Thursday, February 10, 2011

Kisah Benar : Sewaktu Waktu Dahulu..MPSK Dalam Kenangan. Vol. 1

    Pertengahan tahun 1993..disuatu malam ketika aku sedang melepak dengan brader yang menjual burger berhampiran dengan rumahku, tiba2 kawanku yang ku panggil Mat datang menghampiriku. "Eh..tadi aku nampak ada surat untuk ko..surat panggilan ke Maktab Perguruan...tapi bos dah koyak buang surat tu..dia siap warning jangan sampai ko tahu"...kata kawanku. Aku tergelak besar bila mendengar cerita dari Mat. "Mat..macam mana pulak aku dapat panggilan Maktab..?? Dulu masa panggil exam, aku tak mintak..tetiba dapat surat..dah aku ngamuk2, Si Shimah tu cakap yang dia isi untuk aku..pegi exam pulak, aku jawab meraban jer..tak sampai 10 minit aku dah balik..masa temuduga, aku kena halau..katanya dia suruh aku bagi peluang pada orang lain sebab aku dah ada kerja..ni kau cakap aku dipanggil masuk ke Maktab tapi surat panggilan boss koyak pulak.." kataku sambil ketawa. Si Mat apalagi..terus ketawa terbahak2.."Kau memang ditakdirkan kot nak jadi cikgu...tak pun kau ada hutang dengan Kerajaan..sebab tu Kerajaan nak kau kerja dengan diaorg"..si brader burger menyampuk..Kami apalagi..bantai gelak la.

     Penghujung 1993..aku membuat keputusan untuk ke Maktab..Bukan apa, sekadar ungin menikmati semula alam menjadi seorang pelajar. Semua yang di sekeliling aku terkejut dengan keputusan yang aku buat. Maklum lar..kalau dikaji sejarah perangai aku nih..memang x layak nak mengajar anak orang..Orang "BUAS" la katakan.

     Aku ditempatkan di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur. Dalam hidup aku, inilah kali pertama aku mendengar nama Maktab ni. Pada hari pendaftaran, aku telah meninggalkan kereta yang aku pandu di Hospital Tawakal dan mengambil sebuah teksi untuk ke sana. Dah lar pada hari tersebut aku bangun dah hampir 10 pagi..punyalah kelam kabut. Sesampai saja aku di MPSK, aku terus ke dewan dan mendaftarkan nama. Siap pendaftaran. seorang senior yang bertugas bertanya kepadaku.."Ada mintak rumah ke..??..".."Takde"..jawabku.."Kalau takde mintak rumah, boleh balik la..yang mohon rumah saja tunggu di sini sebab sekejab lagi kita akan bawak diaorang ke rumah masing2.."..sambung senior tu lagi. Aku pun apalagi..terus jela keluar dari maktab tersebut dan mula mencari jalan untuk balik. Mau tak mau, aku berjalan la mengikut arah teksi yang kunaiki tadi. Punyalah jauh..tetiba aku terperasan akan Jalan tun Razak dan kebetulan ada jejantas di situ. Aku terus melintas ke arah IJN dan mengambil teksi dari situ untuk ke tempat kereta yang ku parking.

    Sesampainya aku di rumah, iaitu Segambut Dalam..aku mula berfikir..wajarkah aku teruskan atau tidak. Sebenarnya aku belum meletakkan jawatanku pada masa tersebut. Majikanku membenarkan aku untuk mencuba..sekiranya aku rasa bosan belajar, aku boleh kembali bekerja sepenuh masa..Kalau ingin belajar, habis saja kelas, aku kena bergegas ke ofis untuk bekerja. Fikir punya fikir..akhirnya aku membuat keputusan untuk mencuba jadi seorang pelajar. Cuba untuk menjadi seorang "Guru Pelatih"

    Maka..dalam percaya dengan tidak, esoknya aku mula melangkah ke MPSK..Petang sebelumnya aku kembali ke Jalan Pahang dan mencari jalan yang terdekat untuk ke Maktab tersebut. Maklum lar..aku terpaksa menaiki bas untuk ke sana..takkan aku nak menapak sampai IJN..Kereta syarikat aku pulangkan sebab tak nak timbul sebarang masalah nanti.

     Jalan dekat dah aku jumpa..tapi masalah baru timbul semasa aku sampai ke Maktab pada hari tu. Semua guru2 pelatih yang lain memakai seluar track dan tshirt Maktab. Hanya aku saja yang memakai kemeja dan tie. Dalam hati aku punyala menyumpah senior semalam. Kenapa la makghub tu tak bagitau aku yang hari ni kena pakai baju sukan. Eeermm...apalagi...semua mata memandang sinis pada aku. Rupa2nya..dalam ramai2 guru pelatih tu, hanya aku seorang saja yang tidak tinggal di rumah yang pihak MPSK sediakan. Jadi tak hairan la aku sorang jer yang ketinggalan dari segi maklumat.

    Di MPSK, seminggu kami diorientasikan. Macam2 gelagat ada. Ada yang kena berkokok dan macam2. Aku tak la kena ragging sangat. Mungkin sebab aku duduk di luar dan menetap di KL, jadi kuranglah senior2 nak dekat dan mengenakan aku. Dalam seminggu tu kami diajar menyanyi dan macam2. Lagu wajib yang seingat aku ialah lagu "Kami Guru Malaysia"..dan aku jugak agak ketinggalan dalam dunia guru ni rupanya. Al kisahnya, kebanyakan dari rakan2 guru pelatih yang sama aku ramai yang pernah mengajar jadi guru sementara dan guru ganti. Cuma aku dan beberapa kerat saja yang tak tau apa langsung pasal kerja guru.

    Habis saja minggu orientasi, aku ditempatkan di sebuah kelas. Kelas yang diberi nama PM4 93/96. Ada seramai 34 guru pelatih dalam kelasku ini. Yang lebih hebat, kami 17 lelaki dan 17 wanita. Kebanyakan dari Klate dan Kedah. Apalagi..Kedah jumpa Klate...memang susah la pada awalnya nak ngam. Aku xde masalah lar..tapi bagi yang tak pernah klua dari negeri masing2..keadaan ini agak janggal la pada mereka.

     Di sinilah aku mula mengenali beberapa orang kawan. Kawan yang agak "Gila-Gila" sikit..Antaranya Azman Zakaria dari Pasir Puteh, Klate. Nasir Omar dari Kg Gong Jering Klate..Hassan dari Kg Pak Simpul Klate...hahaha...walaupun aku dari Klate, tapi inilah kali pertama aku mendengar nama kampung2 tersebut dan pastinya takkan aku lupakan sampai bila2. Azlina Ismail dan Morniwati dari Banting, Selangor. Hazlinda dari Pahang..Mazlina dari Muar Johor. Kasmawati dan Yati Kamarudin dari Perak..Rosdi..Mohammad Bomba juga dari Pasir Puteh. Alias Kasa..Azmi Ramli (Ketua Kelas) Hilmi..Tajuddin dan ramai lagi geng2 dari Kedah. Akan aku ceritakan tentang kisah2 dan watak mereka nanti. Selama 2 1/2 tahun kami bersama dalam kelas ini. Pastinya banyak kenangan yang manis dilalui bersama