Friday, April 29, 2011
"Kursus Dandanan Rambut and Solekan" conducted by MOZA GROUP
Monday, April 25, 2011
Hantu Kak Limah Balik Rumah : 1001 Pengertian
Salam kabare kepada mekeme2 di luar sana....Apa habo abang2 teksi..??...brader2 lori...??...penebo2 roti canai...??...para penjual cendol...??...Sibukkah para pemandu ambulan...??...para relawan...??..dan pakcik2 di kedai kopi...??..Teman di "WARNA" mengharapkan kalian selalu diberkati dan sentiasa sihat walafiat....
Kepada Kak Som...Kak Joyah...Kak Limah dan Senah di luar sana...diharapkan kalian juga sentiasa tersenyum dan menjaga peribadi agar suami TIDAK "lari malam"....hahaha....
Owkey...!!!...kali ini pakcik di "WARNA" ingin mengupas serba sedikit tentang sebuah filem Melayu yang berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah"...suka ditegaskan bahawa...pakcik bukanlah pengkritik filem...cuma disebabkan sekarang ini, banyak bahasa2 popular yang digunakan seharian berkait rapat dengan filem ini, maka pakcik cuba untuk mendapatkan DVD dan menontonnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini...
Eeermmm....setelah dua kali menontonnya...maka pakcik dengan bangganya ingin tabik spring kepada Brader Mad Khalid yang telah berjaya membawa pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem ini...Tanpa bantuan pelakon yang popular, Mat Khalid telah berjaya mengupas pelbagai isu dan menghantar mesej kepada penonton2 filem Melayu...Samada mesej tersebut sampai ataupun tidak, terserahlah kepada penerimaan dan cara seseorang menonton filem...
Apa yang pakcik di "WARNA" ingin kongsikan bersama kulaan semua ialah...beberapa watak di dalam filem ini adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian....Apa yang pakcik akan tafsirkan mengenai watak2 ini adalah mengikut fahaman dan acuan pakcik sendiri....
Di antara watak2 yang pakcik rasakan amat sinonim dengan kehidupan kita ialah :

- Watak Pemandu Ambulan : Watak ini menggambarkan seorang kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai Pemandu Ambulan. Seperti biasa, rungutan dan alasan sering kedengaran bila kita berurusan dengan kakitangan kerajaan khususnya di hospital2 kerajaan. Masalah kakitangan yang kurang mesra pelanggan selalu kta lihat terutama di hospital2 kerajaan terutama di luar bandar.
- Watak ketua kampung : Watak ketua kampung yang dilakonkan oleh Zami Ismail di dalam filem ini betul2 menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya di dalam politik. Ramai pemimpin yang telah berusia tidak mahu melepaskan jawatan kepada yang lebih layak kerana takut hilang kuasa walau secara dasarnya pengaruh mereka makin terhakis. Mereka lebih suka menunjukkan yang mereka masih mempunyai bakat dan kekuatan sedangkan kepimpinan mereka tidak begitu diterima di peringkat akar umbi.
- Watak Pak Jabit : Pak Jabit menggambarkan seorang watak seorang tua yang suka menonjolkan diri di samping ada ciri2 untuk merampas kuasa dari Ketua Kampung. Watak ini juga menggambarkan seorang tua yang bersifat pendendam tanpa mahu bertanya akan keadaan sebenar sesebuah keadaan.
- Watak Usop Wecha : Usop melambangkan seorang yang berpegang kepada logik dan seorang yang berpelajaran. Sebagai contoh, dia mencadangkan agar rumah Kak Limah dibakar supaya Hantu Kak Limah tidak lagi pulang ke rumahnya dan sering memperbetulkan istilah2 yang salah disebut oleh kawan2nya.
- Watak Hussin : Melambangkan seorang lelaki yang setia dengan cintanya...Eeermm...sapa cakap takde lagi lelaki yang setia dalam dunia ni sekarang...???...hahaha...Hussin juga melambangkan seorang lelaki yang bertanggung jawab dalam membina kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga...
- Watak bomoh : Di dalam cerita ini, sebenarnya cuba disampaikan bahawa kebanyakan bomoh2 yang ada dalam Malaysia sekarang ni adalah penipu...Sebagai contoh...jampi yang digunakan oleh bomoh dalam cerita ni menyebut.."plawok..plawok..plawok.....plawok..plawok...plawok"...dalamm loghat Kelantan...Plawok bermaksud PENIPU...begitu juga dengan dialog yang disampaikan oleh bomoh tersebut...Katanya.."Kalo kita yakin dia ada..maka dia ada....Kalo kita ingatkan dia...maka dia juga ingatkan kita"....jadi...renung2kan wahai kulaanku sekelian....
