Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Lelaki Berubah Hati..??

    Salam kulaan kepada semua followers "WARNA" theREDSmania...Eeermm...i love u all my fans...without u..."WARNA" pastinya menjadi pudar...Tanpa kalian...pastinya jenuh pakcik kena "mengecat" supaya "WARNA" tetap BER"WARNA"...hahaha...

Apa kabar para pak menteri...???...Apa kabar saudara politikus...???...Apa kabar cikgu2...???...Apa kabar teman2 profesional...???...Apa kabar maknyah2...pondan2 yang terlibat dalam dunia kecantikan dan "kechekndotan"...??? Apa kabar Pak Polisi...??..Apa kabar para peniaga...??...Apa kabar abang2 teksi...brader2 lori...?? Pakcik harapkan agar kalian semua sentiasa sihat walafiat dan dilindungi rahmat Ilahi...dan terima kasih kerana menjadikan "WARNA" sebagai santapan mata dan minda kalian...Seseungguhnya setiap masa yang kalian luangkan amat bermakna bagi pakcik di "WARNA" ini...

Owkey...kali ini pakcik akan berkongsi idea dan pendapat tentang sikap dan perilaku insan yang bergelar LELAKI...Apa yang akan pakcik utarakan ini adalah berdasarkan pengalaman...pemerhatian...perkongsian maklumat serta melalui pembacaan...Sekiranya kalian tidak atau kurang bersetuju...ampun dan maaf pakcik pohonkan...Ianya sekadar perkongsian tanpa sebarang makna tersembunyi...
Kenapa Lelaki Berubah Hati...???...Dulu ROMANTIS sekarang CENGIL...Dulu HOT sekarang HAMBAR...Dulu CARING sekarang TAK PEDULI...Dulu LOVING sekarang MENAKUTKAN...Dulu KAWAN sekarang DIMUSUHI...

KENAPA...???...Mesti ada sebab...Itulah persoalan yang sering bermain di minda para wanita...Jawapan yang selalu mereka dapat atau rumuskan terbahagi kepada beberapa...antara yang paling TOP ialah...Wujudnya orang ketiga...Suami atau kekasih curang...Suami atau kekasih makan luar...Suami atau kekasih terpikat kepada pucuk muda...eermm..Inilah di antara jawapan2 atau alasan2 yang sering kita dengar bila seorang Lelaki Mula Berubah Hati terhadap pasangannya...

Eeermmm...di sini pakcik nak bertanya bertanya kepada kaum wanita...Adakah diri kalian tidak perlu dipersalahkan kiranya pasangan anda berubah hati...??

Tujuan pakcik bertanya bukan untuk menyalahkan sesiapa atau membuka ruang kekurangan di antara kalian...Cuma berdasarkan sebab2 berlakunya kecurangan atau berubah hati ini adalah puncanya boleh dikatakan hampir 90 percent dari wanita yang bergelar pasangan kepada lelaki...

Kenapa...???...Mengapa...???...Sebab Apa...???...Di mana dan Apa salah kaum wanita...???
Owkey...rileks...bertenang para wanita...jangala hangin dulu...hahaha...biar pakcik huraikan...

Alrite...di antara punca2 yang datang dari wanita ialah :


  • Sikap Tidak Peka : Maksudnya...kekadang korang ni tak sensitif pada kehendak dan kemahuan seorang lelaki...Contohnya...Bila pasangan kamu berkata..."Yang...tolong buatkan air untuk abang"...kamu jawab..."Sekejab lagi la bang"...eermm...jawapan anda itu secara tidak langsung telah menyentuh jiwa seorang lelaki...kerana seorang lelaki tidak akan suka2 meminta kalau dia bukan betul2 memerlukannya. 
  • Sikap Tidak Ambil Peduli : Eermm...apa yang pakcik nak maksudkan dengan sikap Tak Ambil Peduli ialah sikap acuh tak acuh korang terhadap kemahuan dan kehendak pasangan...Sebagai contoh...bila pasangan anda menjemput anda pulang dari bekerja...anda membuka pintu kereta, masuk dan duduk tanpa mengucapkan sebarang perkataan yang boleh membangkitkan suasana kemesraan seperti sapaan "Hi honey...r u ok today..?? Nampak macam penat jer...?? Bagi seorang lelaki...sapaan yang sedemikian dapat mengembalikan semula semangat yang hilang dek kerana kepenatan dan mereka dapat merasakan bahawa diri mereka wujud sebenarnya di mata korang...hahaha...
  • Selekeh : Haaa...ni lah penyakit utama korang sebagai wanita...Apabila korang dah memiliki seorang lelaki dan sudah bergelar isteri...korang jarang mempedulikan penampilan korang semasa korang di rumah...Jarang kaum wanita ni nak menunjukkan kecantikan dan keseksian mereka di rumah nak2 bila korang dah punyai cahaya mata...Sedangkan bagi seorang lelaki kecuali yang gila ataupun hilang akal...mereka suka kalau pasangan mereka sentiasa tampil menarik dan seksi semasa di rumah...Sebab tulah jenuh pereka fesyen mereka baju2 tidur yang seksi dan menghairahkan...Tapi korang plak...dengan kain batik...rambut ikat dengan getah...muke betempek bedak sejuk dan sebagainya...Jadi...ubahlah penampilan korang sebelum korang dapat "kawan"...hahaha
  • Pasif Seks : Eermmm...nilah punca tertinggi Mengapa Lelaki Berubah Hati...soal ini jarang nak diperbincangkan kerana ramai di kalangan anda menganggapnya sensitif...walhal inilah tunjangnya yang patut selalu dibajai...Kebanyakan wanita tidak terlalu peka dengan perubahan kehendak seks pasangannya...Kebanyakannya hanya menjalankan tanggungjawab ala kadar sahaja...Ini menyebabkan suami atau pasangan mula mencari "kehebatan" seks di luar demi memenuhi kehendak dan selera yang sentiasa berubah...Ramai di kalangan golongan isteri masih menganggap sesetengah aktiviti seks itu "kotor" dan sebagainya...Haaa...wahai para wanita...Alert lah mulai hari ini tentang kehendak pasangan anda diranjang...Pastikan di antara kalian ada 2 way communicate pasal selera dan kehendak masing2...kerana hanya korang sendiri yang dapat menjadikan seks kalian itu HOT atau SEJUK BEKU...pilihan di tangan kalian...
  • Sentiasa Menolak :Haaa...ni dia...salah satu punca yang boleh dianggap UTAMA...Bila pasangan anda sering ditolak samada dalam soal seks maupun yang lain2 seperti...ditolak bila diajak makan bersama...ditolak untuk menemaninya melakukan aktiviti kegemaran...ditolak permintaan sesekali dia mengajak untuk menonton bola di restoran mamak...atau apa jua keadaan yang ANDA MENOLAK kemahuannya dengan pelbagai alasan...Jadi bila selalu ditolak...kemungkinan untuk lelaki mencari seseorang untuk dijadikan teman adalah amat2 TINGGI...!!!...
 Eermm...oleh itu...berhati2lah menjaga perhubungan kalian agar ianya sentiasa segar dan bersiram...Kepada yang telah berkahwin...janganlah kalian ingat suami korang tu adalah HAK MUTLAK korang...Sebab...!!..Haaa...sabar...sabar...biar pakcik jelaskan dulu...Jangan cepat hangin....hahaha....

Sebabnya bagi yang beragama Islam...dalam Al Quran sendiri ada menyebut bahawa "Kahwinilah kamu dua..tiga ataupun empat kiranya kamu mampu...akan tetapi sekiranya kamu tidak mampu berlaku adil..maka kahwinilah satu"...Jadi...di sini adalah AMAT jelas yang suami kamu mempunyai pilihan yang lain sekiranya mereka merasakan kalian tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan betul...Hahahaha....Jangan marah noo....hahaha

Eermm...pakcik ghaso cukup lah dulu untuk kali ini...Kang kalo lagi pakcik panjang...ado plak kang yang telontang dek kerano maghah ngan pakcik...Hahaha...Pakcik ni bukan apo...sekadar nak berkongsi yo dongan ekau2 semua...manalah tau...kot2 dengan apa yang pakcik merabankan ini akan dapat menghangatkan hubungan kalian dengan pasangan memasing...Sapa tau...???...Ekau juo yang tau...hahaha...

Insyaallah "WARNA" theREDSmania akan kembali...bila...??? Entahlah...pakcik pun tak nak menjanjikan apa2...Akan tetapi...Insyaallah...

Akhir sekali...kepada semua followers "WARNA" theREDSmania...pakcik doakan anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik...Bukan apo...kalo rezeki korang kurang...internet kena potong...hilanglah seorang followers "WARNA"...hahaha...
 

