Sunday, April 28, 2013

ANALISIS PERTENGAHAN MEDAN PERANG PRU13 - Siapa TAIKO...Siapa SAYUR..??

28 APRIL 2013....Lagi SEMINGGU kita rakyat Malaysia akan MEMILIH kerajaan untuk penggal yang seterusnya...

Samada KITA terus KEKALkan...ATAU...PRU13 INIKALILAH masa untuk kita UBAH..!!!

Sebelum TEMPOYAK meneruskan legasi membebel versi moden ini...TEMPOYAK ingin menyapa sikit bapak2 menteri n ketua2 bahagian komponen BN..."Kabare 'awak2'...???...Pakcik harap 'awak' jangan duk KHATAM ilmu CANTAS dan ilmu KERAT dalam musim ni ya...tunggu2lah kalo nak KHATAM pun...

Di komponen PR pula...elokla kalo bapak2..ayah2anda..abang2 long...adik2...macai2 BERTAPA agar ILMU gelap mata tu dapat ditepis dan dialihkan ke tempat lain dulu...

OWKEY.....!!!!...Setelah SEMINGGU penamaan calon diumumkan oleh parti2 politik yang bertanding...KITA sudah nampak beberapa bayangan...serangan...'tipu helah'...perangkap samar...CCTV tersembunyi...dan segala jenis cara kempen yang sewaktu dengannya..

Selama seminggu juga TEMPOYAK memerhati...mendengar...menyelinap..menyelongkar...skodeng...dan bermacam2 cara yang lain mendapatkan INFO daripada pengundi2 dan pekerja parti agar satu KONKLUSI pertengahan kempen dapat dikongsi bersama...berdasarkan DARI sudut PANDANGAN PERIBADI yang TIDAK dipengaruhi mana2 parti ataupun dibayar oleh mana2 "PELESIT"..

Dalam masa seminggu yang telah berlalu...bermacam2 serangan...tohmahan...pembongkaran...tuduhan.......dsbnya telah kita dengar dari kedua2 penceramah atau jurucakap parti atas tiket KEMPEN...

PR kata DS Najib Terbayang BN Kalah...BN kata janji PR janji TAHI MINYAK...DS Najib kata "KITA DAHULUKAN RAKYAT"...PR kata MEMANG YA...Memang Rakyat Dulu Yang Mampiuh...DAN...macam2 lagi ayat2 kempen yang SERONOK untuk kita dengar dan kaji...

Begitu juga kempen2 yang lebih bercorak PENDEDAHAN atau TELANJANGKAN pemimpin tertentu...seperti pendedahan PKR yang mengatakan Badan Pelaburan Kerajaan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memindahkan RM 7 bilion dana ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai di Cayman Island...

Begitu juga pendedahan calon Parlimen Pasir Salak...Datuk Tajuddin Rahman yang dikatakan menerima konsesi RM 1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak walaupun syarikatnya Detik Utuh Sdn. Bhd TIDAK mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
Dikatakan juga projek itu dimiliki oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas yang diberi nama UniTapah Sdn. Bhd. 

Disebelah BN pula..TIDAK kurang hebatnya...TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin MERAMALKAN bahawa PAS akan keluar dari PR..begitu juga penjelasan dan ISU HUDUD dimainkan kembali...

Eeermmm..BUKAN pembongkaran yang pakcik nak huraikan...TAPI...Peluang calon2 feveret yang bertanding dalam PRU13 kali ini yang TEMPOYAK ingin kongsikan..

Ada beberapa KERUSI PANAS yang akan TEMPOYAK cuba ramalkan BERDASARKAN pemerhatian dan pandangan PERIBADI..

1 : Parlimen Putrajaya : HUSAM MUSA vs TENGKU ADNAN...kerusi PALINGGG dinantikan keputusannya oleh seluruh rakyat Malaysia..

Husam Musa ada membuat beberapa JANJI andai dia MENANG di PUTRAJAYA...dan JANJI yang paling membuatkan ramai penduduk Putrajaya boleh SEWEL adalah...KAKITANGAN AWAM akan terima BONUS 4 BULAN gaji di tahun PERTAMA kerajaan PR memerintah..

Pada pakcik..kerusi ini akan dimenangi HUSAM dengan MAJORITI melebihi seribu jika ianya berjalan secara LANCAR dan BERSIH

2 : Parlimen Pendang : MOHAMAD SABU vs OTHMAN ABDUL...kerusi yang BUKAN kubu kuat mana2 parti..pengundi sentiasa membuat pilihan berdasarkan senario semasa...