Pengajaran Dari Hantu Kak Limah Balik Rumah..
"WARNA" berpendapat...ada beberapa pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan oleh Brader Mad Khalid dalam cerita ini...
Antaranya ialah :
1: Jangan bercakap dengan telefon bimbit atau handphone semasa memandu walau anda sedang mengendalikan jentera....Akibatnya buruk jika terjadi kemalangan...Lihat saja watak Usop Welcha yang cacat akibat kecuaian kedua pihak menyalah gunakan jalan raya...
2: Perlu pengetahuan dalam berbahasa Inggeris...walaupun kita berbangsa Melayu...hidup di kalangan masyarakat Melayu...makan makanan Melayu...akan tetapi belajarlah bahasa Inggeris demi masa depan dan kemudahan berinteraksi dengan bangsa atau orang lain.
3: Perlunya sikap ambil tahu sesama jiran dan orang kampung supaya setiap masalah yang timbul tidak menjadi fitnah dan buruk tanggapan.
4: Sebelum sesuatu tindakan diambil...seelok-eloknya bermesyuarat...dengar pendapat ramai dan jangan bertindak terburu2 dalam menyelesaikan masalah.
5: Jangan sering meletakkan kesalahan atau menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
6: Kesan yang paling besar melalui filem ini adalah...Loghat Perak menjadi semakin popular di Malaysia...boleh dikatakan bahasa2 yang digunakan di dalam filem ini digunakan secara meluas samada di radio...sekolah malahan kanak2 juga menggunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka...
. Kalau diikutkan...secara logik, orang yang berasal dari Perak sendiri jarang bercakap dalam loghat negeri mereka...Di dalam Malaysia ini, hanya orang Utara..Kedah..Penang dan Kelantan sahaja yang tidak malu bercakap dalam loghat mereka di public terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur...
Jadi...secara tidak langsung...filem ini berjaya mengangkat loghat Perak ke peringkat nasional...Tahniah mekema2 yang terlibat...!!!
7: Menjaga harta MILIK KERAJAAN : Eeermm....hahaha....lihat saja pada watak Usop yang tidak pernah meninggalkan "welcha"nya walau dalam apa jua keadaan...Sikap ini haruslah dijadikan tauladan bagi kita tanpa mengira usia...agama dan bangsa.

Dan banyak lagi la...kalau para kulaan ingin mengetahui dan membuat penilaian sendiri...silalah tonton....hahaha....
Owkey....sekian dululah dari "WARNA" untuk celoteh kali ini..."WARNA" theREDSmania akan bersama para kulaan lagi sekiranya ada kelapangan waktu...Insyaallah...mana yang baik, jadikan pedoman...Apapun TAHNIAH untuk Saudara Mamat Khalid yang berjaya mengubah fenomena masyarakat melalui filem ini..
Sebelum "WARNA" mengundurkan diri..."WARNA" ingin berkongsi sesuatu dengan para kulaan.
Bacalah petikan di bawah...pakcik ambil dari salah seorang kawan pesebuk pakcik iaitu Saudara Cikgu Muhd Ali Rahman yang mengajar di Melaka...
Baca dan hayatilah dengan linangan air mata...kerana...
Bahasa Menunjukkan Bangsa...
Bahasa Juga Menggambarkan Budaya Kita..
Assalamualaikum.
![]() |
| WARNING...!!!...JANGAN GELAK KUAT SANGAT...KANG SEMPUT PLAK...!!!...HAHAHA.. |
Friday, April 15, 2011
PANDANGAN : Jangan Kerana Pulut Santan Binasa.
Assalamualaikum...salam kabare semua kulaan "WARNA" theREDSmania...Sudah agak lama pakcik menyepi dari "WARNA" ini memandangkan banyak tugasan2 lain yang perlu didahulukan...Apapun, kalian para pengikut setia "WARNA" theREDSmania tetap di hati pakcik...