Monday, February 21, 2011

PONDAN : Dari Perspektif Profesional

Salam mania pakcik ucapkan pada semua followers setia "WARNA" the REDSmania...Hahahaha...moga kalian berada di dalam keadaan sihat walafiat dan selesa hendaknya...Eermm...kali ini "WARNA" akan mengupas satu ISU yang dianggap oleh kebanyakan makhluk yang bergelar masyarakat sebagai ISU KERUNTUHAN MORAL...

PONDAN...bila terbaca...ternampak atau terdengar perkataan ini...pakcik pasti ramai yang di luar sana akan terbayangkan sekelompok manusia yang cuba menjadi diri orang lain...ramai yang terbayangkan sekumpulan manusia yang cuba membuang segala kekurangan diri agar nampak lebih menonjol dan sekumpulan manusia yang banyak menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan adat ketimuran.

Oleh itu...pakcik akan cuba berkongsi apakah definisi sebenar PONDAN daripada sudut pandangan profesional pakcik yang banyak terlibat dan berurusan dengan golongan ini...Semoga pendapat dan idea ini akan dapat memberikan pandangan yang lebih jelas...telus dan boleh mengubah persepsi kita sebagai makhluk ciptaan Allah sepertimana Allah ciptakan golongan ini ataupun lebih suka pakcik gelarkan mereka ini sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...hahaha....baca betul2 tau..SEKSA...bukan SEKSI...

 Eermm...kenapa pakcik katakan mereka sebagai "Makhluk Tuhan Paling Seksa"...???
Ada beberapa sebab dan alasan....Antaranya ialah..:
1: Mereka sering dipandang serong...dipandang keji dan selalu dihina oleh masyarakat walau mereka hidup tanpa mengganggu dan menyusahkan masyarakat.

2: Jiwa mereka terkurung...jasadnya LELAKI...jiwanya PEREMPUAN

3: Kelulusan akademik mereka jarang diiktiraf memandangkan sifat lembut yang ada pada mereka. Peluang pekerjaan amat nipis dan sering ditolak memandangkan masyarakat memandang rendah akan keupayaan mereka.

Owh yaa...sebelum pakcik pergi dengan lebih lanjut...rasanya perlu untuk pakcik jelaskan bahawa golongan lembut ni terbahagi kepada beberapa kategori...
Antaranya ialah :

1: Mak Nyah : Mak Nyah atau Shemale ialah golongan yang hampir 90% wanita...mereka punyai buah dada...pinggul yang cantik...rambut yang terjaga malahan di sesetengah bahagian terutama kulit, mereka lebih daripada wanita...bezanya, mereka masih punyai kemaluan lelaki.

2: Pondan : Juga dikenali sebagai Lady Boy...baca bebetul yer...Bukan Lady GAGA...Lady Boy...hahaha....eermmm...tang mana plak bezanya...??...Owkey...!!..Pondan juga seakan wanita...hampir 60% adalah wanita....cuma, mereka tidak punyai buah dada dan masih mempunyai kemaluan lelaki...Akan tetapi dari segi bentuk rambut...kulit...dan penjagaan diri...mereka sama dengan kaum wanita...malahan lebih cerewet dari wanita...

3: Bapuk : Haaaa...inilah golongan paling teruk dalam kategori lelaki lembut...Sebab tu jika Mak Nyah atau Pondan dipanggil Bapuk...mereka akan hanginnn satu badan...Silap2 anda akan dibelasah...!!!...Hahahaha....
Kenapa...???...Apa bezanya....????
Owkey...!!..Bapuk ialah golongan lelaki yang baru2 nak belajar menjadi lembut...atau buat2 lembut...atau jenis lelaki yang sedang mencari identiti...Nak dikatakan lembut, ianya bersifat kasar dan keras...Nak dikatakan kasar, mereka macam lar lembut sangat...Jadi senang cerita...mereka ni takde identiti...
Bapok ni selalunya akan bersikap suka menonjolkan diri di khayalak...Kalau bercakap, mesti suara mereka agak tinggi dan suka menarik perhatian orang sekeliling...Yang lebih parah, mereka akan memaki hamun sesuka hati tanpa pedulikan orang lain...Biasanya golongan ini sentiasa merasakan diri mereka adalah DIVA...hahaha...Dek kerana sikap golongan Bapok nilah biasanya masyarakat umum akan melabel semua golongan lembut sebagai kurang ajar...kurang sopan...dan perosak bangsa serta pelbagai lagi...Ini kerana dalam masyarakat Malaysia...golongan lembut dikenali dengan 3 panggilan ini sahaja...iaitu...PONDAN...BAPUK serta MAK NYAH...Tapi bagi kebanyakan orang...ketiga2 panggilan ini adalah SAMA sahaja... 

Apa Kelebihan Mak Nyah dan Pondan...???
eeermmm...Satu soalan yang menarik untuk dihuraikan...ye...!!!...apa kelebihan mereka...?? Oklah...pakcik ingin berkongsi beberapa pengalaman daripada pemerhatian pakcik sendiri tentang kelebihan2 golongan ini iaitu Mak Nyah dan Pondan...

Antara kelebihan mereka ialah :

1: Tekun : Golongan ini amat tekun bila bekerja...jarang di kalangan golongan ini membuat kerja sambil lewa atau main2...Tengok saja kalo dari sudut negatif...bila mereka melacurkan diri...Mereka sanggup berdiri di jalanan berjam2 lamanya sehinggalah mereka penuhi target mereka pada malam tersebut...
Kalo dari sudut positif, sekiranya mereka menjahit baju...mereka akan jahit baju tersebut dengan kemas...teratur dan akan sedaya mungkin memuaskan hati pelanggan mereka.

2: Cermat : Golongan ini amat cermat dan berhati2 dalam menjalankan tugasan mereka...Seboleh2nya mereka akan memastikan tiada kesilapan walau pun yang kecik dalam kerja mereka. Sebagai contoh...sekiranya mereka memake upkan orang, mereka akan teliti dari pelbagai aspek seperti teknik shading dan sebagainya..

3: Kemas : Jarang kita tengok golongan ini hasil kerjanya bersepah2 ataupun berkecamuk...biasanya kita kan berpuas hati dengan apa yang mereka hasilkan

4: Menghayati : Berilah apa jua tugasan kepada golongan ini...pastinya mereka akan lakukan dengan sepenuh jiwa mereka...dan...!!!...Harus kita ingat...hasil kerja yang penuh penghayatan pastinya akan membuahkan hasil yang sempurna

Apa Yang Menjahanamkan Golongan Ini...??
Wahh...!!...Satu persoalan yang menarik dan pastinya akan menimbulkan banyak rasa kurang senang dari golongan ini terutamanya...Hahaha...Tapi...!!..Walau apapun ini hanyalah hasil kajian dan pemerhatian pakcik...
Antara penyebab kemusnahan golongan ini ialah :

1: Dadah : Ramai golongan ini terlibat dengan dadah atas beberapa sebab..
a: Kerana inginkan tubuh yang cantik
b: Pengaruh "laki" atau "suami" mereka
c: Tekanan daripada kutukan masyarakat dan kawan2
d: Untuk menambah tenaga semasa bekerja (golongan yang melacur)

2: Laki atau Suami : Ini adalah punca tertinggi kemusnahan masa depan golongan ini. Sebabnya...mereka begitu taksub...takut serta dikongkong oleh pasangan mereka hinggakan mereka tidak punyai kebebasan untuk bergerak dan bekerja. Sering menjadi mangsa pukul oleh pasangan...Tapi masalahnya...golongan ini tetap menyayangi pasangan mereka biar pun diperlakukan demikian...Dan...sikap ini kadang2 memusnahkan masa depan mereka
- Sesetengahnya sanggup membelikan pakaian berjenama untuk pasangan sedangkan diri sendiri memakai pakaian bundle...
- Mendapat pasangan yang tidak bekerja...malas...dan penagih dadah

3: Mempunyai "mak ayam" yang tidak mempedulikan "anak ayam"...malahan memaksa anak ayam bekerja untuk diri mereka...akan tetapi peratusannya amat sedikit...hahaha....Jangan marah noo wahai sekelian mak ayam...baik mak ayam besar..maupun mak ayam kecik....hahaha

KEJAYAAN

Owkey...di sini juga suka pakcik berkongsi dengan semua followers "WARNA" beberapa orang Mak Nyah dan juga Pondan yang telah berjaya di dalam bidang yang mereka ceburi. Ada di antara mereka yang boleh mencapai tahap pendapatan bersih RM 80 - 100 ribu sebulan...Yang paling bangsat pun sekitar RM 15- 20 ribu sebulan....

