Saturday, January 15, 2011

Antara Dua Darjat

    Seperti cerita dongeng zaman dahulu kala..seperti cerita IBU MERTUAKU..kisah cinta antara dua darjat masih wujud rupanya di Malaysia...hehehe. Walaupun tidak seperti watak ibu Sabariah dalam cerita tersebut yang bertanyakan adakah bakal menantunya seorang lawyer ataupun majistret, kesan daripada filem itu rupanya amat kuat mempengaruhi minda seorang lelaki yang dilahirkan di kalangan rakyat biasa dari luar bandar..
   
    Dalam cerita ini, watak lelaki tidaklah dilayan dengan buruk ataupun diperlekehkan status dan asal keturunannya..malahan lelaki ini diberikan satu tempat yang amat istimewa di kalangan ahli keluarga tersebut. Dia dilayan ibarat seorang putera..diberikan bantuan sekiranya menghadapi sebarang masalah malah diberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.

    Betul seperti kata sesetengah bijak pandai..tidak semua manusia akan menganggap apa yang ada itu sebagai TUAH..malahan mereka lebih menganggapnya sebagai sebuah UJIAN ataupun DUGAAN. Begitu juga dengan lelaki ini...makin lama dia semakin takut dengan segala kebaikan dan kemuliaan hati keluarga bangsawan ini. Dia mula berfikir apakah cara yang terbaik untuk dia mengundurkan diri TANPA melukakan hati sesiapa juga yang terlibat...namun..dia masih mencari apakah jalan yang terbaik untuk dia berbuat demikian...semakin lama dia dalam belenggu ini..hatinya makin  "TERIKAT"dengan sebuah perasaan yang dinamakan SAYANG...semakin lama dia mencari jalan, semakin kuat dia dilanda sebuah perasaan yang dinamakan CINTA...sebelum ikatan suci ataupun ijab kabul terjadi, dia harus menarik diri supaya dia tidak berasa sesuatu yang kurang enak dengan perasaannya sendiri...
  
      Apakah yang harus dilakukannya....???...teruskan ataupun tamatkan...??...Jika diteruskan adakah Sang Puteri selesa mencemar duli di pondok beratap nipah...??...Jika ditamatkan adakah Sang Puteri dan keluarga akan berduka lara sehingga boleh menyebabkan suasana istana mereka gundah gulana...???