Ni sebuah kisah benar sekitar tahun 2005..lebih kurang 5-6 tahun yang lepas. Waktu itu aku masih terlibat secara aktif dalam perniagaan automobil. Kisah ini berlaku di suatu petang sekitar jam 2. Aku baru siap menunaikan solat zohor di bilik pameran kami. Selepas tanggung jawab pada tuhan dilaksanakan, aku mengenyam dengan kerani baruku..sajalah..sekadar menghilangkan tekanan dengan berborak perkara yang di luar topik perniagaan.
Tiba-tiba seorang salesman datang kepadaku dan memberitahuku.."Bos..brader dlm SUV tu nak jumpa..katanya kawan lama"...aku terus berpaling ke ruang pameran. Wajahnya tidakku nampak sebab dia telah masuk ke dalam SUV dan duduk di tempat pemandu..Lantas aku keluar dan menuju ke SUV tersebut. Pintu sebelah kiri kubukakan dan ku beri salam..salamku dijawab dan dia berpaling ke arahku..Alangkah terkejutnya aku kerana dia adalah seorang kenalanku yang ku kenal 11 tahun yang lepas. Biarlah kupanggil dia Dato R. Orangnya masih tegap dan bergaya. Dia memang seorang yang amat kaya pada pandanganku..mempunyai kilang di Shah Alam..terlibat dalam perniagaan hartanah malah boleh dikatakan di seluruh Selangor ada saja projek hartanah yang dibangunkannya. Cuma satu yang aku betul2 respect dengannya..dia hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta peribadinya untuk ke mana2..Kereta2 mewah semuanya dibeli untuk kegunaan staff. General manager syarikatnya diberikan BMW 7 series..malah keraninya diberikan KIA Spectra sebagai kereta peribadi. Kalau sekali pandang dan bagi orang2 yang tidak mengenalinya, dia sememangnya nampak sengkek abis...tapi bagi orang yang pandai menilai, kasut dan jam yang dipakainya sudah melebihi suku juta. Begitulah keadaan dirinya dari sejak mula aku mengenalinya sehinggalah ke hari ini. Kalau melepak pun, kami suka bertenggek di mana2 kedai rojak cendol di tepi2 jalan.
Kami berborak di dalam SUV tu kira-kira 5 minit..kemudian aku mengajaknya minum di sebelah showroom aku. Kalau tak silap ingatanku, kami memasuki restoran tersebut sekitar 2.30pm..dari satu gelas ke satu gelas kami minum..dan dia mula bercerita..tiba-tiba dia berkata kepadaku.."Jack...seperti yang Jack tahu, abang ni insan bertuah yang dipilih tuhan..abang punyai segalanya yang orang lain mungkin takde..abang boleh selesaikan masalah orang kalau ianya bertepatan dengan kemampuan abang...tapi abang ada satu masalah yang abang tak boleh tangani..."...aku terlopong mendengarnya..tiba-tiba mulut celuparku bertanya.."Apa dia bang..??..macam masalah yang complicated..kalau abang nak kawin lagi..saya boleh bawakan...saya boleh jadi saksi dan uruskan semuanya.."..dia tersenyum..kemudian ketawa mendengar kata2ku.."Jack...ni masalah bini dan anak2..masalah ni yang abang tak boleh nak selesaikan.."..."masalah nak kawin Jack jangan risau..dah sah Jack yang kena uruskan kalau abang nak kurangkan ibu tunggal nanti..."...kami ketawa bersama...Aku terus bertanya kepadanya "Apa yang besar sangat masalah anak bini sampai saya tengok muka abang macam seluar koyak jer ni..?"..Perlahan dia membetulkan duduknya..gelas2 kosong di meja disusun ke tengah.
"Gini Jack.."..dia mula bercerita..Dia mempunyai 3 orang anak..seorang lelaki dan 2 perempuan. Anak2nya tidak pernah mengenal erti susah walau semasa mereka dilahirkan semasa kehidupannya agak susah..tetapi bila anak2nya mula membesar, mereka hanya nampak kemewahan dan kekayaan di depan mata. Apa yang merisaukan fikirannya ialah karenah anak2nya terutama yang perempuan yang terlalu angkuh dan sombong..tidak mematuhi seruan tuhan..suka berfoya2 di kelab2 malam..pakaian yang menjolok mata dan kurang adab2 melayu dalam diri mereka. Kecuali anak lelakinya..anak lelakinya jenis yang low profile tapi suka menyendiri dan tidak suka berkongsi masalah. Apabila dia menegur anak2 perempuannya agar lebih bersopan dan jangan terlalu suka berlagak serta berfoya2, isterinya akan membela anak2nya..Kata isterinya, biarlah anak2 menikmati kekayaan yang mereka miliki..apa sebab dia sebagai ayah nak menghalangnya..??..adakah untuk perempuan lain...??..Kata2 isterinya itu amat menghiris dan mengecewakannya..niatnya cuma untuk mengajar anak2nya hidup secara sederhana dan kenal batas dan susila sebagai seorang manusia berbangsa melayu.
Panjang lebar Dato R bercerita tentang masalah yang dia hadapi..Aku hanya terlopong mendengar dan dalam hatiku berkata "orang kaya ni rupanya masalah lagi parah..ni masalah hati..susah nak cari ubat"...Dalam pada aku duk melopong tu..tetiba dia bertanya padaku.."Jack..!!..kau rasa apa yang patut abang buat..??...wadus..!!!...soalan maut dia halakan padaku...Aku tersenyum dan sambil memegang bahunya aku menjawab.."Ginilah bang..apa kata abang tukar bini dan buat anak baru..??.." Dia terdiam memandangku...dan kemudian kami ketawa terbahak-bahak..Semua mata di dalam restoran tu memandang ke arah kami..mungkin dalam hati diaorang menyumpah kami..
Tiba-tiba Dato R bertanya kepadaku dengan muka yang serius...."Jack..kau mesti ada alasan kenapa kau suruh abang tukar bini dan buat anak baru..cuba kau cakap sikit abang nak dengar.."...Aku terus ketawa terbahak-bahak..kemudia aku bertanya kepadanya.."Betul abang nak dengar alasan saya..??"..Dia mengangguk..."Camni bang..saya pernah dengar ustaz cakap yang Nabi ada mengatakan..manjailah anak kamu dari umur 1 hari sehingga umurnya 6 tahun...didiklah dia dari umur 7 tahun sehingga 13 tahun dan jadilah kawan kepadanya dari umur 14 tahun sampai bila2..jadi kalau abang buat anak baru dengan ibu yang baru, abang ada peluang untuk mendidik anak2 abang dari mula..anak2 yang ada sekarang mereka dah dewasa dan susah menerima nasihat abang sebagai bapanya.."...Dia mengangguk sambil tersenyum...dan kami teruskan berborak..Kami keluar dari restoran tersebut bila jam dah mencecah 10.30 malam...berapa jam kami bersembang kami pun tak kira..Cuma pertemuan itu telah mengubah segalanya dalam kehidupannya.
Kini Dato R berbahagia dengan dua orang puteri barunya..Isterinya amat menghormatinya dan seorang yang taat kepada perintah agama. Isteri yang lama bersama 3 orang anaknya yang telah dewasa telah diceraikan dan diberikan sebahagian harta untuk kehidupan mereka. Perceraian tersebut berlaku setelah semua jalan perbincangan menemui jalan buntu..dan perceraian itu berlaku kerana Dato R tidak tahan lagi dengan kejutan kemewahan anak isterinya sehingga dia dianggap sebagai kolot dan buang tebiat oleh anak2 dan isterinya.