Wednesday, May 4, 2011
Bermulanya di Sini Slideshow
Bermulanya di Sini Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Bermulanya di Sini Slideshow ★ to Kampung Tanjung Karang (near Klang) and Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Monday, May 2, 2011
WANITA DI MATA LELAKI : Edisi : Cara-Cara Untuk Mengenali Perwatakan Wanita
Errmmm....Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kulaan2 mungkal "WARNA" theREDSmania walau di mana kalian berada...Kabare para kulaan yang di dalam sektor korporat...???...ceriakah kulaan2 yang berniaga di kedai2 makan...???...sihatkah mungkal2 guruku sekelian...???...masih adakah harapan saeng2ku dalam politik...???...menjadikah tanaman dan ternakan kawan2ku yang terlibat di dalam agro bisnes...???....Walau apapun kabar dan harapan kalian...pakcik di "WARNA" sentiasa mengharapkan kalian dikurniakan tubuh badan yang sihat dan dipermudahkan rezeki oleh ALLAH swt.
Owkey....kali ini "WARNA" akan menyentuh satu isu...Isu yang agak sensitif akan tetapi agak menarik untuk dikupas...hahaha...Oleh itu, pakcik akan cuba berkongsi sekadar yang pakcik tahu tentang sifat2 dan tingkah laku wanita agar kita sama2 dapat mengenali...memperbaiki dan memperkemaskan silaturrahim antara sesama manusia...
Sebut saja WANITA....maka terbayanglah di benak fikiran kita akan sejenis makhluk yang menjelma dalam pelbagai jenis rupa dan gaya....Ada yang kurus macam model-modelan...ada yang berisi seperti "bantal golek"...ada yang seksi macam patung Barbie...tak kurang juga yang menggedik macam kena sengat kerengga di ketiak....walau apa pun jenis dan gaya wanita...mereka ini amat istimewa...diciptakan KHAS untuk makhluk yang bergelar LELAKI walau ada yang memilih untuk jadi seperti lelaki dan berkasih-kasihkan dengan wanita yang seperti lelaki....
WANITA dijadikan daripada RUSUK LELAKI....bukan dari kepala untuk dijunjung...bukan dari kaki untuk dijadikan alas....melainkan DISISI untuk dijadikan TEMAN hidupnya....DEKAT dengan LENGANnya untuk DILINDUNGI....dan DEKAT diHATInya untuk DICINTAI....begitulah istimewanya WANITA disisi LELAKI....
Seperti diketahui ramai....wanita ni penuh dengan ragam dan karenah....hahaha....jangan marah yer Dek Non...pakcik nak mula menghuraikan sikit dengan perwatakan kalian....Andaikata telahan pakcik ni kurang tepat atau terpesong, mintak maap la yer....ni sekadar pemerhatian berdasarkan pengalaman....Eeermmm...kita mulakan dengan perwatakan wanita yang lahir sebagai anak sulung dalam keluarga....
WANITA yang dilahirkan sebagai anak sulung dalam keluarga biasanya bersifat diktator...suka mengongkong pasangan dan tegas tak bertempat....Kalau sekiranya mereka mendapat seorang pasangan yang jenis mengikut apa saja, golongan wanita ini akan "terselamat"...akan tetapi jika sebaliknya, PASTI akan berlaku kecurangan di dalam hubungan....Wanita sulung sentiasa merasakan diri mereka sempurna dan boleh membimbing orang lain tanpa mereka menyedari kelemahan dan kecacatan yang ada pada diri mereka....Golongan wanita ini sukar untuk menerima pakai panangan dan teguran orang lain....Wanita dalam golongan ini juga "kurang" pandai dalam berbahasa apatah lagi dalam menjaga hati pasangan....Mereka bersikap terlebih outspoken kekadang menyebabkan banyak hati yang terguris dengan kata2 mereka....Mereka juga sukar untuk memohon maaf di atas kesilapan yang mereka lakukan....Mereka sentiasa menganggap orang lain akan faham dengan tingkah laku dan perbuatan mereka....Walau apapun, WANITA dalam kategori ini bersifat penyayang...cuma seperti yang dikatakan tadi, mereka selalu menganggap orang lain faham dan mereka juga tidak pandai menxahirkan kasih sayang mereka....
WANITA yang dilahirkan bukan sulung dan tidak bongsu...maksudnya masih ada kakak atau abang sebelumnya dan masih punyai adik selepasnya....Eermmm....golongan ini amat manja dan sering memerlukan perhatian dari pasangannya...Mereka suka memendam perasaan dan amat sukar untuk berkongsi perasaan...Mereka takut sekiranya diluahkan perasaan, akan ada hati yang terguris...WANITA golongan ini biasanya berhati lembut dan selalu berkorban demi orang lain....Mereka senang berkongsi kegembiraan akan tetapi sukar untuk berkongsi duka....Dalam hasil kerja, biasanya golongan ini sentiasa menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari orang lain kerana mereka sentiasa perlu menonjolkan diri untuk mendapat perhatian....Kiranya mereka tidak pandai untuk menonjolkan diri, orang sekeliling sentiasa lupa akan kewujudan mereka...Dalam soal keyakinan diri, mereka lebih yakin dengan apa yang mereka miliki....cuma kadang2 pasangan mereka kurang memahami akan keperluan dalaman mereka menyebabkan mereka sering berasa jauh hati...
BAGAIMANA CARA MENGENALI PEREMPUAN YANG PEMBERSIH DAN PEREMPUAN YANG SELEKEH DAN AGAK PENGOTOR...???
Hhahaha.....eermmm.....jangan disangka peha yang putih...lipstik yang kemerahan....dada yang mulus....bau yang wangi yang sering ditonjolkan oleh pasangan anda juga menggambarkan peribadi mereka....Bau yang wangi yang sentiasa melekat di badannya TIDAK menunjukkan wangi dan bersih bilik tidur mereka....Pakaian yang elegant yang sering dipakai mereka TIDAK menggambarkan rapinya tersusun pakaian di dalam almari mereka....Cerewetnya pasangan anda dengan pelbagai losyen yang disapu di badan mereka TIDAK menjelaskan keadaan sebenar bilik air di rumah mereka....Marahnya mereka kepada pelayan restoran bila meja yang anda duduki bersama dia melekit tidak dilap TIDAK menzahirkan keadaan sebenar dapur mereka di rumah sendiri....Berapinya komplen mereka ke atas setiap makanan yang dimakan TIDAK menunjukkan betapa hebatnya mereka bila di dapur menyediakan makanan untuk anda...
Ermmmm....ada satu cara yang paaaaling senang untuk mengetahui samada pasangan anda benar2 seorang pembersih atau sebenarnya seorang yang pada hakikatnya PENGOTOR....hahahaa....jangan marah ya wahai kulaan wanita followers "WARNA" theREDSmania....ini hanyalah satu petua....Tahap ketepatannya cuma 98.9%....TIDAK sampai 100%....tapi kulaan sekelian boleh cuba dan lihat adakah ianya TEPAT ataupun TIDAK....
Owkey....hahahaha....eeerrmmmm....Ya...Gimana caranya Pak...???...Sabar dunk ahh...hahahaha....Ok...begini caranya....WANITA dan handbag TIDAK dapat dipisahkan....Ada wanita...maka adalah handbag....Bagi wanita TULEN....handbag adalah barang peribadi yang amat penting....TANPA handbag, wanita kelihatan seperti berjalan dengan berlainan kasut....
Kenapa pulak dengan handbag...???...Apsal pakcik duk hurai tentang handbag....???
...Pakcik cuba jual handbag
Siam yer....????....eeermmm...BUKAN...!!!....TIDAK...!!!...."WARNA" duk sentuh pasal handbag ni sebab RAHSIA seorang wanita terletak pada handbagnya....RAHSIA seorang WANITA ada di dalam HANDBAGnya....hahaha.....semuanya tersimpan di dalam dengan pelbagai karektor dan peribadi mereka....Errmmmm....bagaimana nak mengetahuinya...????....
Caranya amat mudah....dan ada 2 cara yang mudah....
Pertama :.....Sekiranya anda rapat dengannya, mintalah WANITA tersebut tonggengkan handbagnya dan lihat apa yang terkeluar dari dalam handbagnya.....
Atau sekiranya anda tidak begitu rapat dengannya....sesekali cuba jenguk di dalam handbagnya masa ianya terbuka....hahaha...anda kan dapat jawapannya.....