Pakcik harap nama2 yang akan pakcik ketengahkan ini tidak marah dengan pakcik yer...hahaha...bukan apa..sekadar untuk mengubah "WARNA" pandangan masyarakat pada golongan kalian...Tidak ada niat tersurat maupun tersirat...apatah lagi nak buat 
Promosi Harga Runtuh...

Di antara yang telah berjaya yang pakcik kenal ialah :

1: Tiara Razlan : Tiara Razlan merupakan staff pakcik yang paling kanan. Ibarat tangan kanan pakcik...Sekiranya pakcik takde...maka Tiara layak untuk membuat sebarang keputusan bagi pihak syarikat.
Beliau merupakan seorang make artis yang bergiat cergas sehingga ke hari ini. Menghasilkan banyak drama2 dan filem. 
Bersama pakcik, tugas Tiara ialah sebagai Tenaga Pengajar untuk kelas2 solekan dan dandanan kelolaan syarikat pakcik. Dan...Tiara dibayar ribuan untuk tugasan setiap 5 hari seminggu...sebulan...???...eermmm...tanyalah Tiara. Hahaha....

2: Didie : Ni pula orang ke2 penting dalam team kami...Tanpanya perjalanan syarikat agak tempang barangkali...Punyai karisma yang tinggi...Kreativitinya memang hebat...Merupakan seorang wedding planner yang agak berjaya di Johor Bharu...Meninggalkan dunia perfileman setelah membuka perniagaan sendiri. Kerja luarnya hanyalah bila dipanggil oleh kami.
Didie semasa menerima cenderamata dari syarikat

3: Teja : Seorang pondan yang berjaya dalam hidupnya... Menetap di Bukit Antarabangsa...Merupakan seorang jurusolek yang "meletup"...Kalau budget agak ciput...fikir2 dulu sebelim memanggilnya...hahaha...Seorang yang baik hati dan berterus terang...Punyai semangat untuk maju yang tinggi dan mampu bersaing.
Teja berdiri paling kanan semasa menerima sijil dandanan rambut

4: Shaira @ Shana : eermm...merupakan seorang Mak Andam yang agak berjaya dan suksess...Menetap di Pantai Dalam dan juga mempunyai Butik pengantin di Pantai Dalam...Orangnya agak cantik...hasil kerjanya pasti memuaskan hati...

5: Fynaz : Ermm..seorang make up artis yang agak berjaya. Drama terhebat yang dihasilkan ialah Sutra Maya untuk tayangan TV3...Kuat bekerja dan mempunyai teknik make up yang agak bagus.
Fynaz merupakan best student untuk Kursus Dandanan Rambut

6: Zakin Ramlee : Berasal dari Pekan Pahang dan merupakan wedding planner yang agak terkenal di Pahang. Banyak membuat kerja2 untuk kerabat2 istana Pahang. Seorang yang sangat senang untuk bekerja sama. Bertindak sebagai penyelaras pakaian sekiranya kami terlibat dengan show.
Zakin Ramlee atau lebih dikenali dgn nama Abg Kie



7: Bety Jadjuri : eermm...inilah pondan yang paling lama pakcik kenali...sejak 15 tahun yang lepas dari mula2 dia sampai ke KL...dulunya seorang pondan yang bekerja di kedai makan...kemudian berusaha mengubah hidup dengan bertukar ke bidang kecantikan dengan menyertai rangkaian Body Shop...dan sekarang menjadi seorang jurusolek profesional...dulunya seorang pondan tetapi sekarang sudah bertukar status kepada shemale...Berasal dari Sabah dan punyai semangat yang tinggi...15 tahun lepas, kami tinggal berjiran di Jalan Sarikei off Jalan Pahang..

Bety...duli pondan...NOW..shemale already...hahhaa...


Inilah sebahagian daripada kisah kejayaan golongan mak nyah dan pondan yang dapat pakcik kongsikan...Apa yang pakcik dapat rumuskan, kejayaan mereka ini adalah hasil kerja keras mereka dek kerana lain2 peluang yang sepatutnya mereka miliki telah ditutup oleh masyarakat...Jadi dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, mereka sedaya upaya berusaha untuk mencapai satu standard kedudukan dalam masyarakat...


Melalui "WARNA" ini, pakcik ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua golongan2 Mak Nyah dan Pondan yang telah berjaya menjadi seseorang sekarang ini...Bagi yang masih terumbang ambing mencari identiti...kembalilah kalian ke jalan yang dapat menjamin masa hadapan... 

Sekian dulu untuk kali ini..."WARNA" akan kembali sekiranya masa dan keadaan mengizinkan...Bye-bye..mmmuuaahhhh...!!!

Sunday, February 20, 2011

Jalan Sarikei off Jalan Pahang

    Eeermmm....sesetengah orang mungkin tak tau pun di mana Jalan Sarikei ni...taaapiii...!!!..bagi sesetengah orang terutamanya yang berkaitan dengan Hospital Tawakal...Skop Production...MPSK...Kawal Wiramas dan juga KOHILAL...pastinya jalan ini tidak asing bagi mereka...

   Apa yang menariknya tentang Jalan Sarikei...???...Hahaha...pada mata zahir dan di siang hari, tidak ada yang menarik pun...Dalam tahun 90an dulu...Jalan Sarikei amat meriah pada waktu malamnya...Di sinilah menetapnya Abang Bob (pengurus produksi Skop Production)...Din dari kumpulan rock TEJA...Zurie dari kumpulan Memo2...Lahirnya kumpulan rock MERCURY...bergenarasinya nurse2 Kumpulan Johor yang bertugas di Hospital Ampang Puteri dan Hospital Tawakal...Berpuluh2 cikgu yang mengajar di seluruh Malaysia yang belajar di Maktab Perguruan Seri Kota juga menetap di sini...Beratus2 pengawal keselamatan yang berkawal di serata premis di Kuala Lumpur dan Selangor dari syarikat Kawal Wiramas...semuanya menetap di sini...

    Aku....???....hahaha...aku juga merupakan warga Jalan Sarikei...hampir 3 tahun aku menetap di situ...Pelbagai warna kenangan yang ada di sini...Malam minggu merupakan malam yang paling happening...Sebabnya...??..Jalan ini akan dipenuhi oleh orang2 luar yang datang menonton dan mencari pelacur2 pondan yang kebanyakan yang tinggal di persekitaran Jalan Sarikei...Eermm...kalo tengok depa ni sebelah siang, pastinya pengunjung2 yang datang dari luar tidak akan melanggan mereka...hahaha...Sebabnya...??...Siang hari mereka cukup professional...ada yang bekerja sebagai chef...ada yang bekerja sebagai tukang masak...ada yang bekerja sebagai PRO syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa dan pelbagai jenis bidang pekerjaan lagi...Tapi bila malam minggu...eermmm...kami sendiri penduduk Jalan Sarikei pun tidak dapat mengecam mereka...melainkan mereka dulu yang menyapa...hahaha....
 
    Pernah sekali Jalan Sarikei diserbu oleh Jabatan Agama Wilayah atau pun lebih dikenali sebagai JAWI...Pondan2 yang "berniaga" di bawah berlari naik ke atas sehingga ke bumbung...yang lebih dahsyat lagi, ada yang memanjat dari saluran paip untuk ke bumbung...Pada masa tu, kami sedang melepak di atas bumbung membuat BBQ...membakar ayam dan ikan yang dibawa oleh seorang kawan yang berniaga di Pasar Chow Kit...eermm...apalagi...dengan kami2 pun cabut lari meninggalkan ayam dan ikan yang sedang dibakar...Puncanya...kami mendengar jeritan.."Jangan lari...korang dah dikepung...!!!..."...bila kami dengar je perkataan "Jangan lari" tu...secara automatik kami pun lari...hahaha...Salah seorang daripada penguatkuasa JAWI bertanya kepada kami "Pasal Plak korang yang lagi laju dari pondan2 yg kami kejar...??"...Kami jawab..."Bukan apa...abang jerit kuat sangat...kami ingat kami yang abang kejar.."...jelas kami...Sudahnya, ikan2 dan ayam yang kami bakar tadi, kami makan bersama dengan Ustaz2 JAWI di bumbung...Dan...pada malam tu, takde lagi pondan2 yang berani turun "cari makan" di bawah memandangkan Ustaz2 JAWI berada di atas bumbung...Rasa kelakar bila aku terkenangkan peristiwa tu...