Pada hemat pakcik...MOHAMAD SABU akan TEWAS dengan majoriti kecil...OTHMAN ABDUL menang dengan majoriti yang AMAT sedikit..tapi MENANG tetap menang.

3 : Parlimen Temerloh : SAIFUDDIN ABDULLAH vs NASRUDIN HASSAN....Sebelum tu...pakcik kena tabik jjetak pada Nasrudin kerana AMAT2 BERANI untuk BUNUH DIRI...ayam sabung baru PAS ni merangkap Ketua Dewan Pemuda ni pada pakcik..SALAH PARKING dan SALAH MASA untuk melawan Saifuddin..

Ramalan pakcik...???...Saifudin akan MENANG BESAR...dan dengan MAJORITI yang LEBIH BESAR dari PRU12..

4 : Parlimen Gelang Patah : ABDUL GHANI OTHMAN vs LIM KIT SIANG....Wow...wow...wow...!!!..Tak tahu nak cakap...TAPI macam ada yang TAK KENA bila DS Najib meletakkan Abdul Ghani kat sini dan SIT Parlimen...

Kalau ikut pada FIRASAT pakcik...Lim Kit Siang akan meneruskan LEGASI kemenangannya untuk yang kesekelian kalinya pada 5 Mei nanti...kenapa dan mengapa pakcik meramalkan begini...??? Kerana Lim Kit Siang TIDAK akan sewenang2nya nak BUNUH DIRI di saat2 penghujung kerjaya politik beliau...

Alasan lain...???...Lu KAJI sendiri la bro...kata minat politik...hahaha...

SABAH....negeri DEPOSIT TETAP BN...PR idamkam sekurang2nya 12 kerusi parlimen di negeri ini...BN pula akan bermati-matian AKAN MEMPERTAHANKAN kuasa...

Kalau ikutkan pemerhatian yang pakcik buat dalam beberapa bulan ni...PR hanya akan menang di TIGA kerusi sahaja daripada 12 yang menjadi sasaran...IAITU di kerusi yang ditandingi oleh Lajim Ukin....Wilfred Bumburing dan sit Kota Kinabalu...

Why...???...why...??..why...??..Kerana..masih ada beberapa ISU BESAR yang belum beres dalam politik Sabah sendiri yang akan membolehkan PR memenangi kerusi2 idaman mereka..

Kelemahan kempen juga mempengaruhi kemenangan PR di Sabah kerana perhubungan jalan darat yang masih sukar terutama di pedalaman...JADI....secara logiknya...SABAH masih sebuah AKAUN yang kuat bagi BN

Akhir sekali...pertemuan TIGA penjuru di Parlimen Rembau....Pertemuan Ketua Pemuda UMNO Malaysia...KHAIRY JAMALUDDIN vs RADZALI A. GHANI (PKR) vs ABDUL AZIZ HASAN (BEBAS)....Menarik untuk DITUNGGU keputusannya pada 5 Mei nanti....

Khairy...Ketua Pemuda UMNO yang PALING tidak berkuasa dalam kerajaan BN kerana TIDAK memegang apa2 jawatan dalam kabinet...

Penglibatan calon bebas juga akan sedikit sebanyak akan menyebabkan "bahtera" kemenangan Khairy bergoyang...

Ramalan pakcik...????...rasa2nya...RADZALI A. GHANI akan menang dengan majoriti TIPIS... 

Owkey...cukup la dulu pakcik jadi Nujum Pak Sanggup untuk kali ini...Insyaallah...kalo ada masa lagi sebelum 5 Mei nanti...pakcik akan cuba menyertai TEMPOYAK untuk analisis terakhir...TAPI...ini bukan satu janji kerana pakcik juga terikat dengan pelbagai komitmen sekarang ni...

Apapun...buatla PILIHAN yang BIJAK...jangan takut untuk UBAH dan KEKALkan keamanan yang ada sekarang ini..dan jangan lupa keluar tunaikan tanggungjawab anda pada 5 Mei nanti..hanya INIKALILAH tarikh yang anda ada untuk membuat pilihan...sekiranya anda keluar pada LAINKALI...anda tidak akan berpeluang merasa bahang pilihanraya lagi...

Asssaalaaamualaikum....TEMPOYAK mengundur diri



Thursday, April 25, 2013

Antara IKAN SEGAR dan SEBATANG KAIL...





Salam Kabare wahai Kulaan Mungkalku...waduhh..!!..sibuk banget ya kulaan semua dekat2 PRU13 ni yaa...

Apa kulaan semua masuk bertanding calon BEBAS ya...??..Tapi kok...kenapa sih gue liat posternya gambar penumbuk..??..Apa udah ga ada lagi gambar yang bagus mau dijadikan poster..???