Sekiranya apa jua barang yang diisi di dalam handbag seorang wanita tersusun kemas...seperti adanya beg2 kecil untuk mengisi syiling...dokumen dan sebagainya....maka WANITA itu sememangnya seorang yang PEMBERSIH dan KEMAS orangnya....TETAPI...kiranya yang keluar dari handbag seorang WANITA itu berterabur dalam belbagai bentuk dan rupa seperti make upnya...sikatnya....resit2nya...syilingnya....maka itulah bukti yang paling NYATA dan JELAS menunjukkan WANITA tersebut seorang yang TIDAK mementingkan kebersihan dan kekemasan diri, rumah dan sebagainya....
Haaaa.....kalian para kulaan ragu2 yer...???....hahahaha....Setelah para kulaan melihat sendiri handbag pasangan kalian, cubalah perhatikan.....bagi yang telah beristeri...pandanglah sekeliling rumah anda....bagi yang belum....kalo berpeluang ke rumah teman anda....
cer cubalah perhatikan....
Semoga kalian para kulaan mungkalku bernasib baik dengan pasangan masing2....Janganlah sampai nak pakai baju pun, terpaksa "menggali" gunung pakaian yang tidak berlipat....atau bila nak makan, terpaksa dulu mencuci timbunan pinggan di sinki....Memang betul mesti ada kerjasama di dalam hidup berpasangan....akan tetapi AGAK2 ler kalo pemalas sangat pun....JANGAN sampai pasangan anda "KENYANG" di luar....hahaha
Ini hanyalah sebuah PESANAN....selain untuk para kulaan semua, pesanan ini juga khas untuk diri pakcik sendiri....Semoga "WARNA" sentiasa mewarnai hidup anda...
Choww Bedah...!!!
Friday, April 29, 2011
"Kursus Dandanan Rambut and Solekan" conducted by MOZA GROUP
Monday, April 25, 2011
Hantu Kak Limah Balik Rumah : 1001 Pengertian
Salam kabare kepada mekeme2 di luar sana....Apa habo abang2 teksi..??...brader2 lori...??...penebo2 roti canai...??...para penjual cendol...??...Sibukkah para pemandu ambulan...??...para relawan...??..dan pakcik2 di kedai kopi...??..Teman di "WARNA" mengharapkan kalian selalu diberkati dan sentiasa sihat walafiat....
Kepada Kak Som...Kak Joyah...Kak Limah dan Senah di luar sana...diharapkan kalian juga sentiasa tersenyum dan menjaga peribadi agar suami TIDAK "lari malam"....hahaha....
Owkey...!!!...kali ini pakcik di "WARNA" ingin mengupas serba sedikit tentang sebuah filem Melayu yang berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah"...suka ditegaskan bahawa...pakcik bukanlah pengkritik filem...cuma disebabkan sekarang ini, banyak bahasa2 popular yang digunakan seharian berkait rapat dengan filem ini, maka pakcik cuba untuk mendapatkan DVD dan menontonnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini...
Eeermmm....setelah dua kali menontonnya...maka pakcik dengan bangganya ingin tabik spring kepada Brader Mad Khalid yang telah berjaya membawa pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem ini...Tanpa bantuan pelakon yang popular, Mat Khalid telah berjaya mengupas pelbagai isu dan menghantar mesej kepada penonton2 filem Melayu...Samada mesej tersebut sampai ataupun tidak, terserahlah kepada penerimaan dan cara seseorang menonton filem...
Apa yang pakcik di "WARNA" ingin kongsikan bersama kulaan semua ialah...beberapa watak di dalam filem ini adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian....Apa yang pakcik akan tafsirkan mengenai watak2 ini adalah mengikut fahaman dan acuan pakcik sendiri....
Di antara watak2 yang pakcik rasakan amat sinonim dengan kehidupan kita ialah :
Kepada Kak Som...Kak Joyah...Kak Limah dan Senah di luar sana...diharapkan kalian juga sentiasa tersenyum dan menjaga peribadi agar suami TIDAK "lari malam"....hahaha....
Owkey...!!!...kali ini pakcik di "WARNA" ingin mengupas serba sedikit tentang sebuah filem Melayu yang berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah"...suka ditegaskan bahawa...pakcik bukanlah pengkritik filem...cuma disebabkan sekarang ini, banyak bahasa2 popular yang digunakan seharian berkait rapat dengan filem ini, maka pakcik cuba untuk mendapatkan DVD dan menontonnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini...
Eeermmm....setelah dua kali menontonnya...maka pakcik dengan bangganya ingin tabik spring kepada Brader Mad Khalid yang telah berjaya membawa pelbagai mesej yang tersirat di dalam filem ini...Tanpa bantuan pelakon yang popular, Mat Khalid telah berjaya mengupas pelbagai isu dan menghantar mesej kepada penonton2 filem Melayu...Samada mesej tersebut sampai ataupun tidak, terserahlah kepada penerimaan dan cara seseorang menonton filem...
Apa yang pakcik di "WARNA" ingin kongsikan bersama kulaan semua ialah...beberapa watak di dalam filem ini adalah berkait rapat dengan kehidupan kita seharian....Apa yang pakcik akan tafsirkan mengenai watak2 ini adalah mengikut fahaman dan acuan pakcik sendiri....
Di antara watak2 yang pakcik rasakan amat sinonim dengan kehidupan kita ialah :
- Watak Pemandu Ambulan : Watak ini menggambarkan seorang kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai Pemandu Ambulan. Seperti biasa, rungutan dan alasan sering kedengaran bila kita berurusan dengan kakitangan kerajaan khususnya di hospital2 kerajaan. Masalah kakitangan yang kurang mesra pelanggan selalu kta lihat terutama di hospital2 kerajaan terutama di luar bandar.
- Watak ketua kampung : Watak ketua kampung yang dilakonkan oleh Zami Ismail di dalam filem ini betul2 menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya di dalam politik. Ramai pemimpin yang telah berusia tidak mahu melepaskan jawatan kepada yang lebih layak kerana takut hilang kuasa walau secara dasarnya pengaruh mereka makin terhakis. Mereka lebih suka menunjukkan yang mereka masih mempunyai bakat dan kekuatan sedangkan kepimpinan mereka tidak begitu diterima di peringkat akar umbi.
- Watak Pak Jabit : Pak Jabit menggambarkan seorang watak seorang tua yang suka menonjolkan diri di samping ada ciri2 untuk merampas kuasa dari Ketua Kampung. Watak ini juga menggambarkan seorang tua yang bersifat pendendam tanpa mahu bertanya akan keadaan sebenar sesebuah keadaan.
- Watak Usop Wecha : Usop melambangkan seorang yang berpegang kepada logik dan seorang yang berpelajaran. Sebagai contoh, dia mencadangkan agar rumah Kak Limah dibakar supaya Hantu Kak Limah tidak lagi pulang ke rumahnya dan sering memperbetulkan istilah2 yang salah disebut oleh kawan2nya.
- Watak Hussin : Melambangkan seorang lelaki yang setia dengan cintanya...Eeermm...sapa cakap takde lagi lelaki yang setia dalam dunia ni sekarang...???...hahaha...Hussin juga melambangkan seorang lelaki yang bertanggung jawab dalam membina kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga...
- Watak bomoh : Di dalam cerita ini, sebenarnya cuba disampaikan bahawa kebanyakan bomoh2 yang ada dalam Malaysia sekarang ni adalah penipu...Sebagai contoh...jampi yang digunakan oleh bomoh dalam cerita ni menyebut.."plawok..plawok..plawok.....plawok..plawok...plawok"...dalamm loghat Kelantan...Plawok bermaksud PENIPU...begitu juga dengan dialog yang disampaikan oleh bomoh tersebut...Katanya.."Kalo kita yakin dia ada..maka dia ada....Kalo kita ingatkan dia...maka dia juga ingatkan kita"....jadi...renung2kan wahai kulaanku sekelian....
Pengajaran Dari Hantu Kak Limah Balik Rumah..
"WARNA" berpendapat...ada beberapa pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan oleh Brader Mad Khalid dalam cerita ini...
Antaranya ialah :
1: Jangan bercakap dengan telefon bimbit atau handphone semasa memandu walau anda sedang mengendalikan jentera....Akibatnya buruk jika terjadi kemalangan...Lihat saja watak Usop Welcha yang cacat akibat kecuaian kedua pihak menyalah gunakan jalan raya...
