Wednesday, March 21, 2012

Langkawi : Keindahan Dan Masa Depan Melayu Chenang

Assalamualaikum....!!!..Apa kabar tokwan2...ayah2anda...abang2 long...abang2 teksi...brader2 bot...driver2 lori...para pemuja kecantikan...para politikus...cikgu2...para sahabat yang di pejabat...sahabat yang di lautan dan semuanya...Pakcik di TEMPOYAK mengharapkan kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera selalu...

Agak terlalu lama 'bekas' TEMPOYAK ini dibiarkan terkatup rapat...bukan kerana pakcik melupakannya...akan tetapi terlalu banyak perkara dan hal yang terpaksa pakcik selesaikan demi meneruskan kehidupan yang sentiasa berubah akan cuacanya....Bak kata orang...lagi lama TEMPOYAK diperam...lagi tengit baunya bila dibuka...

Terima kasih berjuta pakcik ucapkan kepada followers setia yang tidak pernah jemu membaca dan mengikuti perkembangan akan bau TEMPOYAK walau di mana kalian berada...Sesungguhnya...kesetiaan kalianlah yang membuatkan pakcik kuat mengumpul dan mengutip 'durian-durian' untuk dijadikan TEMPOYAK...Bak kata orang...untuk menghasilkan tempoyak yang bagus...jangan hanya gunakan durian yang telah masam...perlu juga dicampur dengan durian yang segar supaya aromanya tidak terlalu menyegat...

Owkey....kali ini pakcik akan cuba membuat TEMPOYAK dari 'durian' Langkawi...'Durian' yang kebanyakannya pakcik kutip dan kumpul semasa mengembara ke sana dulu...'Durian' yang masih hangat dan panas...yang masih agak 'liat' untuk dikopek...

Jeti Kuah...Tempat pertama yang dipijak kiranya melalui jalan laut ke Pulau Langkawi

Langkawi....sebut saja nama ini...pastinya orang Malaysia akan teringat dengan satu lagenda...Lagenda yang kononnya seorang wanita mengalirkan darah yang berwarna putih semasa dibunuh gara2 fitnah...Lagenda yang kononnya Langkawi akan menjadi Padang Jarak Padang Tekukur selama 7 keturunan dek kerana sumpahannya...Sumpahan amarah seorang wanita lagenda bernama MAHSURI...

Antara pulau2 yang ada di sekeliling Pulau Langkawi

Kini.... 7 keturunan telah berlalu...dan Langkawi merupakan destinasi yang dituju oleh ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia...
Pakcik kali terakhir mengunjungi pulau ini 16 tahun yang lalu...dan selepas 16 tahun...pakcik kembali ke pulau ini...Terlalu banyak perubahan yang berlaku selama 16 tahun yang lampau...akan tetapi Langkawi tetap mengekalkan keindahannya...

Jika Indonesia berbangga dengan Bali...seharusnya Malaysia boleh berbangga dengan Langkawi walau ada lagi pulau2 lain seperti Tioman dan Perhentian...

Eeermmm...owkey...setiap orang yang pergi ke Pulau Langkawi ada tujuan masing2...Kalau orang Malaysia ke Langkawi, biasanya ada 3 tujuan berbeza...Golongan pertama : Pergi untuk membeli belah...Ini kerana Langkawi merupakan pulau bebas cukai dan syurga pinggan mangkuk dan coklat...Golongan ini biasanya tidak menghiraukan apa2 pun yang ada di Langkawi selain membeli belah...Bagi mereka, masa yang dibazirkan untuk aktiviti lain selain membeli belah amatlah rugi...hahaha

Kakak2 ini datang dari Muar, Johor untuk shopping


Nah...!!..Ambik ngko...ni baru sorang punya barang...depa datang satu bas

Errmmm...tu golongan pertama...Golongan kedua pula pergi ke Langkawi untuk bercuti...Untuk melepaskan tekanan...Berbulan madu...Hilangkan tekanan dek kerana putus cinta...mungkin kerana cinta yang disemai disirami racun...Mencari cinta yang entah di mana...dan pelbagai tujuan dan niat yang tersirat...Biasanya golongan ini tidak berapa menumpukan sangat kepada aktiviti membeli belah...Mereka ke Langkawi untuk enjoy dan menikmati keindahan Langkawi dengan pelbagai cara mereka...

Bercuti bujang solo begini pastinya sedang membawa hati yang lara dan mencari penawar duka (sekadar gambar hiasan)

Hahaha...eermmm...manakala golongan ketiga rakyat Malaysia ke Langkawi adalah untuk mengembara...Mengembara mengenali budaya dan kehidupan masyarakat Langkawi secara lebih dekat...Golongan ini biasanya banyak menghabiskan masa berbual dan berbicara dengan masyarakat setempat...Mereka bukanlah wartawan...cuma sekadar ingin mengetahui sosiobudaya masyarakat setempat dengan lebih telus tanpa merujuk pada mana2 bahan bacaan atau kabar angin.

Golongan ini juga akan menikmati apa saja yang ada di Langkawi baik dari segi makanan...aktiviti laut...dan menyusuri setiap penjuru pulau dengan lebih terperinci..

Gaya seorang pengembara..Ringkas dan mudah (sekadar gambar hiasan )

Haaaa....itulah 3 kategori tujuan rakyat Malaysia ke Pulau Langkawi...dalam ketiga2 kategori tersebut, kategori pertama dan kedua merupakan kelompok teramai...manakala kategori ketiga hanyalah segelintir sahaja...