Opps...!!...Lupa gue mau ngasi salamnya...
Assalamualaikum....!!...Apa kabar ya bapak2 BEKAS menteri...??..Calon2 yang NGAK terpilih...???..Pengundi2 yang lama dan BARU...??..Gue harap kamu semua baik2 aja sihh..

Bukan apa..gue ngak mau liat kamu semua sedih terus... sampai kapan...???...kerna PRU ini hanya datangnya 5 thn sekali donk...

Ini hari..gue coba nyari TEMPOYAK kerna gue mau ngasi tambah dikit PERISAnya...mungkin dengan perisa baru ini, akan bikin kamu semua berputar OTAKnya..kalo ngak PUTAR...maksudnya kamu itu emangnya BEGOK terus...kalau ngak..pasti OTAK kamu itu MOGOK berat...ngak bisa diUBAH lagi INIKALILAH...


Owkey...gini aja...apa yang gue mau sampaikan..adalah pendapat gue secara peribadi tentang manifesto parti2 politik yang akan bertanding dalam PRU13 nanti...Gue tertarik mau bersama TEMPOYAK berkongsi apa yang gue rasakan....

Pada hemat gue...manifesto kedua2 parti PRU13 ini adalah yang TERBAIK kerna di sebelah satu PIHAK...mereka berada dalam keadaan TERTEKAN dan TERDESAK...manakala di satu pihak lagi, mereka dalam keadaan GHAIRAH dan di KEMUNCAK...kerna jika mereka GAGAL kali ini, peluang mereka menawan PUTRAJAYA lain kali AMAT TIPIS...hanya INIKALILAH satunya peluang yang mereka ada...
Jadi kedua2 pihak TERPAKSA menyediakan dan menjanjikan manifesto yang MENARIK demi MENDAPAT MANDAT dan KEPERCAYAAN kulaan semua...

TAAAPI...setelah gue baca dan dengar secara TELITI manifesto kedua2 parti...termasuk manifesto2 tambahan untuk setiap negeri...apa yang gue dapati adalah DUA situasi yang BERBEZA...walau keliatannya HAMPIR SAMA...

Di sebelah BARISAN NASIONAL...manifesto mereka lebih terarah kepada "memberikan " IKAN SEGAR pada kulaan semua...
Di sebelah PAKATAN RAKYAT pula, manifesto mereka lebih kepada "memberikan" KAIL" dan menunjukkan LUBUK IKAN yang kaya dengan hasil ikannya..asalkan kulaan semua mau memancing...dan harus memancing jika mau mendapatkan ikan.

Kenapa gue ngomong begini...???...Sehingga Disember 2012..BN telah melancarkan dan memberikan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Malaysia..

Ada BR1M...ada BL1M...ada bantuan anak sekolah dsbnya...Bantuan2 ni ada yang sebahagian secara teorinya bagus untuk JANGKA MASA PENDEK...
Kerna apa gue berpendapat bagus untuk JANGKA MASA PENDEK..??

KERNA...dalam menuju NEGARA MAJU seperti yang sering diperkatakan kerajaan, seharusnya rakyat mencaturkan sendiri masa depan mereka TANPA mengharapkan IKHSAN dan segala macam bantuan dari pihak kerajaan...Kerna kalo diliat dari senario semasa...segala macam bantuan ini hanya datang bila menjelang pilihanraya dan bila pihak pemerintah berada dalam keadaan yang "kurang" selesa untuk mengekalkan pemerintahan...Dulu...bantuan2 segini boleh dikatakan NGAK ADA...kalo ada pun NGAK sehebat ini...

Ada PRO dan KONTRAnya bila rakyat sering disogok dengan pelbagai bantuan...terutama pada "kulaan" kita sendiri...

PROnya...bantuan2 ini mungkin boleh menyelesaikan masalah mereka untuk JANGKA PENDEK...

KONTRAnya...jika rakyat terus disetkan mindanya dengan selalu menanti BANTUAN dari KERAJAAN...maka minda rakyat akan terus berada dalam kelas dunia KETIGA dan secara kita tidak sedar sebenarnya berlaku "perhambaan dalam bentuk yang baru"...Ini TERBUKTI bila kita KAJI dan LIHAT secara TELITI...kita akan nampak sebenarnya ANAK MELAYU khususnya dan BUMIPUTERA yang lain TELAH dan MASIH "mengekalkan" KEHILANGAN DAYA SAING mereka walau negara telah MERDEKA selama 55 tahun.
Ini kerana...bila jaminan keistimewaan dan bantuan yang TIDAK putus2 ini secara tidak langsung telah mencorakkan nilai upaya individu yang tertanam dalam diri bangsa Melayu khususnya dan bumiputera lain amnya..