2: Perlu pengetahuan dalam berbahasa Inggeris...walaupun kita berbangsa Melayu...hidup di kalangan masyarakat Melayu...makan makanan Melayu...akan tetapi belajarlah bahasa Inggeris demi masa depan dan kemudahan berinteraksi dengan bangsa atau orang lain.
3: Perlunya sikap ambil tahu sesama jiran dan orang kampung supaya setiap masalah yang timbul tidak menjadi fitnah dan buruk tanggapan.
4: Sebelum sesuatu tindakan diambil...seelok-eloknya bermesyuarat...dengar pendapat ramai dan jangan bertindak terburu2 dalam menyelesaikan masalah.
5: Jangan sering meletakkan kesalahan atau menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
6: Kesan yang paling besar melalui filem ini adalah...Loghat Perak menjadi semakin popular di Malaysia...boleh dikatakan bahasa2 yang digunakan di dalam filem ini digunakan secara meluas samada di radio...sekolah malahan kanak2 juga menggunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka...
. Kalau diikutkan...secara logik, orang yang berasal dari Perak sendiri jarang bercakap dalam loghat negeri mereka...Di dalam Malaysia ini, hanya orang Utara..Kedah..Penang dan Kelantan sahaja yang tidak malu bercakap dalam loghat mereka di public terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur...
Jadi...secara tidak langsung...filem ini berjaya mengangkat loghat Perak ke peringkat nasional...Tahniah mekema2 yang terlibat...!!!
7: Menjaga harta MILIK KERAJAAN : Eeermm....hahaha....lihat saja pada watak Usop yang tidak pernah meninggalkan "welcha"nya walau dalam apa jua keadaan...Sikap ini haruslah dijadikan tauladan bagi kita tanpa mengira usia...agama dan bangsa.
7: Menjaga harta MILIK KERAJAAN : Eeermm....hahaha....lihat saja pada watak Usop yang tidak pernah meninggalkan "welcha"nya walau dalam apa jua keadaan...Sikap ini haruslah dijadikan tauladan bagi kita tanpa mengira usia...agama dan bangsa.
Dan banyak lagi la...kalau para kulaan ingin mengetahui dan membuat penilaian sendiri...silalah tonton....hahaha....
Owkey....sekian dululah dari "WARNA" untuk celoteh kali ini..."WARNA" theREDSmania akan bersama para kulaan lagi sekiranya ada kelapangan waktu...Insyaallah...mana yang baik, jadikan pedoman...Apapun TAHNIAH untuk Saudara Mamat Khalid yang berjaya mengubah fenomena masyarakat melalui filem ini..
Sebelum "WARNA" mengundurkan diri..."WARNA" ingin berkongsi sesuatu dengan para kulaan.
Bacalah petikan di bawah...pakcik ambil dari salah seorang kawan pesebuk pakcik iaitu Saudara Cikgu Muhd Ali Rahman yang mengajar di Melaka...
Baca dan hayatilah dengan linangan air mata...kerana...
Bahasa Menunjukkan Bangsa...
Bahasa Juga Menggambarkan Budaya Kita..
Assalamualaikum.
![]() |
| WARNING...!!!...JANGAN GELAK KUAT SANGAT...KANG SEMPUT PLAK...!!!...HAHAHA.. |
Friday, April 15, 2011
PANDANGAN : Jangan Kerana Pulut Santan Binasa.
Assalamualaikum...salam kabare semua kulaan "WARNA" theREDSmania...Sudah agak lama pakcik menyepi dari "WARNA" ini memandangkan banyak tugasan2 lain yang perlu didahulukan...Apapun, kalian para pengikut setia "WARNA" theREDSmania tetap di hati pakcik...
Apa kabar Pak Menteri..??....sihatkah Abg2 Lori...Brader2 teksi...??...dah makan ke Adik2 di Universiti...??...stresskah cikgu2 di sekolah sana...??...dan tercapaikah hajat para pengikut "WARNA" theREDSmania di luar sana...??.... Apapun perkhabaran kalian, pakcik doakan agar kalian tetap sihat walafiat dan sentiasa dupermudahkan segala urusan oleh ALLAH swt.
Kali ini "WARNA" akan mengupas satu isu...iaitu isu PANDANGAN kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh ALLAH swt terhadap sesuatu kejadian...perlakuan...tatasusila...serta perbuatan yang dilakukan oleh orang lain. Tujuan pakcik mengupas isu ini bukanlah untuk mempertahankan satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain...akan tetapi "WARNA" theREDSmania ingin mengajak anda semua termasuklah pakcik sendiri berfikir dan cuba muhasabah diri agar kita semua dapat menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya...
Pepatah ada mengatakan "SETIAP KESALAHAN YANG KITA LIHAT DARIPADA ORANG LAIN IBARAT KITA MENCERMIN DIRI KITA SENDIRI"....Akan tetapi...berapa kalikah kita cuba untuk "mencermin" diri kita sendiri apabila kita melihat kesalahan yang orang lain lakukan...???...
Isu pertama yang "WARNA" ingin perkatakan ialah...Isu Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan dilabel sebagai Al Quran Buruk oleh seorang menteri dalam satu wawancara televisyen. Di sini "WARNA" ingin bertanya...adakah Al Quran yang buruk sudah tidak ada lagi isinya...??...Adakah Al Quran yang buruk harus dibuang dan disepahkan merata2....Adakah Al Quran yang buruk tidak releven lagi isi-isinya...???...Adakah Al Quran yang buruk isinya tidak boleh dipakai kerana ketinggalan zaman...??...
"WARNA" tidak pernah memboikot politik...akan tetapi janganlah berpolitik dengan akal yang sempit...menghina...menjatuhkan maruah dan menghentam peribadi seseorang secara melampau...Berhati-hati dengan setiap ayat yang digunakan agar tidak ada hati yang terguris...sensiviti yang berbangkit agar masing2 boleh menghormati dan tidak cuak dengan perilaku masing2...
Isu kedua yang "WARNA" ingin ketengahkan ialah ISU Sulaiman Ali Sulaiman...Seorang remaja berbangsa MELAYU yang telah membuat kenyataan MENGHINA DYMM Al Sultan Kelantan secara terbuka di laman sosial Facebook. Remaja ini secara terang terangan mengatakan DYMM Sultan Kelantan sebagai Sultan yang kaki perempuan dan kaki botol. Astagfirullahalazim...adakah budak Si Sulaiman Ali ni mengenali DYMM Al Sultan Kelantan...???
"WARNA" bukan membela DYMM Al Sultan Kelantan kerana baginda adalah Sultan yang memayungi negeri kelahiran pakcik...Akan tetapi, lihatlah sendiri peribadi baginda...seorang Sultan yang selalu menjadi imam kepada rakyatnya kiranya ada Majlis Solat Hajat ataupun majlis keagamaan...Seorang Sultan yang selalu memakai kopiah...Seorang Sultan yang terlalu menghormati orang2 tua...Seorang Sultan yang selalu turun melawat rakyat jelata tanpa protokol...Adakah insan seperti ini boleh dilabel sedemikian oleh ANDA wahai Sulaiman Ali Sulaiman...???
Sungguh biadab dan kurang sopan kata2 anda...Bahasa ANDA menghina rakyat Kelantan yang masih KUNO dan sebagainya kami anggap sebagai kenyataan kurang matang...Akan tetapi kenyataan ANDA menghina DYMM Al Sultan adalah melampaui batas susila seorang manusia yang bernaung di bawah negara yang mempunyai
Prinsip Rukun Negara...
Sekian saja ISU "WARNA" untuk kali ini...Sebetulnya masih banyak untuk pakcik huraikan...akan tetapi masa yang tidak mengizinkan menyebabkan "WARNA" the REDSmania terpaksa menamatkan ISU ini di sini...Insyaallah...kiranya diberikan kelapangan, akan pakcik kembali lagi ke "WARNA" dengan pelbagai bentuk sajian.
Sebelum mengundur diri, pakcik ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengikut setia "WARNA" theREDSmania kerana sentiasa setia menanti kemunculan cerita2 terkini yang sensasi lagi gila babeng...hahaha...luv all of u...mmmuuaahhhh...Chow Bedah...!!!
"WARNA" bukan membela DYMM Al Sultan Kelantan kerana baginda adalah Sultan yang memayungi negeri kelahiran pakcik...Akan tetapi, lihatlah sendiri peribadi baginda...seorang Sultan yang selalu menjadi imam kepada rakyatnya kiranya ada Majlis Solat Hajat ataupun majlis keagamaan...Seorang Sultan yang selalu memakai kopiah...Seorang Sultan yang terlalu menghormati orang2 tua...Seorang Sultan yang selalu turun melawat rakyat jelata tanpa protokol...Adakah insan seperti ini boleh dilabel sedemikian oleh ANDA wahai Sulaiman Ali Sulaiman...???
