Antara watak2 yang sering menghuru-harakan PM4/93-96 ialah :
1: Nasir Omar. Eermm..asalnya dari Kelantan dari sebuah kampung yang bernama Gong Jering dalam daerah Pasir Putih. Seorang yang berminat dengan sukan2 rakyat terutama berlaga ayam. Beliau juga seorang yang pandai bertomoi (mengikut ceritanya la)..haha...Sejauh mana hebatnya dia, takde orang yang tahu. Ini kerana kadang2 dia nampak agak gentar bila berhadapan dengan keadaan yang genting. Cuma bila berada dalam kelompok pelajar2 Kelantan, dia nampak sikit hebat. Suka berselimut telanjang dan yang lebih parah, suka tidur semasa membuang air besar....Hahaha....sori la Sir yer kalo ekau baca nih...hahaha...
| Aku..Kasmawati..Che Zainuddin n Azman Zakaria kat Lumut Perak |
2: Azmi Ramli...Orangnya berasal dari Penang. Dilantik menjadi ketua kelas memandangkan dia nampak suka menonjolkan diri. Bak kata orang, suka interframe...hahahaha...Orangnya macam bagus. Kalau tak silap ingatanku, pernah dia menangis di dalam kelas dek kerana dikerjakan oleh budak2 yang lain. Tapi satu yang boleh dipuji tentangnya..dia punyai sekeping hati yang baik. Azmi ni suka sangat memakai baju yang happening warnanya. Antara baju kesukaannya ialah yang berwarna hijau dan ungu. Bermisai tebal..berambut kerinting..bersuara agak macho pekat dengan slan Utara..heheh
3: Kasmawati Othman...eermm..makcik ni orang Perak keturunan Bugis. Seorang yang sentiasa serius. Maklum lar..sebelum masuk ke maktab, pernah mengajar sementara. Antara rakan sekelas yang boleh dikategorikan sombong kalau tak mengenalinya. Tapi dengan aku, aku rasa dia takde la sombong.
| Melepak sebelum masuk kelas. Dari kiri : Rosdi (Abe Jambul)....haha..Kasmawati..Morniwati n aku |
4: Azman Zakaria. Haaaa....nilah hamlau bin maghub. kawan baik aku. Sama2 bermasalah dari segi kehadiran dengan aku. Boleh dikatakan kami berdualah yang selalu datang lewat kelas...ponteng...dan yang sewaktu dengannya. Disebabkan masalah ini, semasa praktikum 2 pada final semester, kami berdua ditempatkan di sekolah yang sama. Hahaha..mungkin puak2 pensyarah ni senang nak tangkap kami kot. Eermm..tapi satu yang aku betul2 tabik dengan hamlau nih..Masa praktikum satu, dia ditempatkan di sekolah yang sama dengan Nasir Omar. Apa yang hebat, cikgu pembimbingnya telah berjaya dipikat dan dijadikan isteri. Haaa...hebatkan. Perkahwinan mereka berlangsung semasa Azman dalam MPSK dan semasa praktikum 2, isterinya tengah sarat mengandung anak yang sulung.
| Dari kiri ..Azman Zakaria..Nasir Omar..Hasan Pak Simpol..aku..Nazrol n junior. Menjadi AJK pendaftaran untuk majlis maulidul rasul tapi kami yang balik dulu lepas daftarkan orang. |
5: Hadzlinda Hamzah. Eermm..nama ni amat sukar untuk aku lupakan. Sampai ke hari ini nama ni sentiasa segar dalam ingatanku. Rasa2nya kulit aku ni penuh dengan bekas cubitannya semasa di MPSK dulu. Hahaha...dan yang paling aku tak boleh lupakan ialah..masakannya. Masakan terlalu sedap walau dimasak secara cincai bak kata orang. Linda ni sering memarahi aku tapi dalam masa yang sama banyak membantu aku di dalam kelas. Tiada jodoh antara kami...hahahaha...Aku gelarkannya The Three Stoogers disebabkan dia selalu bersama dengan dua orang lagi yang mulutnya...Nauzubillah bila marah...hahaha...Mereka ialah si Mazlina dan Azrina Ismail. Apa yang aku paling suka tentang Linda di dalam kelas ialah cara pembentangannya . Seirus macam lembu nak berak bila dia buat presentation...Hahahaha...Sori Linda eerkk..hahaha...Ok..kita ke watak seterusnya....
6: Azrina Ismail. Eermmm...nilah bodyguard utama Si Linda. Suaranya...Ya ALLAH..nyaring ngalahkan bapak Si Albab anak Jin..hahaha...walau apapun, Rina ni memang seorang yang penyayang dan baik hati. Banyak gak ler dia nasihatkan kami2 yang nakal ni terutamnya aku lar..Aku yang selalu lewat dan kadang2 langsung tak pegi kelas..haha..
| Kat Jeti Lumut bersama Helmi d Tokai..Hamdan..Burn Gganu..Mamat..Hassan..Nasir..Rosdi Pahang..Alias Kasa Tajuddin..Aznan..dan senior sesat yang ntah apa kenamanya..hehe |
Eermmm...pada nama2 yang aku sebutkan di atas...janganlah marah atau beremosi. Ini hanyalah sebuah kenangan. Kalau sekiranya ada bahasa2 yang aku gunakan tidak menepati citarasa kalian, mohon seribu kemaafaan. Akan aku kembali lagi dengan beberapa watak dalam VOLUME 3 nanti..hahaha...