Monday, January 17, 2011

Aku..Dia ..dan Tow Truck

AKU..aku berpindah masuk ke rumah di taman itu di suatu hari yang agak panas cuacanya. Tidak banyak barang-barang yang ku angkut sebab aku dah memenuhkan rumah itu dengan segala kelengkapan asas sebelum aku berpindah masuk.
Sewaktu hari bergerak menuju petang..tiba-tiba aku terdengar enjin kereta mengaum di sebelah rumahku..apa yang ku tahu, rumah itu masih kosong sewaktu aku berpindah masuk tadi. Aku keluar ke pintu dan melihat sebuah kereta berwarna kuning, bercermin gelap dan berenjin turbo di depan rumah tersebut. Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki berkepala botak, berbadan besar dan berkulit agak gelap dari kereta tersebut. Dia senyum ke arahku dan aku mengangkat tangan sambil tersenyum kepadanya. Dalam fikiranku, brader ni kalo bukan bouncer, pastinya seorang penyeludup kretek kalau berdasarkan kereta yang dipakainya.

DIA..dia seorang yang berbadan besar dan agak kasar orangnya. Dia menggunakan 12 buah handphone yang semua nombornya berakhir dengan 1515. Dia suka memandu dengan cara yang merbahaya dan dia enjoy melakukannya. Suaranya kuat dan kalau orang yang tidak mengenalinya, pasti takut untuk dekat dengannya. Sewaktu fikirannya berserabut, dia suka mencuci kereta di halaman rumahnya. Kereta itu akan dicuci seperti tidak mahu lagi digunakan. Kadang-kadang aku ketawa sendiri bila memerhatikan dia mencuci keretanya. Aku jenis yang pemalas untuk mencuci kereta..kalau tidak tuhan yang bantu cuci dengan hujannya, maka aku akan hantar ke kedai cuci.

TOW TRUCK..Suatu hari ketika aku balik dari tapak kerja, aku melihat sebuah tow truck berada di antara rumahku dan rumah Si Botak..dalam hati aku berkata mungkin keretanya rosak. Bila aku keluar dari kereta, dia menyapaku "bos..jom gi minum"...aku menjawab "ok, no problem"..terus dia menekan alarm tow truck dan mengajakku menaikinya. Aku terus naik dan bertanya padanya tow truck ni mana datangnya. Dia jawab towing ni dia yang punya dan dia bekerja sebagai CALL MAN. Barulah aku tau jiran aku ni rupanya CALL MAN..bukannya penyeludup kretek seperti yang aku sangkakan.