Sungguh biadab dan kurang sopan kata2 anda...Bahasa ANDA menghina rakyat Kelantan yang masih KUNO dan sebagainya kami anggap sebagai kenyataan kurang matang...Akan tetapi kenyataan ANDA menghina DYMM Al Sultan adalah melampaui batas susila seorang manusia yang bernaung di bawah negara yang mempunyai
Prinsip Rukun Negara...
Sekian saja ISU "WARNA" untuk kali ini...Sebetulnya masih banyak untuk pakcik huraikan...akan tetapi masa yang tidak mengizinkan menyebabkan "WARNA" the REDSmania terpaksa menamatkan ISU ini di sini...Insyaallah...kiranya diberikan kelapangan, akan pakcik kembali lagi ke "WARNA" dengan pelbagai bentuk sajian.
Sebelum mengundur diri, pakcik ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengikut setia "WARNA" theREDSmania kerana sentiasa setia menanti kemunculan cerita2 terkini yang sensasi lagi gila babeng...hahaha...luv all of u...mmmuuaahhhh...Chow Bedah...!!!
Friday, March 25, 2011
Thursday, March 10, 2011
PERJALANANKU : Volume ONE
Salam kabare kepada semua kulaanku...Moga kalian mungkal2ku berada di dalam sihat walafiat dan ceria sokmo2...haha...Haaa...dalam sibuk2 pun tangan pakcik terasa miang dan menggedik2 untuk mewarnakan "WARNA" theREDSmania ini...Mungkin ada di antara kalian yang mendoakan pakcik dikurniakan masa dan idea untuk berkongsi sesuatu di "WARNA" ini....
Apapun yang kalian rasa dan harapkan...pakcik ucapkan JUTAAN terima kasih kerana setia bersama pakcik di "WARNA" theREDSmania...saluran sengih2 anda...hahaha...
Jadi......sebelum pakcik teruskan...suka pakcik untuk bertanya kabar pada semua...Apa kabar sahabat2 politikusku...??...Sihatkah wahai sahabat2 cikguku...??...Ceriakah wahai abang2 teksi...brader2 posmen....geng2 lori....tuan2 Polisi...???...Makin cantikkah kawan2 lembutku...??...Makin meletup ke kawan2 mak andamku...??...Untung besarkah rakan2 niagaku...??...Walau apapun keadaan kalian...pakcik doakan kalian semua dianugerahkan kesihatan yang baik...mata yang terang...senyuman yang menawan...agar...kalian boleh terus bersama pakcik di "WARNA"....Tanpa kalian semua..."WARNA" ini pastinya pudar...
Owkey...kali ini "WARNA" kembali dengan sebuah kisah benar...Kisah Benar yang diadaptasi dari sebuah kehidupan...Kehidupan yang nyata...kehidupan yang di luar pengaruh khayalan...kehidupan yang betul2 mencabar kesabaran...keimanan... dan kekuatan mental...
Kisah bermula 21 tahun yang lepas...iaitu sekitar tahun 1999...Tahun terakhir sebelum melangkah ke millenuim...tahun terakhir sebelum tahun bermulanya abad baru....dan tahun terakhir arnab sebelum melangkah ke tahun naga emas bagi kalendar lunar cina...
Tahun 1999...keadaan ekonomi masih berada di tahap "terlampau susah"...sebagai alternatif untuk menyara kehidupan...aku terpaksa bekerja sambilan...itu pun kerja yang agak ganjil bagi sesetengah orang walaupun boleh dianggap profesional...Eermm..apa kerjanya...???...hahaha...Kerjaku ialah sebagai PENGURUS MAYAT...yaa...Pengurus Mayat...!!...bidang kerjaku adalah memastikan mayat kelihatan sempurna...mayat di make upkan...dipakaikan baju...serta dihias agar kelihatan segar....Walaupun selepas itu mereka akan ditanam atau dibakar....tapi sebelum perjalanan terakhir mereka, aku kena pastikan mereka kelihatan menarik di mata sanak saudara dan kengkawan mereka yang masih hidup...
Disebabkan towkeyku seorang gangster yang agak berpengaruh...kerjaku juga tidak melibatkan menguruskan mayat semata2...Aku juga diamanahkan untuk menjaga serta mengutip hasil2 dari rangkaian kedai2 judi mesin kuda milik towkeyku...Dia memiliki 17 buah kedai judi mesin kuda di seluruh Kuala Lumpur...Kerjaku...???...eermm...pada setiap malam, aku akan ke seluruh rangkaian kedai kudanya dan memungut hasil perjudian...Sesekali aku turun ke "bawah" dengan memantau pemimjam2 duit dari towkeyku...
Tahun 2000...Aku mula timbul perasaan ingin menjadi seorang "TOWKEY"...Keinginan ini amat kuat sehingga memaksa aku meletakkan jawatan sebagai penjawat awam dari satu jawatan yang menjadi kegilaan ramai iaitu CIKGU....Aku bertekad bahawa suatu hari aku akan menjadi towkey dan aku tak ingin lagi "makan gaji"....Jadi dengan semangat yang kuat...aku memulakan sebuah perniagaan....Perniagaan yang aku sendiri tidak ada kemahiran...Iaitu...Menjual Roti Canai....hahahaha.....
Aku memulakan dengan membina sebuah stall...Stall yang seakan stall burger cuma berbeza ianya kan digunakan untuk menebar roti canai...bukan menjual burger...Semasa stall aku dalam proses pembinaan...ibuku bertanya padaku.."Eh..!!..ekau ni pandai ke buat roti canai sampai nak jual roti canai..??.."...Aku menjawab.."Tak mak...langsung tak pandai"...jawabku jujur...."Habis tu camna ekau nak jual kalo ekau sendiri pun tak tau nak buat roti canai..??.."...tanya ibuku dengan nada tak puas hati..."Mak...takpo...nanti den siapkan stall ni...den poelah belajar dengan sapa2 yang meniaga roti canai...lagipun dalam area 5km dari sini...belum ada warung yang jual roti canai...sebab tu den nak niaga roti canai.."....jelasku pada ibuku yang kelihatan agak blur2....Aku tersenyum melihatnya...Dalam ati berkata.."Mak..den dah kaji dah apo yang patut den buek....mak jangan risau"...hahaha....
Setelah stallku siap dibina...aku mula merayap dari satu kedai ke satu kedai yang menjual roti canai...Tujuanku hanya satu...mendapatkan seberapa banyak ilmu untuk menguli dan menyediakan roti canai....Soal camna aku nak tebarkan roti tersebut, aku tak fikir...Yang penting....rotiku harus lembut dan sedap dimakan....
Akhirnya...setelah beberapa kali mencuba dengan pelbagai resipi yang aku dapat dari pelbagai orang...maka aku dapat menghasilkan roti canai yang lembut...ranggup dan sedap...Maka...bermulalah karier baru dalam hidupku...iaitu sebagai Peniaga Roti Canai...
Eermm...akan kusambung semula PERJALANANKU ini dalam "WARNA" episod yang akan datang...Kerana...PERJALANANKU ini masih jauh...hehehe....Amat mustahil untukku teruskan langkah ini tanpa berhenti untuk menghirup udara yang segar dan menyedut barang sebatang dua rokok...Oleh itu...kalian para followers setia "WARNA" theREDSmania harus bersabar....hehehe...Jangan sampai yang ada membaling bola tennis ke dinding kerana ianya akan mengganggu jiran sebelah rumah anda...hahaha...
Wednesday, February 23, 2011
Kenapa Lelaki Berubah Hati..??
Salam kulaan kepada semua followers "WARNA" theREDSmania...Eeermm...i love u all my fans...without u..."WARNA" pastinya menjadi pudar...Tanpa kalian...pastinya jenuh pakcik kena "mengecat" supaya "WARNA" tetap BER"WARNA"...hahaha...
Apa kabar para pak menteri...???...Apa kabar saudara politikus...???...Apa kabar cikgu2...???...Apa kabar teman2 profesional...???...Apa kabar maknyah2...pondan2 yang terlibat dalam dunia kecantikan dan "kechekndotan"...??? Apa kabar Pak Polisi...??..Apa kabar para peniaga...??...Apa kabar abang2 teksi...brader2 lori...?? Pakcik harapkan agar kalian semua sentiasa sihat walafiat dan dilindungi rahmat Ilahi...dan terima kasih kerana menjadikan "WARNA" sebagai santapan mata dan minda kalian...Seseungguhnya setiap masa yang kalian luangkan amat bermakna bagi pakcik di "WARNA" ini...
