Sunday, January 23, 2011

Kisahku: Kerana Syiling 20 sen

   Kisah ni berlaku pada penghujung tahun 1990..pada petang tamatnya peperiksaan SPM. Aku dan kawanku yg kupanggil Mat Ne terus ke hentian bas membeli tiket ke Kuala Lumpur. Tujuan kami hanya satu..ke Kuala Lumpur untuk enjoy sambil bekerja..tak kisah apa jenis kerja asalkan kami ada duit untuk enjoy.

   Pada malamnya, hati kami amat gembira bila bas mula bergerak meninggalkan negeri Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Rasa tak sabar untuk pijak bumi KL dan menjadi raja kepada diri kami sendiri. Sedang kami lena dibuai mimpi..tiba2 kami terasa panas..rupanya bas yang kami naiki rosak..betul2 di depan Penjara Terbuka Maran. Penumpang lain mula turun ke bawah dan menuju ke kedai makan berhampiran...Kami...???...kami saling berpandangan dan ketawa..ketawa bukan sebab lucu..tapi kami hanya ada 20 sen di dalam poket..dan 20 sen itu untuk kami gunakan menelefon kakak kawanku untuk menjemput kami di stesen KL.

   Nasib baik kami ada membawa bekal..sebungkus kacang butir..jadi kami ratahla kacang tu sementara menunggu bas dibaiki..Bila dah tak boleh nak telan, kami masuk ke tandas dan meminum air dari paip dalam tandas tersebut. Tidak lama kemudian, bas siap diperbaiki dan mula bergerak ke KL. Kami sampai di KL agak lewat. Hari dah pun menjelang petang. Kami menuju ke public phone dan mengeluarkan duit 20 sen untuk menelefon kakak kawanku tadi..Tiba2.."PLUPP...!!!..."...20 sen kami di telan oleh public phone tadi..Apalagi..kami mula lar menggoncang public phone tu sambil menyumpah2..20 sen tulah harapan kami untuk meneruskan hidup di KL..namun 20 sen kami tak juga keluar2..Kami mula terasakan KL ni amat gelap.

   Kami mula menapak membawa langkah kami..Tiba2 sebuah bas mini berhenti dan menyebut "PJ..PJ...PJ"...kami pun apa lagi..terus melompat ke dalam bas tersebut walau kami tak tahu apa maknanya PJ tu. Tiba2 konduktor datang dan hulurkan tiket...Kami saling berpandangan dan kemudian tersenyum dengan muka yang amat poyo paa konduktor tu sambil berkata.."Bang..kami baru sampai KL..kami takde duit ni nak bayar tiket..."...Konduktor tu mula naik hangin..:Weh..!!..Lu ingat ini bas bapak lu punya ke nak naik pree..??.."..Kami pun sekali lagi meminta maaf sambil berkata.."Abang nak bawak kami pegi mana pun kami tak kisah..janji kami dapat kerja...kalau abang halau camne pun, kami tak turun dari bas ni..kami tak tahu nak pegi mana.."...Tiba2 pemandu bas mini bersuara.."Yeop..biarkan budak2 tu..kita pun last trip..kita bawak jer diaorang sampai PJ"..Kami apalagi..tak henti2 ucapkan terima kasih pada driver bas tu sambil tunjukkan muka nak belasah pada konduktor tu.

    Setelah sampai di PJ dan penumpang2 yang lain semua telah turun, driver bas tu terus memecut dan membawa kami ke suatu tempat. Kemudian dia bersuara kepada kami.." Korang naik bas tak bayar tiket kan..??..Jadi sekarang korang cuci bas ni bersih2..siap nanti abang bawak korang pegi cari kerja"...Kami pun apalagi, terus mencuci bas mini tersebut seperti yang disuruh..Sambil mencuci bas, kami terus membebel.."Celaka betul..kita tak bayar tambang baru 50 sen..tapi sebijik bas kita kena cuci"..Tiba2 brader driver bas tu menjerit.."Cuci bersih2 la budak..kan aku tak bagi makan kang.."...Bila kami dengar ke perkataan makan, apalagi..terus kami mencuci bas tu cepat2 dan bersih2..mana taknya..kami memang lapar tahap mumia dah..