Apa kabar Pak Menteri..??....sihatkah Abg2 Lori...Brader2 teksi...??...dah makan ke Adik2 di Universiti...??...stresskah cikgu2 di sekolah sana...??...dan tercapaikah hajat para pengikut "WARNA" theREDSmania di luar sana...??.... Apapun perkhabaran kalian, pakcik doakan agar kalian tetap sihat walafiat dan sentiasa dupermudahkan segala urusan oleh ALLAH swt.
Kali ini "WARNA" akan mengupas satu isu...iaitu isu PANDANGAN kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh ALLAH swt terhadap sesuatu kejadian...perlakuan...tatasusila...serta perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Tujuan pakcik mengupas isu ini bukanlah untuk mempertahankan satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain...akan tetapi "WARNA" theREDSmania ingin mengajak anda semua termasuklah pakcik sendiri berfikir dan cuba muhasabah diri agar kita semua dapat menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya...
Pepatah ada mengatakan "SETIAP KESALAHAN YANG KITA LIHAT DARIPADA ORANG LAIN IBARAT KITA MENCERMIN DIRI KITA SENDIRI"....Akan tetapi...berapa kalikah kita cuba untuk "mencermin" diri kita sendiri apabila kita melihat kesalahan yang orang lain lakukan...???...
Isu pertama yang "WARNA" ingin perkatakan ialah...Isu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dilabel sebagai Al Quran Buruk oleh seorang menteri dalam satu wawancara televisyen. Di sini "WARNA" ingin bertanya...adakah Al Quran yang buruk sudah tidak ada lagi isinya...??...Adakah Al Quran yang buruk harus dibuang dan disepahkan merata2....Adakah Al Quran yang buruk tidak releven lagi isi-isinya...???...Adakah Al Quran yang buruk isinya tidak boleh dipakai kerana ketinggalan zaman...??...
"WARNA" tidak pernah memboikot politik...akan tetapi janganlah berpolitik dengan akal yang sempit...menghina...menjatuhkan maruah dan menghentam peribadi seseorang secara melampau...Berhati-hati dengan setiap ayat yang digunakan agar tidak ada hati yang terguris...sensiviti yang berbangkit agar masing2 boleh menghormati dan tidak cuak dengan perilaku masing2...
Isu kedua yang "WARNA" ingin ketengahkan ialah ISU Sulaiman Ali Sulaiman...Seorang remaja berbangsa MELAYU yang telah membuat kenyataan MENGHINA DYMM Al Sultan Kelantan secara terbuka di laman sosial Facebook. Remaja ini secara terang terangan mengatakan DYMM Sultan Kelantan sebagai Sultan yang kaki perempuan dan kaki botol. Astagfirullahalazim...adakah budak Si Sulaiman Ali ni mengenali DYMM Al Sultan Kelantan...???
"WARNA" bukan membela DYMM Al Sultan Kelantan kerana baginda adalah Sultan yang memayungi negeri kelahiran pakcik...Akan tetapi, lihatlah sendiri peribadi baginda...seorang Sultan yang selalu menjadi imam kepada rakyatnya kiranya ada Majlis Solat Hajat ataupun majlis keagamaan...Seorang Sultan yang selalu memakai kopiah...Seorang Sultan yang terlalu menghormati orang2 tua...Seorang Sultan yang selalu turun melawat rakyat jelata tanpa protokol...Adakah insan seperti ini boleh dilabel sedemikian oleh ANDA wahai Sulaiman Ali Sulaiman...???
Sungguh biadab dan kurang sopan kata2 anda...Bahasa ANDA menghina rakyat Kelantan yang masih KUNO dan sebagainya kami anggap sebagai kenyataan kurang matang...Akan tetapi kenyataan ANDA menghina DYMM Al Sultan adalah melampaui batas susila seorang manusia yang bernaung di bawah negara yang mempunyai
Prinsip Rukun Negara...
Sekian saja ISU "WARNA" untuk kali ini...Sebetulnya masih banyak untuk pakcik huraikan...akan tetapi masa yang tidak mengizinkan menyebabkan "WARNA" the REDSmania terpaksa menamatkan ISU ini di sini...Insyaallah...kiranya diberikan kelapangan, akan pakcik kembali lagi ke "WARNA" dengan pelbagai bentuk sajian.
Sebelum mengundur diri, pakcik ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengikut setia "WARNA" theREDSmania kerana sentiasa setia menanti kemunculan cerita2 terkini yang sensasi lagi gila babeng...hahaha...luv all of u...mmmuuaahhhh...Chow Bedah...!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)