Owkey...kali ini pakcik akan berkongsi idea dan pendapat tentang sikap dan perilaku insan yang bergelar LELAKI...Apa yang akan pakcik utarakan ini adalah berdasarkan pengalaman...pemerhatian...perkongsian maklumat serta melalui pembacaan...Sekiranya kalian tidak atau kurang bersetuju...ampun dan maaf pakcik pohonkan...Ianya sekadar perkongsian tanpa sebarang makna tersembunyi...
Kenapa Lelaki Berubah Hati...???...Dulu ROMANTIS sekarang CENGIL...Dulu HOT sekarang HAMBAR...Dulu CARING sekarang TAK PEDULI...Dulu LOVING sekarang MENAKUTKAN...Dulu KAWAN sekarang DIMUSUHI...
KENAPA...???...Mesti ada sebab...Itulah persoalan yang sering bermain di minda para wanita...Jawapan yang selalu mereka dapat atau rumuskan terbahagi kepada beberapa...antara yang paling TOP ialah...Wujudnya orang ketiga...Suami atau kekasih curang...Suami atau kekasih makan luar...Suami atau kekasih terpikat kepada pucuk muda...eermm..Inilah di antara jawapan2 atau alasan2 yang sering kita dengar bila seorang Lelaki Mula Berubah Hati terhadap pasangannya...
Eeermmm...di sini pakcik nak bertanya bertanya kepada kaum wanita...Adakah diri kalian tidak perlu dipersalahkan kiranya pasangan anda berubah hati...??
Tujuan pakcik bertanya bukan untuk menyalahkan sesiapa atau membuka ruang kekurangan di antara kalian...Cuma berdasarkan sebab2 berlakunya kecurangan atau berubah hati ini adalah puncanya boleh dikatakan hampir 90 percent dari wanita yang bergelar pasangan kepada lelaki...
Kenapa...???...Mengapa...???...Sebab Apa...???...Di mana dan Apa salah kaum wanita...???
Owkey...rileks...bertenang para wanita...jangala hangin dulu...hahaha...biar pakcik huraikan...
Alrite...di antara punca2 yang datang dari wanita ialah :
- Sikap Tidak Peka : Maksudnya...kekadang korang ni tak sensitif pada kehendak dan kemahuan seorang lelaki...Contohnya...Bila pasangan kamu berkata..."Yang...tolong buatkan air untuk abang"...kamu jawab..."Sekejab lagi la bang"...eermm...jawapan anda itu secara tidak langsung telah menyentuh jiwa seorang lelaki...kerana seorang lelaki tidak akan suka2 meminta kalau dia bukan betul2 memerlukannya.
- Sikap Tidak Ambil Peduli : Eermm...apa yang pakcik nak maksudkan dengan sikap Tak Ambil Peduli ialah sikap acuh tak acuh korang terhadap kemahuan dan kehendak pasangan...Sebagai contoh...bila pasangan anda menjemput anda pulang dari bekerja...anda membuka pintu kereta, masuk dan duduk tanpa mengucapkan sebarang perkataan yang boleh membangkitkan suasana kemesraan seperti sapaan "Hi honey...r u ok today..?? Nampak macam penat jer...?? Bagi seorang lelaki...sapaan yang sedemikian dapat mengembalikan semula semangat yang hilang dek kerana kepenatan dan mereka dapat merasakan bahawa diri mereka wujud sebenarnya di mata korang...hahaha...
- Selekeh : Haaa...ni lah penyakit utama korang sebagai wanita...Apabila korang dah memiliki seorang lelaki dan sudah bergelar isteri...korang jarang mempedulikan penampilan korang semasa korang di rumah...Jarang kaum wanita ni nak menunjukkan kecantikan dan keseksian mereka di rumah nak2 bila korang dah punyai cahaya mata...Sedangkan bagi seorang lelaki kecuali yang gila ataupun hilang akal...mereka suka kalau pasangan mereka sentiasa tampil menarik dan seksi semasa di rumah...Sebab tulah jenuh pereka fesyen mereka baju2 tidur yang seksi dan menghairahkan...Tapi korang plak...dengan kain batik...rambut ikat dengan getah...muke betempek bedak sejuk dan sebagainya...Jadi...ubahlah penampilan korang sebelum korang dapat "kawan"...hahaha
- Pasif Seks : Eermmm...nilah punca tertinggi Mengapa Lelaki Berubah Hati...soal ini jarang nak diperbincangkan kerana ramai di kalangan anda menganggapnya sensitif...walhal inilah tunjangnya yang patut selalu dibajai...Kebanyakan wanita tidak terlalu peka dengan perubahan kehendak seks pasangannya...Kebanyakannya hanya menjalankan tanggungjawab ala kadar sahaja...Ini menyebabkan suami atau pasangan mula mencari "kehebatan" seks di luar demi memenuhi kehendak dan selera yang sentiasa berubah...Ramai di kalangan golongan isteri masih menganggap sesetengah aktiviti seks itu "kotor" dan sebagainya...Haaa...wahai para wanita...Alert lah mulai hari ini tentang kehendak pasangan anda diranjang...Pastikan di antara kalian ada 2 way communicate pasal selera dan kehendak masing2...kerana hanya korang sendiri yang dapat menjadikan seks kalian itu HOT atau SEJUK BEKU...pilihan di tangan kalian...
- Sentiasa Menolak :Haaa...ni dia...salah satu punca yang boleh dianggap UTAMA...Bila pasangan anda sering ditolak samada dalam soal seks maupun yang lain2 seperti...ditolak bila diajak makan bersama...ditolak untuk menemaninya melakukan aktiviti kegemaran...ditolak permintaan sesekali dia mengajak untuk menonton bola di restoran mamak...atau apa jua keadaan yang ANDA MENOLAK kemahuannya dengan pelbagai alasan...Jadi bila selalu ditolak...kemungkinan untuk lelaki mencari seseorang untuk dijadikan teman adalah amat2 TINGGI...!!!...
Eermm...oleh itu...berhati2lah menjaga perhubungan kalian agar ianya sentiasa segar dan bersiram...Kepada yang telah berkahwin...janganlah kalian ingat suami korang tu adalah HAK MUTLAK korang...Sebab...!!..Haaa...sabar...sabar...biar pakcik jelaskan dulu...Jangan cepat hangin....hahaha....
Sebabnya bagi yang beragama Islam...dalam Al Quran sendiri ada menyebut bahawa "Kahwinilah kamu dua..tiga ataupun empat kiranya kamu mampu...akan tetapi sekiranya kamu tidak mampu berlaku adil..maka kahwinilah satu"...Jadi...di sini adalah AMAT jelas yang suami kamu mempunyai pilihan yang lain sekiranya mereka merasakan kalian tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan betul...Hahahaha....Jangan marah noo....hahaha
Eermm...pakcik ghaso cukup lah dulu untuk kali ini...Kang kalo lagi pakcik panjang...ado plak kang yang telontang dek kerano maghah ngan pakcik...Hahaha...Pakcik ni bukan apo...sekadar nak berkongsi yo dongan ekau2 semua...manalah tau...kot2 dengan apa yang pakcik merabankan ini akan dapat menghangatkan hubungan kalian dengan pasangan memasing...Sapa tau...???...Ekau juo yang tau...hahaha...
Insyaallah "WARNA" theREDSmania akan kembali...bila...??? Entahlah...pakcik pun tak nak menjanjikan apa2...Akan tetapi...Insyaallah...
Akhir sekali...kepada semua followers "WARNA" theREDSmania...pakcik doakan anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik...Bukan apo...kalo rezeki korang kurang...internet kena potong...hilanglah seorang followers "WARNA"...hahaha...
Monday, February 21, 2011
PONDAN : Dari Perspektif Profesional
Salam mania pakcik ucapkan pada semua followers setia "WARNA" the REDSmania...Hahahaha...moga kalian berada di dalam keadaan sihat walafiat dan selesa hendaknya...Eermm...kali ini "WARNA" akan mengupas satu ISU yang dianggap oleh kebanyakan makhluk yang bergelar masyarakat sebagai ISU KERUNTUHAN MORAL...
