Tuesday, January 18, 2011

Hantu FACEBOOK : KIsah Benar (Seperti Yg Diceritakan)

    Badanku kepenatan setelah seharian bekerja. Balik saja rumah, terus aku membasahkan badanku..membuang segala bau-bau dan kotoran yang ada. Suami dan anak2ku leka dengan aktiviti masing2.
   
   Selesai mandi. aku keluar dari kamarku..kulihat anak2ku sedang menyiapkan kerja sekolah masing2. Suamiku pula sedang membuka dan membalas email2 yang diterimanya di ofis peribadi. Aku masuk ke ofis peribadi kami di rumah dan terus menekan switch ON pada laptopku. Apalagi, Facebook lah yang aku layan. Aku membalas setiap status yang kengkawanku updated dan sebagainya.
   
   Sedang leka aku melayan karenah2 yang ada dalam Facebook ku, suami ku bangun dan menuju ke bilik tidur..manakala anak2 ku telah lama dibuai mimpi2 indah mereka. Aku semakin galak dengan Facebook ku kerana ramai kawan2ku baru memunculkan diri. Tidak kusedar waktu telah menunjukkan jam 2 pagi.
   
   Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman seperti duit syiling jatuh ke lantai dan dekat denganku..sewaktu itu aku sedang memakai earphone dan aku tidak berapa ambik kisah tentangnya walau hati ada berdetik sesuatu.
Aku terus juga mengadap laptopku dengan bertemankan kengkawan dalam Facebook ku..earphone telah kutanggalkan dari telinga.
   
    Sedang aku leka, sekali lagi aku terdengar dentuman duit syiling jatuh di atas meja. Aku terus berpaling ke arahnya dan...aku melihat sekeping duit syiling sedang berpusing-pusing di atas meja di ruang tamu rumahku. Badanku terus menggigil..seram sejuk seluruh tubuh aku rasakan. Apa lagi, aku terus berlari ke bilik tidurku dan mengejutkan suamiku yang sedang lena dibuai mimpi. Aku mengajaknya keluar untuk OFFkan laptopku sambil menceritakan apa yang terjadi. Suamiku apalagi..dia ketawa dalam mengantuk..katanya aku mengarut. Dalam pada itu suamiku mengutip 2 keping duit syiling yang jatuh itu dan memasukkan ke dalam tabungnya.
 
   Sampai ke saat ini aku masih takut memikirkan peristiwa yang berlaku padaku. Kata suamiku, tulah akibat masa tidur digunakan untuk ber Facebook. Dia tak abis2 mengutukku dan berpesan.."lain kali, waktu tidur tu, tidur lar"..dan yang menyeramkam bila suamiku mengusik.."cuba u bayangkan esok tetiba dia kluar di skrin laptop u dan cakap.."weh..!!..tido lar"...eeiii... xdpt aku bayangkan..Serik rasanya untuk aku berFacebook lagi tanpa ditemani sesiapa di waktu malam..