    Jalan Sarikei juga didiami oleh kumpulan Gangster Cina yang sangat2 low profil...Walaupun mereka adalah orang2 yang ganas di luarnya, tapi mereka tidak pernah menghuru-harakan Jalan Sarikei...Di Jalan Sarikei, kami macam sebuah keluarga...Kami menghormati di antara satu sama lain...Kami respect apa jua pekerjaan di antara satu sama lain...Kami tidak pernah berkira dari segi wang ringgit...Kami minum bersama...makan bersama...dan bermain JACKPOT bersama...Hahaha...Tidak ada perbezaan kaum di antara Melayu..India..dan Cina di sini...Selagi seseorang itu boleh menghormati sesama lain...dan tidak menimbulkan masalah...maka dia boleh mendiami Jalan Sarikei dengan selesa dan aman...

    Tapi sekarang...semuanya tinggal kenangan...tidak ada lagi perkara2 sebegini di Jalan Sarikei...Sesekali bila ada masa terluang, aku akan menjenguk ke sana melepak meminum secawan nescafe di mamak kegemaranku...mamak yang sama semasa aku di sana dulu...Sejak dari anak mamak tu kecik, sekarang sudah dewasa...dan dia masih setia membantu ayah dan ibunya berniaga di malam hari...dan ke kolej pada siangnya...dan...aku banyak terhutang budi dengan mamak tu dulu...Sewaktu aku takde duit, dia bagi aku hutang makan...hutang rokok dan semua bendalah yang dia jual...Sebab tu walau aku study pada masa tu,, jarang aku hisap rokok yang kecik saiznya...mesti rokok yang 20 batang...hahaha...Dan kalo tiba masa bernasib baik, adakalanya aku akan berjumpa kembali dengan otai-otai Jalan Sarikei di kedai mamak ni...dan....mereka pun sama macam aku...sesaja menjenguk menghilang rindu pada Jalan Sarikei dan mengharapkan akan terserempak dengan kengkawan lama....Maklumlar...Kg Cina sudah tiada lagi di Jalan Sarikei...yang ada sekarang adalah bangunan baru Tawakal dan pembangunan di sekitarnya...

    Eermm...nilah sekelumit kisahku di Jalan Sarikei...Jalan yang terletak di belakang Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Jalan yang membawa seribu kenangan...Jalan yang banyak mengajar erti persahabatan...respect...dan kehidupan sebenar sebagai lelaki. Di Jalan Sarikei, anda ibarat berada di sebuah negara Mini Malaysia...kerana seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai negeri dalam Malaysia ada di sini termasuk Sabah dan Sarawak..

    Sekian dulu untuk kali ini...Insyaallah pakcik akan kembali lagi di lain ketika ke "WARNA" theREDSmania dengan pelbagai kisah dan cerita...

Saturday, February 19, 2011

Kenangan..

     1994...Tahun yang menemukan aku dengan seseorang...tahun yang mengajar aku mengenali erti sebuah keluarga...Suatu malam pada tahun ni, aku menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Masih ku ingat dengan jelas Bas Ekspress Mutiara yang kunaiki itu menempatkan aku di tempat duduk bernombor 8..iaitu di tepi tingkap. Akan tetapi, bila ku sampai ke tempat dudukku...ku lihat sebuah file ada di situ...menunjukkan seseorang telah sampai dan mengecop tempat itu sebagai tempat duduknya.

    Aku wat bodoh je lar...terus aku mengambil tempat di sebelahnya iaitu di sebelah lorong. Tiba2, seorang gadis datang menghampiriku dan meminta untuk duduk di tempatnya di sebelah tempat dudukku. Aku bangun memberikan ruang kepadanya. Dia terus duduk tanpa mengucapkan sepatah terima kasih...Dalam hati aku menyumpah..."Eeii...sombong nak mampoih ko ni yer..xper...tunggulah bila sombong ko tu abis...eermmm.." Bas mula bergerak...dan sepanjang perjalanan, kami tak bercakap sepatah haram...


    Tiba di hentian Merapoh, iaitu di sebuah restoran, aku bangun untuk turun menjamah sedikit makanan. Pada mulanya aku ingin mengajak gadis itu turun bersama aku memandangkan esoknya adalah hari pertama ramadhan...Bukan apa...takut plak dia kebulur kalo tak bersahur...tapi bila mengenangkan sombongnya, aku membatalkan niatku tadi...Aku membuat andaian yang gadis itu datang bulan ataupun memang dia dah banyak lemak...jadi kalo setakat tak makan sehari, takde masalah baginya..


    Setengah jam kemudian, bas mula bergerak semula...Semasa aku sampai ke tempat dudukku...ku perhatikan gadis itu telah jaga dari tidurnya...dan dia memegang sebotol air mineral dan sebuah fail di tangannya...Aku menyapanya..."Tak turun makan, tak lappar ke nanti..??.."...dia menjeling ke arahku dan menjawab.." Tak...i dh biasa"...katanya...Dalam hati aku tergelak..."konpemlah...ko ni mesti datang bulan"...bisik hati nakalku...Dan...dari teguran itu...kami mula bercakap antara satu sama lain...Dari perbualan tu, tahulah aku yang gadis di sebelah ku ini merupakan seorang pelajar kejururawatan di sebuah kolej milik sebuah hospital ternama di Petaling Jaya.


    Kami terlelap setelah takde lagi topik untuk dibualkan...Lagipun aku kurang berminat untuk bercakap di dalam bas memalam ni...bukan apa, takut mengganggu penumpang2 yang lain nak tidur...Jadi sebelum kita tidak disenangi, lebih baik la berdiam diri daripada bercakap yang ntah hape2 ntah...Kira-kira waktu menjengah hampir ke jam 2 pagi...Aku merasakan tubuh gadis di sebelahku menggigil...menggigil dengan agak kuat...Tanpa melengahkan masa, aku membuka jaket yang kupakai lalu kuselimutkan tubuhnya bersama dengan tubuhku...Kurapatkan tubuhku ke badannya agar dia mendapat sedikit haba dari badanku walau badanku sendiri waktu itu besar sikit jer dari anak lembu kampung...Bukan niatku untuk mengada2 ataupun mengambil kesempatan...Tindakan drastikku itu hanyalah semata2 nak membantu...Dan...gadis itu sendiri tidak menolak...terus dia berselimut dengan jaketku tadi dan merapatkan badannya ke badanku...


    Kami sampai di Hentian Putra, Kuala Lumpur dalam pukul 5 pagi...Suasana masih sunyi dan gelap kalo di luar terminal. Memikirkan keadaan yang agak sunyi di PJ, aku mengambil keputusan untuk menghantar gadis itu sehingga sampai ke hostel kediamannya...walaupun selepas itu aku terpaksa berpatah balik ke KL...Dan...kami berjanji untuk berjumpa semula petang nanti untuk berbuka puasa bersama...


    Seperti yang dijanjikan, petangnya kami berjumpa dan berbuka bersama di Medan MARA, KL...Di situlah bermulanya sebuah kisah...Aku mula jatuh cinta pada gadis tersebut...Aku tidak tahu akan hatinya...samada dia juga sukakan aku ataupun tidak...Sampai ke hari ini aku masih tidak tahu...tapi apa yang pasti, aku sangat sukakan dirinya...Belum pernah sebelum itu, aku rasa aku menyayangi seorang gadis seperti itu...Kekadang bila pencuci contact lensnya abis, dia akan menghubungi aku dan aku akan menghantar untuknya...Kalo ada kelapangan, kami akan keluar makan2 bersama...biasanya di Medan Selera berhampiran dengan hostelnya. Nak kubawa jauh2, pada masa tersebut aku tak memiliki kenderaan...lagipun aku juga masih belajar di sebuah kolej di KL...


    Tapi...ibarat kata...Pertemuan...Jodoh...Ajal Maut...bukan hak milik mutlak kita sebagai manusia...Ianya milik ALLAH SWT...Jodoh perkenalan kami tidak lama...Walau hati berat untuk melepaskan...tapi itulah jalan terbaik untuk masing2...Pada masa tu, aku dalam proses dari SETAN belajar untuk menjadi MANUSIA...dan gadis ini pula, baru nak mengenal dunia...Dunia yang telah aku kecapi pahit manisnya sedari umurku 12 tahun...Jadi, perpisahan adalah jalan terbaik bagi kami setelah dia meminta aku melepaskannya...Dan...hahaha....perpisahan itu berlaku di Uda Ocean bersebelahan Bas Stand Klang KL di suatu hari pada petang Ahad...


    Dan kini...gadis itu telah pun berbahagia dengan keluarga yang dibinanya...Sepanjang perkenalan aku dengannya, aku amat sayang pada ibunya yang dipanggil Mama...Ntah mengapa,  aku merasakan hubungan aku begitu dekat dengan Mamanya walau kami berjumpa sekali sekala...Aku doakan agar Mama dikurniakan kesihatan yang baik..umur yang panjang dan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidupnya...Aku tau Mama telah melalui masa yang sukar...tapi aku juga sedar, Mama seorang wanita yang cekal...
Kepada Mama...aku sentiasa menyayangimu....dan dirimu sentiasa dekat dihatiku..