TEMPOYAK TIDAK sesekali mempertikaikan setiap KEISTIMEWAAN yang diberikan kepada bangsa MELAYU dan BUMIPUTERA yang lain...TETAPI..cuma mempersoalkan MEKANISMA yang DIGUNAPAKAI jelas sekali TELAH GAGAL mengimbangi tahap EKONOMI jika dibandingkan dengan bangsa2 lain.

Suka di sini gue mau berkongsi pandangan peribadi gue bersama "kulaan" TEMPOYAK yang lain...iaitu BR1M ataupun BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA...Pada hemat gue...LAGI BAGUS kerajaan BN menggunakan bajet ini untuk menurunkan segala macam harga barangan ataupun cukai seperti petrol..gula..beras dan segalanya..KERNA...barangan2 ini digunakan secara berpanjangan oleh rakyat...ATAU dengan kata lain...barangan ini digunakan oleh setiap rakyat Malaysia SETIAP HARI SAMPAI MATI...Secara logik...jika HARGA petrol rendah, harga keperluan asas yang lain juga akan TURUN kerna DUA punca utama kenaikan harga barangan adalah PETROL dan TOL..

RM500.00 BR1M yang diberikan kepada rakyat...rasanya kalo rakyat yang menetap di bandar. hanya cukup untuk belanja dapur sebulan...Itupun BUKAN semua keluarga cukup RM500.00 untuk belanja dapur sebulan...

Inilah yang pakcik maksudkan manifesto BARISAN NASIONAL lebih kepada "memberikan" IKAN SEGAR kepada rakyat MALAYSIA..

Manifesto PR pula lebih kepada menawarkan KAIL ataupun JORAN kerna mereka BERJANJI untuk menurunkan atau menghapuskan segala macam beban  TIDAK SEDAR rakyat seperti PETROL...TOL...PTPTN dsb...

Secara logik...JIKA BENAR mereka melaksanakan Manifesto mereka ini, rakyat Malaysia akan KURANG terbeban dengan kenaikan harga keperluan asas...

Jadi...sebagai rakyat yang terdiri dari tino dan jate yang LAYAK mengundi...kulaan semua buatlah pilihan yang BIJAK dan TEPAT...Harus juga kulaan ingat...yang menjanjikan KAIL atau JORAN itu belum tentu meletakkan kulaan semua di "paya" ataupun "sungai"...Jika diberikan KAIL atau JORAN tapi dibiarkan kulaan semua di PADANG PASIR...APA GUNANYA....???..Ikan apa yang kulaan boleh kail di situ...???..Kalo dulu BIAWAK DHAB ada juga harga...TAPI sekarang cicak toket pun orang dah TAK BOLEH jual...




Jadi...sesambil melayan lagu Gangnam Tino Jate di atas...renung2kan lah...samada kalian mau KEKALkan untuk kali ini atau INIKALILAH peluang untuk kulaan UBAH apa yang telah sedia ada...

Saaalaaamuaalaikumm..!!

Wednesday, April 24, 2013

INIKALILAH...LAINKALI Sudah Takdo Laey..!!




Salamualaikum...!!..wehhh...!!..kenapa duk termenung tu Dato..??..eermmm...ayahanda pun nampak sugul...eehh..!!!..Tok Guru plak yang tersengih...eerrmm...ni mesti duk berangan nak pakai Rolls-royce limited edition ni kan...hehehehe... Dato nampak sugul ni kenapa...??..menyesalkan ke rugi banyak beli Ferrari kat bini muda baru ni..??...hhmmm...tu lar...pakcik dah nasihat...tak mo dengar...kalo dah tua tu..buat la cara tua..kang lebih elok duit beli Ferrari tu buat beli van jenazah..sedekah kat masjid...



"Apo kono jang...???..Si Milah tu minggu depan dah bertunang...Ekau tu kojo yo bosar...duit nak minang Si Milah pun ekau takdo...Eeermm...sekarang padan ngan muko ekau...Milah dah dikebas Si Sahak Jebeng...dia tu kojo bela kobau yo...sekolah pun dajah tigo tak sompet nak abih...ekau tu belajar sampai unibesiti..kojo pakai tai lebar sekaki..panjang sedopo..taapi...HAMPEH...!!!!"