PONDAN...bila terbaca...ternampak atau terdengar perkataan ini...pakcik pasti ramai yang di luar sana akan terbayangkan sekelompok manusia yang cuba menjadi diri orang lain...ramai yang terbayangkan sekumpulan manusia yang cuba membuang segala kekurangan diri agar nampak lebih menonjol dan sekumpulan manusia yang banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan adat ketimuran.
Oleh itu...pakcik akan cuba berkongsi apakah definisi sebenar PONDAN daripada sudut pandangan profesional pakcik yang banyak terlibat dan berurusan dengan golongan ini...Semoga pendapat dan idea ini akan dapat memberikan pandangan yang lebih jelas...telus dan boleh mengubah persepsi kita sebagai makhluk ciptaan Allah sepertimana Allah ciptakan golongan ini ataupun lebih suka pakcik gelarkan mereka ini sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...hahaha....baca betul2 tau..SEKSA...bukan SEKSI...
Eermm...kenapa pakcik katakan mereka sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...???
Ada beberapa sebab dan alasan....Antaranya ialah..:
1: Mereka sering dipandang serong...dipandang keji dan selalu dihina oleh masyarakat walau mereka hidup tanpa mengganggu dan menyusahkan masyarakat.
2: Jiwa mereka terkurung...jasadnya LELAKI...jiwanya PEREMPUAN
3: Kelulusan akademik mereka jarang diiktiraf memandangkan sifat lembut yang ada pada mereka. Peluang pekerjaan amat nipis dan sering ditolak memandangkan masyarakat memandang rendah akan keupayaan mereka.
Owh yaa...sebelum pakcik pergi dengan lebih lanjut...rasanya perlu untuk pakcik jelaskan bahawa golongan lembut ni terbahagi kepada beberapa kategori...
Antaranya ialah :
1: Mak Nyah : Mak Nyah atau Shemale ialah golongan yang hampir 90% wanita...mereka punyai buah dada...pinggul yang cantik...rambut yang terjaga malahan di sesetengah bahagian terutama kulit, mereka lebih daripada wanita...bezanya, mereka masih punyai kemaluan lelaki.
2: Pondan : Juga dikenali sebagai Lady Boy...baca bebetul yer...Bukan Lady GAGA...Lady Boy...hahaha....eermmm...tang mana plak bezanya...??...Owkey...!!..Pondan juga seakan wanita...hampir 60% adalah wanita....cuma, mereka tidak punyai buah dada dan masih mempunyai kemaluan lelaki...Akan tetapi dari segi bentuk rambut...kulit...dan penjagaan diri...mereka sama dengan kaum wanita...malahan lebih cerewet dari wanita...
3: Bapuk : Haaaa...inilah golongan paling teruk dalam kategori lelaki lembut...Sebab tu jika Mak Nyah atau Pondan dipanggil Bapuk...mereka akan hanginnn satu badan...Silap2 anda akan dibelasah...!!!...Hahahaha....
Kenapa...???...Apa bezanya....????
Owkey...!!..Bapuk ialah golongan lelaki yang baru2 nak belajar menjadi lembut...atau buat2 lembut...atau jenis lelaki yang sedang mencari identiti...Nak dikatakan lembut, ianya bersifat kasar dan keras...Nak dikatakan kasar, mereka macam lar lembut sangat...Jadi senang cerita...mereka ni takde identiti...
Bapok ni selalunya akan bersikap suka menonjolkan diri di khayalak...Kalau bercakap, mesti suara mereka agak tinggi dan suka menarik perhatian orang sekeliling...Yang lebih parah, mereka akan memaki hamun sesuka hati tanpa pedulikan orang lain...Biasanya golongan ini sentiasa merasakan diri mereka adalah DIVA...hahaha...Dek kerana sikap golongan Bapok nilah biasanya masyarakat umum akan melabel semua golongan lembut sebagai kurang ajar...kurang sopan...dan perosak bangsa serta pelbagai lagi...Ini kerana dalam masyarakat Malaysia...golongan lembut dikenali dengan 3 panggilan ini sahaja...iaitu...PONDAN...BAPUK serta MAK NYAH...Tapi bagi kebanyakan orang...ketiga2 panggilan ini adalah SAMA sahaja...
Apa Kelebihan Mak Nyah dan Pondan...???
eeermmm...Satu soalan yang menarik untuk dihuraikan...ye...!!!...apa kelebihan mereka...?? Oklah...pakcik ingin berkongsi beberapa pengalaman daripada pemerhatian pakcik sendiri tentang kelebihan2 golongan ini iaitu Mak Nyah dan Pondan...
Antara kelebihan mereka ialah :
1: Tekun : Golongan ini amat tekun bila bekerja...jarang di kalangan golongan ini membuat kerja sambil lewa atau main2...Tengok saja kalo dari sudut negatif...bila mereka melacurkan diri...Mereka sanggup berdiri di jalanan berjam2 lamanya sehinggalah mereka penuhi target mereka pada malam tersebut...
Kalo dari sudut positif, sekiranya mereka menjahit baju...mereka akan jahit baju tersebut dengan kemas...teratur dan akan sedaya mungkin memuaskan hati pelanggan mereka.
2: Cermat : Golongan ini amat cermat dan berhati2 dalam menjalankan tugasan mereka...Seboleh2nya mereka akan memastikan tiada kesilapan walau pun yang kecik dalam kerja mereka. Sebagai contoh...sekiranya mereka memake upkan orang, mereka akan teliti dari pelbagai aspek seperti teknik shading dan sebagainya..
3: Kemas : Jarang kita tengok golongan ini hasil kerjanya bersepah2 ataupun berkecamuk...biasanya kita kan berpuas hati dengan apa yang mereka hasilkan
4: Menghayati : Berilah apa jua tugasan kepada golongan ini...pastinya mereka akan lakukan dengan sepenuh jiwa mereka...dan...!!!...Harus kita ingat...hasil kerja yang penuh penghayatan pastinya akan membuahkan hasil yang sempurna
Apa Yang Menjahanamkan Golongan Ini...??
Wahh...!!...Satu persoalan yang menarik dan pastinya akan menimbulkan banyak rasa kurang senang dari golongan ini terutamanya...Hahaha...Tapi...!!..Walau apapun ini hanyalah hasil kajian dan pemerhatian pakcik...
Antara penyebab kemusnahan golongan ini ialah :
1: Dadah : Ramai golongan ini terlibat dengan dadah atas beberapa sebab..
a: Kerana inginkan tubuh yang cantik
b: Pengaruh "laki" atau "suami" mereka
c: Tekanan daripada kutukan masyarakat dan kawan2
d: Untuk menambah tenaga semasa bekerja (golongan yang melacur)
2: Laki atau Suami : Ini adalah punca tertinggi kemusnahan masa depan golongan ini. Sebabnya...mereka begitu taksub...takut serta dikongkong oleh pasangan mereka hinggakan mereka tidak punyai kebebasan untuk bergerak dan bekerja. Sering menjadi mangsa pukul oleh pasangan...Tapi masalahnya...golongan ini tetap menyayangi pasangan mereka biar pun diperlakukan demikian...Dan...sikap ini kadang2 memusnahkan masa depan mereka
- Sesetengahnya sanggup membelikan pakaian berjenama untuk pasangan sedangkan diri sendiri memakai pakaian bundle...
- Mendapat pasangan yang tidak bekerja...malas...dan penagih dadah
3: Mempunyai "mak ayam" yang tidak mempedulikan "anak ayam"...malahan memaksa anak ayam bekerja untuk diri mereka...akan tetapi peratusannya amat sedikit...hahaha....Jangan marah noo wahai sekelian mak ayam...baik mak ayam besar..maupun mak ayam kecik....hahaha
KEJAYAAN
Owkey...di sini juga suka pakcik berkongsi dengan semua followers "WARNA" beberapa orang Mak Nyah dan juga Pondan yang telah berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Ada di antara mereka yang boleh mencapai tahap pendapatan bersih RM 80 - 100 ribu sebulan...Yang paling bangsat pun sekitar RM 15- 20 ribu sebulan....
Pakcik harap nama2 yang akan pakcik ketengahkan ini tidak marah dengan pakcik yer...hahaha...bukan apa..sekadar untuk mengubah "WARNA" pandangan masyarakat pada golongan kalian...Tidak ada niat tersurat maupun tersirat...apatah lagi nak buat
Promosi Harga Runtuh...
Di antara yang telah berjaya yang pakcik kenal ialah :
1: Tiara Razlan : Tiara Razlan merupakan staff pakcik yang paling kanan. Ibarat tangan kanan pakcik...Sekiranya pakcik takde...maka Tiara layak untuk membuat sebarang keputusan bagi pihak syarikat.