    Sekian dulu coretan koleksi kisah2ku untuk "WARNA" theREDSmania untuk kali ini...Insyaallah...jika diberikan masa dan kerajinan, akan aku kembali lagi dengan kisah2 benar sepanjang perjalanan hidupku yang hampir mencecah 38 tahun tidak lama lagi...

Thursday, February 17, 2011

Kisah Benar : MPSK Dalam Kenangan...Vol 4 : Watak2 Dlm PM4/93-96 n PM5/93-96

      Kabare para kulaan...??...Apa khabar semua followers "WARNA" theREDSmania...???...pakcik harapkan deme-deme berada di dalam rahmat Allah SWT dan sentiasa ceria hendaknya...

    Yezzaaa...!!!...seperti yang dijanjikan...VOLUME 4 dihasilkan untuk tatapan followers sekelian...Ianya adalah kesinambungan dari Volume 1 - Volume 3...jadi VOLUME 4 berkemungkinan akan menjadi version terakhir dalam slot Kisah Benar : MPSK Dalam Kenangan....Selepas ini tidak akan ada lagi VERSION untuk kisah ini...melainkan ianya mendapat permintaan yang tinggi serta bidaan yang agak lumayan daripada CNN ataupun rangkaian TV Pendidikan kelolaan Halimah Jongang...ni pun kalau Si A. Aida janda Si Ameng izinkan..maklumlar...Halimah Jongang adalah miliknya 100 percent..watak ciptaannya....hahahaha.....

    Jadi...tanpa tak nak memetik huruf2 lain di keypad pakcik nih...kita teruskan dengan watak2 dan identiti yang terdapat di dalam sebuah lagi kelas Pengajian Melayu iaitu PM 5 93/96...Kelas yang nampak agak santun dan bersopan...kelas yang penuh dengan pelajar2 yang nampak macam malu2...kelas yang nampak macam bagus pada pandangan mata orang...hahaha...tapi mungkin tak bagus pada pandangan mata tupai tanah yang berkeliaran...hehehe....

    Kita teruskan dengan watak yang pertama...watak pembuka tirai kepada VOLUME 4....dia ialah........jeng je jeng....!!!!....


1:    Zakiah : eermmm...makcik ni berkulit hitam manis...bermuka agak berjerawat...berjalan penuh gaya...ala2 model kereta tolak cap tukul...bersuara lantang...penuh emosi...macam bagus...dan agak suka menonjolkan diri orangnya...hahaha...kalau tak silap den, Si Zakiah ni atau dia suruh orang panggil dia Z nih, ahli Persatuan Bulan Sabit Merah...dia ni kalo bercakap...wallawey...memang semua orang salah...dia sorang jer betul...tapi apo nak dikato...dah memang pesennya cenggitu...hahaha...pasti ramai yang memendam perasaan geram tak puas ati kat minah ni...tapi depa wat bodoh je lar...malas nak melayan...hahaha....sori ye Puan Z....hahaha


2:    Ruzaha Harun : Haaaa...nilah jejaka hitam manis dari Negeri Cik Siti Wan Berkembam....Jaha nama dipanggil...kadang2 bermisai..kadang2 tidak...berambut lurus disikat rapi...sekali pandang macam Hero Filem Sivaji...orangnya cool dan muka sentiasa berseri...sentiasa senyum walau tak dipuji...hahahaha....


3:    Siti Nasibah : eerrmmm....nilah sorang...orangnya pendek jer...tapi Ya Rabbii...suaranya ngalahkan Bapak Jin dalam cite Ahmad Albab...kuat dan nyaring...kalau berjalan, macam orang berkawad...hahaha...kadang2 kelakar bila memerhatikan Si Nasibah ni berjalan dengan beg kuliah yang tersangkut di bahu...hahahaha...moga ekau bahagia sekarang yer Bah...hehehe


4:    Zameah Yusof : eermmm...Makcik Meah ni kalo tak silap asal dari negeri Melaka...orangnya berkaca mata...warna baju kegemaran adalah hijau...den ingat sebab dia duk area Durian Tunggal kot...sebab tu suka kaler hijau...hahaha...eermm...suaranya sedap Si Meah ni...macam ala2 Bon Jovi jer...hahaha...sementor dengan aku...mentor 20...dalam unit beruniform, dia tak banyak bersuara...yang pasti..Meah ni pandai berbahasa cina...tulah kelebihan yang ada padanya...hahahaha.....


5:    Zamziah : haaa...ish..isshh...issshhh...hahaha...ini makcik asal dari Johor...aku pun tak pasti ngapa bebudak PM 5 ni..Si Zamziah ni pun suka dengan kaler hijau...Orangnya pendek jer...tapi ibarat kata P. Ramlee dalam cite Bujang Lapok.."Lubang hidungmu takkan dapat kulupakan"....hahahaha...memang Si Zam ni berhidung agak besar...suka memakai kasut yang seakan Clark bila ke kuliah...berkawan baik dengan sorang lagi minah Johor iaitu Si Zalina...sama pendek...sama kipochi...sama kuat mengumpat...hahahaha....Salam Maulidur Rasul yer Zam...hahaha..
Bersama Nor Zeha dan kengkawan dari Maktab sekitar KL semasa Perkhemahan di Kem Saadung Jubir, KL


6:    Sifly Saari : Yezzzaaa...nilah jejaka idaman MPSK...berambut ikal...bermuka hensem...berkarisma plak...memang sesuai jadi cikgu...ciri2 lelaki yang menjadi idaman wanita memang ada padanya...Berasal dari Pasir Puteh, Klate kalo tak silap...eermm....Sifly...dah ada berapa cawangan sekarang nih...???...hehehe...apapun Good Luck bro...!!


7:    Nor Zeha :...hahahaha...Nilah gadis yang aku paling suka dalam PM 5 93/96...Kalau tak silap berasal dari KL area Sentul...Berambut pendek paras bahu...dan bila berjalan nampak macam malu2...baca betul2 yer.."NAMPAK MACAM"....bukannya malu betul pun...hahaha....berlagak macam tomboy kekadang...maklum ler. selalu kena usik..geram gak hati tu kan Zeha...hahaha...Nasibnya selalu tak baik sebab kalo ada camping untuk Pengakap, dia sokmo ditempatkan satu kumpulan dengan aku...apalagi...muncung ler kekadang tu kena usik dengan kami2 yang kepala senget nih...Apapun Zeha...Good Luck..!!!..moga ekau selalu ceria dan bahagia...
Si Zeha ni nak tak nak dia kena sayang aku...hahha..sebabnya dia lari camna pun, dalam pengakap dia mesti sama kumpulan dengan aku..Ni masa kami jungle tracking kat Hutan Lipur Lentang sambil mencari Tongkat Ali...Besama Sifly..Zamros dan Cewek dari PM5 93/96


8:    Rohayati Abdul Syukor : eermmm...Yati ni very2 the low profil punya budak...jarang dapat aku dengar dia gelak...apatah lagi bercakap...agak kurang keyakinan diri...selalu mengikut jer apa keputusan yang telah orang lain buat...tidak banyak membantah...seorang yang taat dan akur...hahaha...Orangnya agak tinggi tapi takde la tinggi sangat...tapi lebih tinggi kalo nak bandingkan dengan Zamziah..Zalina...Ika...dan Nasibah...hehehe...suka bertudung hitam bila ke kuliah...kalau berjalan, takdenya pandang ke depan...tunduk jer macam pakai rantai emas cap gajah...hahaha...Yatie...moga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....hehehehe....

9:    Siti Zulaikha : waduh...wadduh...wadduuhh...ni lagi sorang makcik yang asal dari Melaka...berbadan pendek...berkaca mata...kalau bercakap macam gempita...punyai bulu mata yang amat cantik...berkulit sawo matang...mentor 19 ditempatkan bersama Helmi Si Tokai kalo tak silap lar...Ika...walau dimana kau berada..den doakan ekau sentiasa ceria...rajin2 ler buat lompat katak noo...hahahha


10:  Wak (nama sebenar lupa) : Nilah sorang penyeri PM 5...tanpa Si Wak ni..rasanya PM 5 pasti hambar...Berketurunan Jawa....berambut ikal...berbadan sasa...agak bagus dalam bolasepak...orangnya cukup selamber...hahaha...Wak, aku harap kau sentiasa Waras...hehehe....