   Setelah kami siap mencuci dan membersihkan bas mini tu, brader pemandu dan konduktor bas tersebut membawa kami makan di sebuah kedai. Kami makan dengan lahap dek kerana lapar. Sambil2 tu, kami terus diinterview oleh brader 2 orang tu..tak sudah2 diaorang cakap kami ni gila sebab berani datang ke KL dengan duit 20 sen dan tanpa arah tuju. Bila ditanya kenapa kami buat camtu, kami jawab dengan selamba.."Bang, kami dah bosan dengan disko yang ada kat Golok..kami nak cuba disko KL plak"..Apalagi..brader driver bas tu terus tergelak besar sambil berkata.."Korang ni memang gila...gila dari orang2 yang pernah aku jumpa sebelum ni...pasal disko korang sanggup datang KL.."...

    Setelah siap makan, kami dibawa kesebuah kedai makan oleh driver bas tersebut untuk bekerja. Alhamdulillah, kami diterima bekerja di kedai makan tersebut dengan gaji RM6 sehari..waktu kerja dari 1.30pm sampailah 5am setiap hari. Kami sangat gembira sebab kami dah ada pekerjaan dan duit sendiri untuk diperabihkan. Bila tiba hari cuti, kami pun akan menaiki bas dan pergi ke PJ Old Town kat Jalan Othman. Hanya itu tempat yang kami tahu. Tiba2 suatu hari aku berkata pada kawanku Mat Ne.."Ne..sampai bila ni kita nak lepak PJ jer..disko pun aku tak jumpa lagi..lepak dah dekat sebulan"..Kawanku menjawab.."Aku pernah dengar orang cakap..kalau nak kenal KL kita kena jalan kaki..baru kita boleh tau jalan2 dan kawasan KL"..Aku pun menjawab.."Eermm...tunggu apa lagi...jom lar kita naik bas gi KL..sampai Kl kita jalan lar mana tempat yang kita nak pegi"....

    Bas yang kami naiki berhenti betul2 depan Globe Silk Store Jalan TAR..kami turun dengan semangat yang tinggi..Semangat ingin mengenali KUALA LUMPUR...Semangat ingin menakluk KUALA LUMPUR..Dengan berpandukan bangunan MARA yang berwarna biru sebagai panduan, kami mula berjalan. Kami pun tak tau sejauh mana kami berjalan..apa yang aku ingat, kami sampai di Bangunan Risda Jalan Ampang dan Hotel Federal di Bukit Bintang..kemudian kami berpatah balik ke Bangunan Mara kerana ianya panduan kami untuk balik semula ke PJ. Ini adalah kerana kami hanya tau bas ke PJ akan melalui Globe Silk Store..Oleh sebab itu kami mula berjalan melalui jalan2 yang jarang dilalui oleh pejalan kaki untuk sampai ke Jalan TAR. Di sesetengah tempat, kami dikejar anjing kerana melalui jalan2 yang aku sendiri tak tau apa nama jalannya. Dalam pada itu, kami telah menemui apa yang kami cari..DISKO..terletak di Jalan Lebuh Ampang..LA namanya...dan kami berazam..dapat jer gaji nanti, kami akan ke sana...

  Kini....semuanya tinggal kenangan..kadang2 aku tersenyum sendiri bila mengenangkan betapa sewelnya aku suatu masa dulu. Tapi apapun setiap pengalaman yang aku lalui dulu tidak terdapat dalam mana2 buku...ianya amat indah walau ada kisah2 pahit di dalamnya. Secara tak langsung, ianya mengajar aku cara hidup dan berdikari di bandar metropolitan. Bandaraya yang penuh dengan peluang..kekayaan..tipu daya...noda dan rona2..Apa yang aku lalui 21 tahun yang lalu kini menjadi panduan yang amat berguna dalam kerjaya yang aku lakukan sekarang. Ianya mengajar aku tentang tingkah laku dan gaya hidup manusia. Semoga apa yang aku lalui dulu akan dapat aku gunakan untuk mendidik anak2ku di kemudian hari. Apapun kesilapan..kesalahan..kejahatan dan kenaifan yang berlaku pada kita hari ini puncanya adalah diri kita sendiri..Jangan sesekali jadikan orang lain sebagai punca kita gagal ataupun tidak berjaya dalam hidup.