Beliau merupakan seorang make artis yang bergiat cergas sehingga ke hari ini. Menghasilkan banyak drama2 dan filem.
Bersama pakcik, tugas Tiara ialah sebagai Tenaga Pengajar untuk kelas2 solekan dan dandanan kelolaan syarikat pakcik. Dan...Tiara dibayar ribuan untuk tugasan setiap 5 hari seminggu...sebulan...???...eermmm...tanyalah Tiara. Hahaha....
2: Didie : Ni pula orang ke2 penting dalam team kami...Tanpanya perjalanan syarikat agak tempang barangkali...Punyai karisma yang tinggi...Kreativitinya memang hebat...Merupakan seorang wedding planner yang agak berjaya di Johor Bharu...Meninggalkan dunia perfileman setelah membuka perniagaan sendiri. Kerja luarnya hanyalah bila dipanggil oleh kami.
| Didie semasa menerima cenderamata dari syarikat |
3: Teja : Seorang pondan yang berjaya dalam hidupnya... Menetap di Bukit Antarabangsa...Merupakan seorang jurusolek yang "meletup"...Kalau budget agak ciput...fikir2 dulu sebelim memanggilnya...hahaha...Seorang yang baik hati dan berterus terang...Punyai semangat untuk maju yang tinggi dan mampu bersaing.
| Teja berdiri paling kanan semasa menerima sijil dandanan rambut |
4: Shaira @ Shana : eermm...merupakan seorang Mak Andam yang agak berjaya dan suksess...Menetap di Pantai Dalam dan juga mempunyai Butik pengantin di Pantai Dalam...Orangnya agak cantik...hasil kerjanya pasti memuaskan hati...
5: Fynaz : Ermm..seorang make up artis yang agak berjaya. Drama terhebat yang dihasilkan ialah Sutra Maya untuk tayangan TV3...Kuat bekerja dan mempunyai teknik make up yang agak bagus.
| Fynaz merupakan best student untuk Kursus Dandanan Rambut |
6: Zakin Ramlee : Berasal dari Pekan Pahang dan merupakan wedding planner yang agak terkenal di Pahang. Banyak membuat kerja2 untuk kerabat2 istana Pahang. Seorang yang sangat senang untuk bekerja sama. Bertindak sebagai penyelaras pakaian sekiranya kami terlibat dengan show.
| Zakin Ramlee atau lebih dikenali dgn nama Abg Kie |
7: Bety Jadjuri : eermm...inilah pondan yang paling lama pakcik kenali...sejak 15 tahun yang lepas dari mula2 dia sampai ke KL...dulunya seorang pondan yang bekerja di kedai makan...kemudian berusaha mengubah hidup dengan bertukar ke bidang kecantikan dengan menyertai rangkaian Body Shop...dan sekarang menjadi seorang jurusolek profesional...dulunya seorang pondan tetapi sekarang sudah bertukar status kepada shemale...Berasal dari Sabah dan punyai semangat yang tinggi...15 tahun lepas, kami tinggal berjiran di Jalan Sarikei off Jalan Pahang..
![]() |
| Bety...duli pondan...NOW..shemale already...hahhaa... |
Inilah sebahagian daripada kisah kejayaan golongan mak nyah dan pondan yang dapat pakcik kongsikan...Apa yang pakcik dapat rumuskan, kejayaan mereka ini adalah hasil kerja keras mereka dek kerana lain2 peluang yang sepatutnya mereka miliki telah ditutup oleh masyarakat...Jadi dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, mereka sedaya upaya berusaha untuk mencapai satu standard kedudukan dalam masyarakat...
Melalui "WARNA" ini, pakcik ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua golongan2 Mak Nyah dan Pondan yang telah berjaya menjadi seseorang sekarang ini...Bagi yang masih terumbang ambing mencari identiti...kembalilah kalian ke jalan yang dapat menjamin masa hadapan...
Sekian dulu untuk kali ini..."WARNA" akan kembali sekiranya masa dan keadaan mengizinkan...Bye-bye..mmmuuaahhhh...!!!
Sekian dulu untuk kali ini..."WARNA" akan kembali sekiranya masa dan keadaan mengizinkan...Bye-bye..mmmuuaahhhh...!!!
Sunday, February 20, 2011
Jalan Sarikei off Jalan Pahang
Eeermmm....sesetengah orang mungkin tak tau pun di mana Jalan Sarikei ni...taaapiii...!!!..bagi sesetengah orang terutamanya yang berkaitan dengan Hospital Tawakal...Skop Production...MPSK...Kawal Wiramas dan juga KOHILAL...pastinya jalan ini tidak asing bagi mereka...
Apa yang menariknya tentang Jalan Sarikei...???...Hahaha...pada mata zahir dan di siang hari, tidak ada yang menarik pun...Dalam tahun 90an dulu...Jalan Sarikei amat meriah pada waktu malamnya...Di sinilah menetapnya Abang Bob (pengurus produksi Skop Production)...Din dari kumpulan rock TEJA...Zurie dari kumpulan Memo2...Lahirnya kumpulan rock MERCURY...bergenarasinya nurse2 Kumpulan Johor yang bertugas di Hospital Ampang Puteri dan Hospital Tawakal...Berpuluh2 cikgu yang mengajar di seluruh Malaysia yang belajar di Maktab Perguruan Seri Kota juga menetap di sini...Beratus2 pengawal keselamatan yang berkawal di serata premis di Kuala Lumpur dan Selangor dari syarikat Kawal Wiramas...semuanya menetap di sini...
Aku....???....hahaha...aku juga merupakan warga Jalan Sarikei...hampir 3 tahun aku menetap di situ...Pelbagai warna kenangan yang ada di sini...Malam minggu merupakan malam yang paling happening...Sebabnya...??..Jalan ini akan dipenuhi oleh orang2 luar yang datang menonton dan mencari pelacur2 pondan yang kebanyakan yang tinggal di persekitaran Jalan Sarikei...Eermm...kalo tengok depa ni sebelah siang, pastinya pengunjung2 yang datang dari luar tidak akan melanggan mereka...hahaha...Sebabnya...??...Siang hari mereka cukup professional...ada yang bekerja sebagai chef...ada yang bekerja sebagai tukang masak...ada yang bekerja sebagai PRO syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa dan pelbagai jenis bidang pekerjaan lagi...Tapi bila malam minggu...eermmm...kami sendiri penduduk Jalan Sarikei pun tidak dapat mengecam mereka...melainkan mereka dulu yang menyapa...hahaha....
Pernah sekali Jalan Sarikei diserbu oleh Jabatan Agama Wilayah atau pun lebih dikenali sebagai JAWI...Pondan2 yang "berniaga" di bawah berlari naik ke atas sehingga ke bumbung...yang lebih dahsyat lagi, ada yang memanjat dari saluran paip untuk ke bumbung...Pada masa tu, kami sedang melepak di atas bumbung membuat BBQ...membakar ayam dan ikan yang dibawa oleh seorang kawan yang berniaga di Pasar Chow Kit...eermm...apalagi...dengan kami2 pun cabut lari meninggalkan ayam dan ikan yang sedang dibakar...Puncanya...kami mendengar jeritan.."Jangan lari...korang dah dikepung...!!!..."...bila kami dengar je perkataan "Jangan lari" tu...secara automatik kami pun lari...hahaha...Salah seorang daripada penguatkuasa JAWI bertanya kepada kami "Pasal Plak korang yang lagi laju dari pondan2 yg kami kejar...??"...Kami jawab..."Bukan apa...abang jerit kuat sangat...kami ingat kami yang abang kejar.."...jelas kami...Sudahnya, ikan2 dan ayam yang kami bakar tadi, kami makan bersama dengan Ustaz2 JAWI di bumbung...Dan...pada malam tu, takde lagi pondan2 yang berani turun "cari makan" di bawah memandangkan Ustaz2 JAWI berada di atas bumbung...Rasa kelakar bila aku terkenangkan peristiwa tu...