11:  Rozita : Haaaiii...nampaknya PM 5 ni ramai yang berasal dari Selatan tanahair...seorang lagi cewek dari Melaka...berkulit hitam manis...bersuara lantang...bermuka bengis....hahaha...tapi hati baik...kalau dia bercakap kat Chow Kit tu, bilik 7 dan bilik 8 akan dengar dengan jelas suaranya...hahaha...nak buat camner...dah pesennya ggitu...hahahha...Ita...memang aku rindukan ko...hahaha...ntah berapa anak dah ko sekarang yer...??...hahaha...
Bersama Lindan dan Rozita..kami bersama dalam Persatuan yang sama..Persatuan Seni di bawah kelolaan the very the cun punya pensyarah..Pn Azizah..haha


    Eeermmm...rasanya setakat nilah saja dapat aku ceritakan dan huraikan watak2 dalam PM 5 93/96 ni...kepada watak2 yang tak kusebutkan, bukan sajer2 tak nak sebut...tapi disebabkan mungkin korang tak berapa glamour dengan pakcik kot...hahaha...maka pakcik kurang dapat mengingati kalian dengan jelas...Dan kepada nama2 yang terlibat dalam VOLUME 4 ni, kiranya kalian membacanya, maafkan lah pakcik kiranya bahasa yang digunakan kurang sesuai dengan cara dan etika perguruan kalian...

    Al maklum lar...selain daripada kurang pandai berbahasa...pakcik juga dah lama tinggalkan dunia cikgu nih...jadi segala kekurangan itu datangnya dari pakcik yang cetek ilmunya ini...janganlah kalian bandingkan dengan kosakata atau nahu2 dalam perguruan...

    Sekian...semoga jumpa lagi.."WARNA" theREDSmania sentiasa ada..cuma cerita tentang MPSK dan cikgu2 rasanya inilah yang terakhir...sebabnya pakcik terpaksa memenuhi permintaan followers theREDSmania yang lain yang dah lama mengikuti setiap perkembangan kami di "WARNA"...
   
   

Kisah Benar : MPSK Dalam Kenangan...Vol 3 : Watak2 Dlm PM4/93-96 n PM5/93-96

    Yeeezzzaaaa........!!!!!.............Seperti yang dijanjikan...VOLUME 3 akhirnya dapat pakcik persembahkan dan berjaya jua muncul di "WARNA" Jack theREDSmania Ultras.
Beribu kemaafan dipohonkan kepada pengikut2 the REDSmania yang setia menanti  untuk publishing yang seterusnya ini. Ini adalah disebabkan terdapat pelbagai halangan untuk VOLUME 3 nih..bermacam2 masalah teknikal berlaku sehinggakan ianya terpaksa diulang tulis sebanyak 4X.

    Pakcik sendiri pun sampai ke tahap bengang gilerlah dengan pelbagai masalah teknikal yang berlaku ni hinggakan terasa malas untuk diteruskan memandangkan kekangan masa yang semakin lama semakin dekat mengejar pakcik. Akan tetapi bila mengenangkan janji yang telah ditaburkan...apabila membaca sms2..komen2..serta email dari para pembaca Jack the REDSmania ni, maka pakcik terpaksa tunaikan walau dengan apa cara sekalipun..dan menganggapnya sebagai satu komitmen yang harus dilaksanakan...Terima kasih kepada kalian pengikut theREDSmania di atas segala sokongan dan masa yang kalian gunakan untuk membaca keseluruhan apa yang ada di dalam blog "WARNA" Jack theREDSmania ini.

    VOLUME 3 kembali dengan beberapa watak yang masih dapat pakcik ingati...walau perpisahan selama 15 tahun ini tanpa sebarang maklumat...tanpa sebarang berita...tanpa sebarang pertemuan...tapi pakcik bersyukur dengan segala kekuatan dari segi ingatan yang dianugerahkan Ilahi kepada pakcik. Oleh yang demikian...maka dapatlah pakcik persembahkan dengan seadanya kepada pengikit setia theREDSmania...

    Kepada watak2 yang terlibat...sekiranya ada kesilapan terutama dari segi nama bapak atau sebagainya, pakcik mohon ampun maaf dari kalian...Sekiranya kalian kurang senang dengan apa yang pakcik ceritakan...atau penggunaan ayat yang tidak bersusun...pakcik juga mintak maap lar jugak..al maklum lar...dah lama pakcik tak menulis karangan...hahahaha...

    Owkeyyy...!!!!....mari kita teruskan dengan watak2 yang seterusnya yang terdapat di dalam kelas PM 4 93/96...kelas yang penuh dengan suka dan tawa....kita mulakan dengan......... 

1:    Janaidah Hassan (kalo den xsilap nama bapaknya)....Haaaa...ni budak lebih dikenali dengan nama Jue...Seorang gadis yang berkulit putih...kecik molek orangnya...atau lebih senang dipanggil CHINONI...hahaha...Murah dengan senyuman...tapi.."AWAS"..!!!!....Si Jue ni sebenarnya kepala hangin orangnya..!!...eeerrmm...baru korang tau yek...???...hahaha...TAPI...!!...Tapi...!!...hahaha..Si Jue ni ada satu kelebihan...Dia dapat mengawal keadaan dan selalu mengalah dengan persekitarannya. Jue ni orangnya lebih banyak memerhati daripada bercakap...bukan apa..Si Jue ni ada penyakit gemuruh kekadang...hahaha...Satu yang paling aku suka dengan Si Jue ni selain dari sikap tak banyak cakapnya ialah...dia senang membantu kalau diminta...korang tau lar orang malas macam aku ni sentiasa nak dibantu...hahaha....dan...yang paling utamanya...hehehe...dia ni merupakan pembekal tetap gula2 kat aku...di mana ada gula2...di situlah adanya Si Jue ni...hahaha...Jadi sekiranya Si Azrina Ketua Pasukan Sorak tu bising akan bau rokok ataupun tekak terasa kering disebabkan banyak bercakap dan ketawa daripada belajar di dalam kelas...maka Si Jue nilah orangnya untuk dijadikan tempat mengadu meminta gula2...hahahaha....Dalam kelas ni...hanya 2 orang saja yang jarang terputus bekalan gula2nya...1: Si Jue ni...dan ke2 adalah Si Linda...yang lelain tu pakcik ghaso depa sorok kot...hahaha....

2:    Hassan : Yyaakk bok teyy...!!!...eermmm...nilah jejaka dari sebuah kampung yang diberi nama Pak Simpol...dalam daerah Pasir Puteh, Klate.Hampir tergolek bila aku mendengar nama kampungnya...hahahaha...tapi apa yang pasti...sampai ke hari ni aku masih tak melupakan nama kampung Si Hassan ni...Hahahaha....Lupa plak nak tanya dia dulu....apo yang sebenarnya bersimpol di kampungnya tu...Rambut orang2 kampungnya kah...???...Bulu ayam peliharaan orang2 kampungnya kah...??...atau pokok "mas cotek" yang bersimpul dengan "kacip fatimah"nya kah...???...hehehehe....Hanya Hassan yang boleh menjawab persoalan ini..Bukan Si Nasir atau Si Azman...Alias Kasa dan Azmi Ramli jauh sekali lar....hahahaha..eermmm...owkeyy..!!....sori ada sikit kemelalutan pada persimpulan Si Hasan nih...hahaha...Kita teruskan......Hassan ni orangnya macam bagus...!!!...tapi fahamkan betul2 yer...macam bagus...sebenarnya takde lar bagus sangat...terup 400 tu hamlau la jugak...hahaha...Kalo dengan perempuan, Hassan ni memang nampak gentle giler...Selalu mengangkat2 seluar bila membuat presentation ataupun semasa dia dalam keadaan gelabah...Agak kurang dengan keyakinan diri...mudah pucat sekiranya berada dalam keadaan tegang...dan...kurang berani dalam membuat keputusan. Kalau bab mengutuk kengkawan...eermmm...dialah Perdana Menteri kepada Maharaja Nasir Omar...taaapiii....kalau tiba giliran dia dikutuk...taik lalat masam manisnya yang kaler itam tu pun bertukar jadi merah....hahahaha...Jange maghoh bbohh...!!!!....hahahaha

3:    Muhammad Mustafa : Cokek Mok Boloq Mat weh..!!...hahahaha...Mamat nih...kalo korang nak tau...eermmm...memang kelakar maut...bukan giler lagi dah kelakarnya...silap2 korang boleh mati ternganga tergelakkan gayanya yang selamberr....hahahha....Kalau dia buat presentation dalam kelas....bukan jer bebudak yang pecah poghut...tapi pensyarah pun silap aribulan boleh terkincit kalo kena dengan hari depa perut meragam...Mamat ni kelakarnya bukan apo...tahap gagapnya tu kalo dalam sektor korporat, pangkatnya dh tentu Presiden syarikat...memang teruk...hahaha....berambut lurus keras ccokeng...disisir rapi ke tepi...berkarisma orangnya....cumo gagapnya tu apo lae nak dikato....hahahaha....agak terrer di padang bola dan punyai skill yang bagus...kalo dengan Che Zainuddin, rasanya Mamat lagi power...tapi low profil orangnya...suka memakai baju yang berbelang dan baju kaler putih orangnya...Mat..!!!...aku doakan ekau dah dapat bini cantik Mat weh..!!!...semoga ekau sentiasa dirahmati Allah hendaknya...