Oh yaaa...Selain dari keindahan2 yang terdapat di Langkawi, pakcik juga akan sentuh sedikit tentang masa depan orang2 Melayu Chenang, Langkawi di dalam TEMPOYAK kali ini...Ini kerana daripada apa yang pakcik dengar, kawasan Pantai Chenang dalam proses pengambil alihan oleh pihak2 tertentu untuk dimajukan...

Pulau yang berhampiran dengan Tasik Dayang Bunting


Dari apa yang pakcik perhatikan...rata2 pengusaha chalet dan rest house serta sukan2 air yang terdapat di Pantai Chenang adalah terdiri dari bangsa Melayu...Dan di Chenang juga masih boleh didapati chalet2 dan rest house yang berharga di bawah RM100 untuk sehari. Sekiranya kawasan ini diambil dan dimajukan oleh pihak2 tertentu, sudah tentu sewa untuk kediaman di sini akan meningkat naik dan golongan pengusaha ini akan kehilangan ataupun terjejas pendapatan mereka...

Antara rest house yang diusahakan bumiputera di Pantai Chenang


Perlu diingat...setiap orang yang pergi ke Langkawi walau apa tujuannya, mereka hanyalah menggunakan bilik hanya untuk tidur untuk sekejab sahaja. Jadi amatlah rugi kalau bilik dibayar RM300-400 sehari sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk mencairkan ekonomi Langkawi seperti membeli belah ataupun aktiviti yang lain.

Bot...satu perniagaan yang hampir 100% dikuasai orang Melayu...disewa pelancong untuk ke pulau2 berhampiran


Harus diingat...pelancong asing yang pergi ke Langkawi tidak berapa membantu dalam menggerakkan ekonomi Langkawi selain untuk hotel...Akan tetapi orang Malaysia ke Langkawi, mereka mencairkan duit dan menggerakkan ekonomi Langkawi dengan pelbagai aktiviti membeli belah. Mereka tidak perlu membayar dan mendiami hotel yang mewah kerana mereka ke Langkawi untuk tujuan lain.

Pulau Beras Basah....airnya sejernih beras yang basah



Oleh itu...sebagai orang dari luar Chenang dan luar Langkawi...pakcik amat berharap agar pihak2 berwajib terus mengekalkan kawasan Pantai Chenang seperti sekarang tanpa perlu diambil dan dimajukan oleh pihak2 tertentu...Biarlah bangsa Melayu yang berniaga dan mengusahakan apa jenis perniagaan di kawasan Pantai Chenang terus diberi peluang meneruskan perniagaan mereka.

Indahnya dunia ciptaan Ilahi


Sekurang2nya dengan langkah pengekalan ini, dapat kita "menyelamatkan" puluhan kedai di Pekan Kuah yang menjual pelbagai barangan juga kebanyakannya dimiliki bangsa Melayu...

Antara kedai yang digemari pengunjung yang datang ke Langkawi untuk shopping...Milik bumiputera dan kebanyakan pekerjanya juga berbangsa Melayu


Kekurangan pengunjung tempatan sekiranya disebabkan kos penginapan yang tinggi secara tidak langsung akan melumpuhkan ekonomi Langkawi terutama peniaga2 barangan bebas cukai.

Pak Husin...pemandu teksi paling lama di Langkawi

Secara peribadi juga...pakcik berbangga kerana di kawasan Pantai Chenang, rata2 'beach guide' yang menjalankan aktiviti watersport atau sukan air dimonopoli oleh anak2 Melayu sebagai tenaga mahir. Mereka menjalankan tanggung jawab dengan penuh tekun dan dedikasi. Ini dapat dilihat disepanjang Pantai Chenang...dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan air yang dikendalikan oleh anak2 Melayu yang kebanyakannya anak2 tempatan yang memang membesar di kawasan Chenang.

Aktiviti Parasailing

Akhir sekali...sebagai penutup TEMPOYAK dan konklusi pada Kembara Langkawi kali ini...pakcik amat berharap pihak kerajaan terutamanya lebih prihatin terhadap nasib penduduk Langkawi khususnya penduduk melayu di sekitar Pantai Chenang...Dan kepada penduduk melayu Pantai Chenang...nasihat pakcik, cubalah sedaya upaya untuk bersatu hati mempertahankan Pantai Chenang agar terus menjadi milik kalian..

Banana boat dan jet ski merupakan sukan air yang digemari pengunjung Pantai Chenang


Jangan gadaikan apa yang kalian miliki di Pantai Chenang untuk sejumlah pampasan yang mungkin ditawarkan agar keaslian dan rupa Pantai Chenang dapat terus dikekalkan sampai bebila.

Burung Helang dan Langkawi terlalu sinonim..replika burung helang di Dataran Helang, Langkawi


Terima kasih juga dari TEMPOYAK untuk Pak Husin...Abg Mi...Abg Shah dan Abg Man dari kumpulan pemandu teksi Langkawi...tidak lupa juga kepada Kak Mas...Su dan Onie yang selalu happening sepanjang di Chenang...juga kepada Wan...Farouk...Botak dan semua watersport boy cum beach guide yang beroperasi di sepanjang Pantai Chenang yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di sepanjang pengembaraan pakcik kali ini...

Captain JACK <JackNemoz @ twitter>


Moga kita akan bersua lagi sekiranya ada rezeki yang dikurniakan Ilahi...dan...hayatilah lagu "SAILING" di bawah ini....
CUSSS.....!!!