Jalan Sarikei juga didiami oleh kumpulan Gangster Cina yang sangat2 low profil...Walaupun mereka adalah orang2 yang ganas di luarnya, tapi mereka tidak pernah menghuru-harakan Jalan Sarikei...Di Jalan Sarikei, kami macam sebuah keluarga...Kami menghormati di antara satu sama lain...Kami respect apa jua pekerjaan di antara satu sama lain...Kami tidak pernah berkira dari segi wang ringgit...Kami minum bersama...makan bersama...dan bermain JACKPOT bersama...Hahaha...Tidak ada perbezaan kaum di antara Melayu..India..dan Cina di sini...Selagi seseorang itu boleh menghormati sesama lain...dan tidak menimbulkan masalah...maka dia boleh mendiami Jalan Sarikei dengan selesa dan aman...
Tapi sekarang...semuanya tinggal kenangan...tidak ada lagi perkara2 sebegini di Jalan Sarikei...Sesekali bila ada masa terluang, aku akan menjenguk ke sana melepak meminum secawan nescafe di mamak kegemaranku...mamak yang sama semasa aku di sana dulu...Sejak dari anak mamak tu kecik, sekarang sudah dewasa...dan dia masih setia membantu ayah dan ibunya berniaga di malam hari...dan ke kolej pada siangnya...dan...aku banyak terhutang budi dengan mamak tu dulu...Sewaktu aku takde duit, dia bagi aku hutang makan...hutang rokok dan semua bendalah yang dia jual...Sebab tu walau aku study pada masa tu,, jarang aku hisap rokok yang kecik saiznya...mesti rokok yang 20 batang...hahaha...Dan kalo tiba masa bernasib baik, adakalanya aku akan berjumpa kembali dengan otai-otai Jalan Sarikei di kedai mamak ni...dan....mereka pun sama macam aku...sesaja menjenguk menghilang rindu pada Jalan Sarikei dan mengharapkan akan terserempak dengan kengkawan lama....Maklumlar...Kg Cina sudah tiada lagi di Jalan Sarikei...yang ada sekarang adalah bangunan baru Tawakal dan pembangunan di sekitarnya...
Eermm...nilah sekelumit kisahku di Jalan Sarikei...Jalan yang terletak di belakang Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Jalan yang membawa seribu kenangan...Jalan yang banyak mengajar erti persahabatan...respect...dan kehidupan sebenar sebagai lelaki. Di Jalan Sarikei, anda ibarat berada di sebuah negara Mini Malaysia...kerana seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai negeri dalam Malaysia ada di sini termasuk Sabah dan Sarawak..
Sekian dulu untuk kali ini...Insyaallah pakcik akan kembali lagi di lain ketika ke "WARNA" theREDSmania dengan pelbagai kisah dan cerita...
Apa yang menariknya tentang Jalan Sarikei...???...Hahaha...pada mata zahir dan di siang hari, tidak ada yang menarik pun...Dalam tahun 90an dulu...Jalan Sarikei amat meriah pada waktu malamnya...Di sinilah menetapnya Abang Bob (pengurus produksi Skop Production)...Din dari kumpulan rock TEJA...Zurie dari kumpulan Memo2...Lahirnya kumpulan rock MERCURY...bergenarasinya nurse2 Kumpulan Johor yang bertugas di Hospital Ampang Puteri dan Hospital Tawakal...Berpuluh2 cikgu yang mengajar di seluruh Malaysia yang belajar di Maktab Perguruan Seri Kota juga menetap di sini...Beratus2 pengawal keselamatan yang berkawal di serata premis di Kuala Lumpur dan Selangor dari syarikat Kawal Wiramas...semuanya menetap di sini...
Aku....???....hahaha...aku juga merupakan warga Jalan Sarikei...hampir 3 tahun aku menetap di situ...Pelbagai warna kenangan yang ada di sini...Malam minggu merupakan malam yang paling happening...Sebabnya...??..Jalan ini akan dipenuhi oleh orang2 luar yang datang menonton dan mencari pelacur2 pondan yang kebanyakan yang tinggal di persekitaran Jalan Sarikei...Eermm...kalo tengok depa ni sebelah siang, pastinya pengunjung2 yang datang dari luar tidak akan melanggan mereka...hahaha...Sebabnya...??...Siang hari mereka cukup professional...ada yang bekerja sebagai chef...ada yang bekerja sebagai tukang masak...ada yang bekerja sebagai PRO syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa dan pelbagai jenis bidang pekerjaan lagi...Tapi bila malam minggu...eermmm...kami sendiri penduduk Jalan Sarikei pun tidak dapat mengecam mereka...melainkan mereka dulu yang menyapa...hahaha....
Pernah sekali Jalan Sarikei diserbu oleh Jabatan Agama Wilayah atau pun lebih dikenali sebagai JAWI...Pondan2 yang "berniaga" di bawah berlari naik ke atas sehingga ke bumbung...yang lebih dahsyat lagi, ada yang memanjat dari saluran paip untuk ke bumbung...Pada masa tu, kami sedang melepak di atas bumbung membuat BBQ...membakar ayam dan ikan yang dibawa oleh seorang kawan yang berniaga di Pasar Chow Kit...eermm...apalagi...dengan kami2 pun cabut lari meninggalkan ayam dan ikan yang sedang dibakar...Puncanya...kami mendengar jeritan.."Jangan lari...korang dah dikepung...!!!..."...bila kami dengar je perkataan "Jangan lari" tu...secara automatik kami pun lari...hahaha...Salah seorang daripada penguatkuasa JAWI bertanya kepada kami "Pasal Plak korang yang lagi laju dari pondan2 yg kami kejar...??"...Kami jawab..."Bukan apa...abang jerit kuat sangat...kami ingat kami yang abang kejar.."...jelas kami...Sudahnya, ikan2 dan ayam yang kami bakar tadi, kami makan bersama dengan Ustaz2 JAWI di bumbung...Dan...pada malam tu, takde lagi pondan2 yang berani turun "cari makan" di bawah memandangkan Ustaz2 JAWI berada di atas bumbung...Rasa kelakar bila aku terkenangkan peristiwa tu...
Jalan Sarikei juga didiami oleh kumpulan Gangster Cina yang sangat2 low profil...Walaupun mereka adalah orang2 yang ganas di luarnya, tapi mereka tidak pernah menghuru-harakan Jalan Sarikei...Di Jalan Sarikei, kami macam sebuah keluarga...Kami menghormati di antara satu sama lain...Kami respect apa jua pekerjaan di antara satu sama lain...Kami tidak pernah berkira dari segi wang ringgit...Kami minum bersama...makan bersama...dan bermain JACKPOT bersama...Hahaha...Tidak ada perbezaan kaum di antara Melayu..India..dan Cina di sini...Selagi seseorang itu boleh menghormati sesama lain...dan tidak menimbulkan masalah...maka dia boleh mendiami Jalan Sarikei dengan selesa dan aman...
Tapi sekarang...semuanya tinggal kenangan...tidak ada lagi perkara2 sebegini di Jalan Sarikei...Sesekali bila ada masa terluang, aku akan menjenguk ke sana melepak meminum secawan nescafe di mamak kegemaranku...mamak yang sama semasa aku di sana dulu...Sejak dari anak mamak tu kecik, sekarang sudah dewasa...dan dia masih setia membantu ayah dan ibunya berniaga di malam hari...dan ke kolej pada siangnya...dan...aku banyak terhutang budi dengan mamak tu dulu...Sewaktu aku takde duit, dia bagi aku hutang makan...hutang rokok dan semua bendalah yang dia jual...Sebab tu walau aku study pada masa tu,, jarang aku hisap rokok yang kecik saiznya...mesti rokok yang 20 batang...hahaha...Dan kalo tiba masa bernasib baik, adakalanya aku akan berjumpa kembali dengan otai-otai Jalan Sarikei di kedai mamak ni...dan....mereka pun sama macam aku...sesaja menjenguk menghilang rindu pada Jalan Sarikei dan mengharapkan akan terserempak dengan kengkawan lama....Maklumlar...Kg Cina sudah tiada lagi di Jalan Sarikei...yang ada sekarang adalah bangunan baru Tawakal dan pembangunan di sekitarnya...
Eermm...nilah sekelumit kisahku di Jalan Sarikei...Jalan yang terletak di belakang Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Jalan yang membawa seribu kenangan...Jalan yang banyak mengajar erti persahabatan...respect...dan kehidupan sebenar sebagai lelaki. Di Jalan Sarikei, anda ibarat berada di sebuah negara Mini Malaysia...kerana seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai negeri dalam Malaysia ada di sini termasuk Sabah dan Sarawak..
Sekian dulu untuk kali ini...Insyaallah pakcik akan kembali lagi di lain ketika ke "WARNA" theREDSmania dengan pelbagai kisah dan cerita...
Subscribe to:
Posts (Atom)