4:    Muhamad Yakub : Atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Bomba...mengikut cerita yang disahkan oleh Tok Penghulu Kampung Jawa, sebelum ke MPSK, Mat ni kerjanya bomba...pasai tu lar dipanggil Mat Bomba...bukan apa...nak sinonimkan dengan paip2 bomba yang ado di sekeling anda...hahahaha....eermmm...orangnya Mat ni..jiwang2 sikit...maklum lar...ke MPSK pun umur dah agak banyak...tapi xdo lar tua...korang nih..!!!...aku tak cakap tua, korang plak terlebih kata....hahahahha.....Yang kelakarnya dengan Si Mat ni ialah....kalau dia gabra...pastinya rambut dia menjerit kesakitan sebab dia akan menenyeh2 tangan ke kepalanya yang berambut ikal tu...hahaha...mukanya...eermm...jangan cakaplar...macam kaler Proton Saga 1st edition enjin Orient tu merahnya kalo dia dah gelabah...hahaha....Mat..!!...sekiranya ekau baca apo yang pakcik tulis nih...pakcik doakan ekau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur...Sebenarnya...Mat ni adalah kawan yang pertama pakcik konal semasa mula2 memijakkan kaki ke MPSK dulu...dan ditempatkan di dalam mentor yang sama dengannya..mentor 20 di bawah kendalian Pn Faridah (kalo tak silap lar nama ni) yang sentiasa memusuhi aku...sebabnya..aku sentiasa menentang pandangannya yang pada aku agak ekstrem dan tertutup.

5:    Tajuddin Hassan : Haaa....ini brader asal dari Kedah...sangat2 COOL orangnya...berambut ikal...berkulit hitam manis...Tapi Ya Allah...LAHANAT ni kalo dia yang berdiri kat depan buat presentation...belum bercakap lagi orang dah gelak....konpem satu kelas pecah perut...tapi..!!!!...dia plak dengan muka selamber dan bodoh meneruskan presentationnya...hahaha....macam takdo apa2 yang berlaku di depannya....hahaha...eermm...gitulah pesennya...Apapun, orangnya baik dan boleh dijadikan kawan. Sentiasa senyum walau keadaan xdo lar ceria...hahaha....Good Luck my bro...!!..Moga hang sentiasa HEBAT...!!!


6:    Mazlina Mahmod : Alahai omak...!!...akak ni Ya Rabbiiiii....suaranya ngalahkan gendang tarian singa kalau ekau semua nak tau...Hahaha...berbadan chubby dan agak "pandok" kata oghe Klate...hehehe...Senjata utama selain suara yang besar...adalah cubitannya...Apapun...kekadang dia ni berhati mulia la jugak...hahaha...senang untuk dibawa berbincang walau peelnya cenggitu...Sorri ye kak...hahaha....  


7:   Aznan Zakaria : Eeermmm...!!!...Si Aznan ni asalnya dari Penang kalo tak silap den lar...Berambut kerinting...berkaca mata...Cakapnya pekat dengan loghat Utara...Kalau dia yang buat presentation dalam kelas...eerrmm...Masyaallah...!!!...ayaq liornya terbang abis satu kelas...hahaha...Jangan maghah Nan noo...Selalu dikerjakan dengan Si Tokai Lengkung dan Rosdi Pendek Pahang...tapi...Si Aznan ni cool jer...hahaha...tu lah kelebihannya Si Aznan ni...

8:    Hasliza : eermmmmm....!!!...bau bedak mu Liza weh...hahahaha....Owkey...dah..dah...kita sambung..!!..Liza....Si Gadis bertudung labuh berkaca mata...Orangnya putih bagaikan sutera...kalau tak silap berketurunan Jawa...Sentiasa senyum walau tak ceria...Sangat2 susah untuk naik hangin walau diusik sebanyak mana...taaapiii...!!!....kalo dia marah...matanya yang menjeling bisa bikin hati tergoda mak wey...Liza wehh..!!!...dah berapa batalion dah ko hasilkan...???...hahaha...Jangan marah tau..pakcik gurau jer....hahaha


9:    Arbainah : Hhaaaa....!!!...Si Banjar Kulaan dari Sekinchan Selangor...Bertaik lalat bermuka ceria...kalau dia senyum pasti korang tergoda...hahahaha...kawan baik Si Jue dan Hasliza kalau tak silap perkiraanku...Suka memakai baju berwarna ceria...Warna kesukaan unggu dan jingga...Berjalan bagaikan puteri Jawa....bila menjeling...ermm..sampai nak tercabut bijik mata....hahahaha....


10: Alias Kasa : eermmm.....Alias bin Kasa nama diberi...Orangnya tinggi hensem sekali.....kekadang nampak murung bersedih...kekadang pula ceria tak bertempat...Dengar cerita gangguan emosi...dek kerana kena ragging masa orientasi...Apapun, aku bangga dengan ketabahannya...Moga hang Lias sentiasa hidup bahagia...doaku sentiasa mengiringi langkahmu.....


    Eermm...nilah sebahagian kisah WATAK2 dan IDENTITI yang terdapat di dalam kelas PM 4 93/96 dulu di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur...Sebuah kelas yang penuh dengan suka dan tawa...gossip dan umpatan...caci dan mengeji sesama sendiri bila bergurau...Kelas inilah juga yang aku huni selama 2 tahun...kemudian terpisah selama 6 bulan kerana masing2 keluar menjalani praktikum 2...dan...kembali lagi berkumpul semula...bersama mengikuti Kursus Induksi SSB....

    Dan....Kursus Induksi SSB nilah pertemuan terakhir kami...kami berkumpul...berkursus...bergurau...mengutuk...dan segala2nya di dalam minggu tersebut...minggu yang menyaksikan bahawa itulah pertemuan terakhir kami...pertemuan yang masih belum menunjukkan sebarang tanda2 dan jalan2 untuk kami bersua kembali sebagai sebuah keluarga...Apa yang pasti...kiranya terjadi pertemuan semula 34 orang kawan2ku ini, pastinya ia menjadi satu pertemuan yang meriah dan penuh dengan emosi....dan...jumlahnya sudah pasti bukan 34 orang...kemungkinan akan mencecah 100 orang...Dengan lain perkataan, "Keluarga PM4 93/96" aku akan menjadi lebih besar dan lebih meriah...   


    Selama 2 tahun kami bersama, hubungan persahabatan ini sebenarnya telah melebihi keakraban sebuah keluarga sebenarnya...Cuma...sewaktu kami bersama dulu...15 tahun yang lepas....kami tidak menyedari akan hakikat ini...kami tidak menyedari akan kekuatan perhubungan kami...kami kurang menghargai di antara satu sama lain...kami tidak menghargai HARGA persahabatan kami...itulah kami...mentaliti kami..kekurangan kami...tapi yelah...sudah menjadi lumrah manusia...Manusia memang tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata...tapi manusia akan menangisi kehilangan bila ianya sudah tidak ada lagi di depannya...sebab itulah kita manusia ni juga dikenali sebagai "Makhluk Yang Mudah Lupa"


    Kepada semua kawan2ku...atau yang pernah menganggap aku ini sebagai seorang kawan...aku mendoakan agar kalian sentiasa hidup di dalam kebahagiaan...tenang..dan dikurniakan kesihatan yang baik serta umur yang panjang...Sekiranya ada salah dan silap..terlebih terkurang...terambil tanpa meminta...kecik hati...makan hati...jauh hati dengan aku murid yang nakal dalam kelas PM 4 93/96 tu...maafkan kawanmu ini...pasti ada yang terasa denganku ini...dan...sekiranya bahasa2 dalam tulisanku ini mengguris hati kalian, mohon sekali lagi korang maafkan aku...Ianya sekadar gurauan...tanpa makna tersurat..tersirat maupun niat nak mengenakan sesiapa atau menjatuhkan maruah sesiapa...Ayat2 ini hanyalah ayat2 cinta yang digunakan untuk menyedapkan jalan penceritaan...Al maklum lar..aku dah lama tak menulis karangan...malah dah tak tahu pun macam mana nak menulisnya...Sebab nilah ayat2 dalam cerita ni..ntah haper2 ntah...hahaha...


