada Brader Mad Khalid yang telah berjaya membawa pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem ini...Tanpa bantuan pelakon yang popular, Mat Khalid telah berjaya mengupas pelbagai isu dan menghantar mesej kepada penonton2 filem Melayu...Samada mesej tersebut sampai ataupun tidak, terserahlah kepada penerimaan dan cara seseorang menonton filem...

       Apa yang pakcik di "WARNA" ingin kongsikan bersama kulaan semua ialah...beberapa watak di dalam filem ini adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian....Apa yang pakcik akan tafsirkan mengenai watak2 ini adalah mengikut fahaman dan acuan pakcik sendiri....

       Di antara watak2 yang pakcik rasakan amat sinonim dengan kehidupan kita ialah : 

  1. Watak Pemandu Ambulan : Watak ini menggambarkan seorang kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai Pemandu Ambulan. Seperti biasa, rungutan dan alasan sering kedengaran bila kita berurusan dengan kakitangan kerajaan khususnya di hospital2 kerajaan. Masalah kakitangan yang kurang mesra pelanggan selalu kta lihat terutama di hospital2 kerajaan terutama di luar bandar.
  2. Watak ketua kampung : Watak ketua kampung yang dilakonkan oleh Zami Ismail di dalam filem ini betul2 menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya di dalam politik. Ramai pemimpin yang telah berusia tidak mahu melepaskan jawatan kepada yang lebih layak kerana takut hilang kuasa walau secara dasarnya pengaruh mereka makin terhakis. Mereka lebih suka menunjukkan yang mereka masih mempunyai bakat dan kekuatan sedangkan kepimpinan mereka tidak begitu diterima di peringkat akar umbi.
  3. Watak Pak Jabit : Pak Jabit menggambarkan seorang watak seorang tua yang suka menonjolkan diri di samping ada ciri2 untuk merampas kuasa dari Ketua Kampung. Watak ini juga menggambarkan seorang tua yang bersifat pendendam tanpa mahu bertanya akan keadaan sebenar sesebuah keadaan.
  4. Watak Usop Wecha : Usop melambangkan seorang yang berpegang kepada logik dan seorang yang berpelajaran. Sebagai contoh, dia mencadangkan agar rumah Kak Limah dibakar supaya Hantu Kak Limah tidak lagi pulang ke rumahnya dan sering memperbetulkan istilah2 yang salah disebut oleh kawan2nya.
  5. Watak Hussin : Melambangkan seorang lelaki yang setia dengan cintanya...Eeermm...sapa cakap takde lagi lelaki yang setia dalam dunia ni sekarang...???...hahaha...Hussin juga melambangkan seorang lelaki yang bertanggung jawab dalam membina kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga...
  6. Watak bomoh : Di dalam cerita ini, sebenarnya cuba disampaikan bahawa kebanyakan bomoh2 yang ada dalam Malaysia sekarang ni adalah penipu...Sebagai contoh...jampi yang digunakan oleh bomoh dalam cerita ni menyebut.."plawok..plawok..plawok.....plawok..plawok...plawok"...dalamm loghat Kelantan...Plawok bermaksud PENIPU...begitu juga dengan dialog yang disampaikan oleh bomoh tersebut...Katanya.."Kalo kita yakin dia ada..maka dia ada....Kalo kita ingatkan dia...maka dia juga ingatkan kita"....jadi...renung2kan wahai kulaanku sekelian....
Pengajaran Dari Hantu Kak Limah Balik Rumah..
 "WARNA" berpendapat...ada beberapa pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan oleh Brader Mad Khalid dalam cerita ini...

Antaranya ialah :

1: Jangan bercakap dengan telefon bimbit atau handphone semasa memandu walau anda sedang mengendalikan jentera....Akibatnya buruk jika terjadi kemalangan...Lihat saja watak Usop Welcha yang cacat akibat kecuaian kedua pihak menyalah gunakan jalan raya...

2: Perlu pengetahuan dalam berbahasa Inggeris...walaupun kita berbangsa Melayu...hidup di kalangan masyarakat Melayu...makan makanan Melayu...akan tetapi belajarlah bahasa Inggeris demi masa depan dan kemudahan berinteraksi dengan bangsa atau orang lain.

3: Perlunya sikap ambil tahu sesama jiran dan orang kampung supaya setiap masalah yang timbul tidak menjadi fitnah dan buruk tanggapan.

4: Sebelum sesuatu tindakan diambil...seelok-eloknya bermesyuarat...dengar pendapat ramai dan jangan bertindak terburu2 dalam menyelesaikan masalah.

5: Jangan sering meletakkan kesalahan atau menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
6: Kesan yang paling besar melalui filem ini adalah...Loghat Perak menjadi semakin popular di Malaysia...boleh dikatakan bahasa2 yang digunakan di dalam filem ini digunakan secara meluas samada di radio...sekolah malahan kanak2 juga menggunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka...

. Kalau diikutkan...secara logik, orang yang berasal dari Perak sendiri jarang bercakap dalam loghat negeri mereka...Di dalam Malaysia ini, hanya orang Utara..Kedah..Penang dan Kelantan sahaja yang tidak malu bercakap dalam loghat mereka di public terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur...

Jadi...secara tidak langsung...filem ini berjaya mengangkat loghat Perak ke peringkat nasional...Tahniah mekema2 yang terlibat...!!!

7: Menjaga harta MILIK KERAJAAN : Eeermm....hahaha....lihat saja pada watak Usop yang tidak pernah meninggalkan "welcha"nya walau dalam apa jua keadaan...Sikap ini haruslah dijadikan tauladan bagi kita tanpa mengira usia...agama dan bangsa.

Dan banyak lagi la...kalau para kulaan ingin mengetahui dan membuat penilaian sendiri...silalah tonton....hahaha....

Owkey....sekian dululah dari "WARNA" untuk celoteh kali ini..."WARNA" theREDSmania akan bersama para kulaan lagi sekiranya ada kelapangan waktu...Insyaallah...mana yang baik, jadikan pedoman...Apapun TAHNIAH untuk Saudara Mamat Khalid yang berjaya mengubah fenomena masyarakat melalui filem ini..

Sebelum "WARNA" mengundurkan diri..."WARNA" ingin berkongsi sesuatu dengan para kulaan.

Bacalah petikan di bawah...pakcik ambil dari salah seorang kawan pesebuk pakcik iaitu Saudara Cikgu Muhd Ali Rahman yang mengajar di Melaka...

Baca dan hayatilah dengan linangan air mata...kerana...
Bahasa Menunjukkan Bangsa...
Bahasa Juga Menggambarkan Budaya Kita..

Assalamualaikum.


WARNING...!!!...JANGAN GELAK KUAT SANGAT...KANG SEMPUT PLAK...!!!...HAHAHA..