    Sekianla dulu untuk VOLUME 3...Insyaallah aku akan kembali dengan VOLUME 4 dengan aksi2 dan karenah kengkawan dalam PM 5 93/96...Insyaallah

Sunday, February 13, 2011

Kisah Benar : MPSK Dalam Kenangan...Vol 2 : Watak2 Dlm PM4/93-96 n PM5/93-96

     Seperti yang dijanjikan..aku akan menceritakan serba sedikit tentang watak2 yang terdapat dalam kelas PM 4 dan PM 5/93 - 96. Sepanjang 2 1/2tahun kami bersama, sudah tentu kami dapat mengenali antara satu sama lain secara sikit sebanyak. Aku akan mulakan dengan watak2 penyeri yang terdapat dalam kelas PM4/93-96..

   Antara watak2 yang sering menghuru-harakan PM4/93-96 ialah :
1: Nasir Omar. Eermm..asalnya dari Kelantan dari sebuah kampung yang bernama Gong Jering dalam daerah Pasir Putih. Seorang yang berminat dengan sukan2 rakyat terutama berlaga ayam. Beliau juga seorang yang pandai bertomoi (mengikut ceritanya la)..haha...Sejauh mana hebatnya dia, takde orang yang tahu. Ini kerana kadang2 dia nampak agak gentar bila berhadapan dengan keadaan yang genting. Cuma bila berada dalam kelompok pelajar2 Kelantan, dia nampak sikit hebat. Suka berselimut telanjang dan yang lebih parah, suka tidur semasa membuang air besar....Hahaha....sori la Sir yer kalo ekau baca nih...hahaha...

Aku..Kasmawati..Che Zainuddin n Azman Zakaria kat Lumut Perak

2: Azmi Ramli...Orangnya berasal dari Penang. Dilantik menjadi ketua kelas memandangkan dia nampak suka menonjolkan diri. Bak kata orang, suka interframe...hahahaha...Orangnya macam bagus. Kalau tak silap ingatanku, pernah dia menangis di dalam kelas dek kerana dikerjakan oleh budak2 yang lain. Tapi satu yang boleh dipuji tentangnya..dia punyai sekeping hati yang baik. Azmi ni suka sangat memakai baju yang happening warnanya. Antara baju kesukaannya ialah yang berwarna hijau dan ungu. Bermisai tebal..berambut kerinting..bersuara agak macho pekat dengan slan Utara..heheh

Si Nasir duk ngendeng Si Morni..Linda wat tak nampak..Si Azmi Ramli dengan kuasa yang diberikan, cuba sedaya mungkin menjaga tingkah laku anak2 buah...hahaha..tapi kalo dibiarkan, dia plak yg terlebih masuk daun..hahaha..Si Hasliza marah sebab muka dia nampak spek mata jer..Azrina hanya gigimu saja beb..soori lar..hahaha..Hamdan sedaya upaya cuba interframe...hahaha

3: Kasmawati Othman...eermm..makcik ni orang Perak keturunan Bugis. Seorang yang sentiasa serius. Maklum lar..sebelum masuk ke maktab, pernah mengajar sementara. Antara rakan sekelas yang boleh dikategorikan sombong kalau tak mengenalinya. Tapi dengan aku, aku rasa dia takde la sombong. 
Melepak sebelum masuk kelas. Dari kiri : Rosdi (Abe Jambul)....haha..Kasmawati..Morniwati n aku

4: Azman Zakaria. Haaaa....nilah hamlau bin maghub. kawan baik aku. Sama2 bermasalah dari segi kehadiran dengan aku. Boleh dikatakan kami berdualah yang selalu datang lewat kelas...ponteng...dan yang sewaktu dengannya. Disebabkan masalah ini, semasa praktikum 2 pada final semester, kami berdua ditempatkan di sekolah yang sama. Hahaha..mungkin puak2 pensyarah ni senang nak tangkap kami kot. Eermm..tapi satu yang aku betul2 tabik dengan hamlau nih..Masa praktikum satu, dia ditempatkan di sekolah yang sama dengan Nasir Omar. Apa yang hebat, cikgu pembimbingnya telah berjaya dipikat dan dijadikan isteri. Haaa...hebatkan. Perkahwinan mereka berlangsung semasa Azman dalam MPSK dan semasa praktikum 2, isterinya tengah sarat mengandung anak yang sulung.

Dari kiri ..Azman Zakaria..Nasir Omar..Hasan Pak Simpol..aku..Nazrol n junior. Menjadi AJK pendaftaran untuk majlis maulidul rasul tapi kami yang balik dulu lepas daftarkan orang.

5:  Hadzlinda Hamzah. Eermm..nama ni amat sukar untuk aku lupakan. Sampai ke hari ini nama ni sentiasa segar dalam ingatanku. Rasa2nya kulit aku ni penuh dengan bekas cubitannya semasa di MPSK dulu. Hahaha...dan yang paling aku tak boleh lupakan ialah..masakannya. Masakan terlalu sedap walau dimasak secara cincai bak kata orang. Linda ni sering memarahi aku tapi dalam masa yang sama banyak membantu aku di dalam kelas. Tiada jodoh antara kami...hahahaha...Aku gelarkannya The Three Stoogers disebabkan dia selalu bersama dengan dua orang lagi yang mulutnya...Nauzubillah bila marah...hahaha...Mereka ialah si Mazlina dan Azrina Ismail. Apa yang aku paling suka tentang Linda di dalam kelas ialah cara pembentangannya . Seirus macam lembu nak berak bila dia buat presentation...Hahahaha...Sori Linda eerkk..hahaha...Ok..kita ke watak seterusnya....
Linda n eden..@ Genting. Sewaktu waktu dahulu

6: Azrina Ismail. Eermmm...nilah bodyguard utama Si Linda. Suaranya...Ya ALLAH..nyaring ngalahkan bapak Si Albab anak Jin..hahaha...walau apapun, Rina ni memang seorang yang penyayang dan baik hati. Banyak gak ler dia nasihatkan kami2 yang nakal ni terutamnya aku lar..Aku yang selalu lewat dan kadang2 langsung tak pegi kelas..haha..

7:  Helmi Si Tokai. Nilah antara pelawak dalam kelas aku. Berasal dari Utara di sebuah kampung bernama Tokai. Jadi untuk memudahkan cerita, dipanggilnya Tokai oleh kawan2nya. Mamat ni kalo dia yang buat presentation di dalam kelas, pasti ramai yang pecah perut. Cukup package sebagai seorang pelawak walaupun dia dalam keadaan serius. Menunggang RX-Z ke maktab..berambut lurus dan bermisai ciput. Itulah Helmi The Tokai...hahaha
Kat Jeti Lumut bersama Helmi d Tokai..Hamdan..Burn Gganu..Mamat..Hassan..Nasir..Rosdi Pahang..Alias Kasa Tajuddin..Aznan..dan senior sesat yang ntah apa kenamanya..hehe


8:   Bazar Zakaria. Jejaka hitam manis berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Punyai perwatakan yang lembut. Pandai memasak. Orangnya teliti dan rambut sentiasa tersisir rapi. Hmmmm...satu yang aku puji tentang Si Bazar ni, walau kadang2 dia diperli oleh pelajar2 lelaki yang lain, dia sentiasa maintain COOL...hahaha...dan yang paling hebat, dia sentiasa menyelambakan mukanya. Jarang nak tengok dia beremosi. Itulah lebihnya insan yang bernama Bazar nih..Pada aku, dia ni disenangi ramai orang terutama pelajar wanita.

9:   Che Zainuddin Hassan. Haaa...nilah hero Terengganu. Minat dengan sukan. Punyai susuk tubuh yang agak tinggi. Orangnya hitam manis. Che Din ni satu jer...eermm...kadang2 dia sentiasa merasakan dirinya sentiasa betul. Susah untuk terima pendapat orang lain dalam sesetengah perkara. Tapi apapun, hatinya baik. Seorang anggota PBSM semasa di Maktab. Perangainya malu2 kucing...hahaha...Jangan marah ya bro..!!

Eermmm...pada nama2 yang aku sebutkan di atas...janganlah marah atau beremosi. Ini hanyalah sebuah kenangan. Kalau sekiranya ada bahasa2 yang aku gunakan tidak menepati citarasa kalian, mohon seribu kemaafaan. Akan aku kembali lagi dengan beberapa watak dalam VOLUME 3 nanti..hahaha...