"Eeeyy omak..!!..Omak jangan la nak nambahkan lagi sodeh den ni haa...Si Sahak Jebeng tu walau skolahnya tak abis...kojo bela kobau...dia takdo utang macam den ni haaa...Den ni blajar sampai unibesiti...kojo baguih...TAPI tiap bulan den KONO BAYAR UTANG duit yang belajar dulu...camno den nak kumpul duit pinang SI MIlah makk...???"


"Eeeeiiii...budak di kaghang aku penampo jugak kang..Aghi2 datang lewat...aghi datang lewat...Apa kau ni nak keje ke tak nak...???..Kalo tak nak keje..banyak lagi orang lain nak keje...!!!"

"Aduish..!!..Boss..saya turun dari rumah SUBUH SAPi'ee lagi boss...nak buat camna...jalan jem..Saya dah lalu HIWAY...dah BAYAR tol..tapi jalan HIWAY yang ADA TOL tu pun macam SIAL boss dia punya JEMM...Kalo boss tak caya..apa kata esok boss datang opis dari rumah saya"...hehehe..

"Budak di kaghang...aku penampo mau sewel 55 tahun"....



Lagu ni pakcik TUJUKAN khas buek semua orang2 yang terlibat dalam POLITIK2 kodai kopi...HAYATIlah LIRIKnya...hahahaha...

Eeermmm...pakcik malas nak ulas apa tentang "bau" TEMPOYAK kali ni..ekau2 semua tengok la clip2 bideo yang ado ket atas tu..renung2kan...lopeh tu buat la penilaian....

INIKALILAH...atau...LAINKALILAH...

Assalamualaikum...!!!

Tuesday, April 23, 2013

IniKalilah VS Janji Ditepati




 eeerrmmm....bukan senang nak jadi JURI nih...!!..

Pening nak milih LIRIK mana yang TERBAIK....

Bagaimana pilihan ANDA sebagai JURI AWAM...???





Monday, April 22, 2013

Teori R.A.H.M.A.N..adakah sekadar TEORI...ataupun sebenarnya REALITI..??

Assalamualaikum....Bapak2 bekas menteri..Ketua2 Bahagian...Ustaz2 politik...cikgu2 yang bersemangat tinggi..pelajar2 IPT yg baru pertama kali nak mengundi..driver2 lori...penjaja2 roti..tauke2 ikan...peniaga2 nasi dagang....Selamat Berkempen pakcik ucapkan pada semua...TAPI...sabarrr dulu...jangan keluar rumah pepagi untuk pergi mengundi dulu...tunggu dulu 5 Mei 2013...Sekarang ni berjinak2lah dengan kedai kopi dulu...kerana semua maklumat terkini dan breaking news ADA di situ...hahaha...

Owkeyy...kali ini..TEMPOYAK akan menyentuh sedikit tentang satu "permainan" saintis...iaitu TEORI...kerana apa pakcik panggilnya "permainan" saintis...???..Sebab kalo penjual burger..mereka TIDAK menggunakan TEORI...hanya TANGAN dan JARI sahaja yg boleh menyiapkan sebiji burger...hehehe....

Teori R.A.H.M.A.N...satu teori yang sering bermain dibibir orang2 yang terlibat dan berminat dengan politik...Satu teori yang menghuraikan nama2 pemimpin yang memegang jawatan PERDANA MENTERI di Malaysia...akan TETAPI...bagi penjual burger dan pemandu teksi...mereka lebih gemarkan TEORI ekonomi...kerana ekonomi yang bagus akan lebih meramaikan penumpang teksi dan pembeli burger...DAN...ada pelanggan burger yang SANGGUP menaiki teksi untuk membeli sebiji burger...hahhaha....

Orite..udah2 mengarut dan melalut dulu...biar pakcik huraikan apa makna R.A.H.M.A.N ni...berdasarkan maklumat yang pakcik dapat dari "saintis" bersara yang suka makan maggi...

    R  =  Tunku Abdul RAHMAN                - Perdana Menteri Malaysia Pertama
    A  =  Tun ABDUL RAZAK                    - Perdana Menteri Malaysia Kedua
    H  =  Tun HUSSEIN Onn                     - Perdana Menteri Malaysia Ketiga
    M  =  Tun MAHATHIR Mohamad           - Perdana Menteri Malaysia Keempat
    A  =  Tun ABDULLAH Ahmad Badawi    - Perdana Menteri Malaysia Kelima
    N  =  Dato Seri NAJIB Tun Abdul Razak- Perdana Menteri Malaysia Keenam

Persoalannya....kenapa TEMPOYAK duk sibuk2 nak tulis pasal teori bagai sekarang ni..???..Ini dah jauh lari "tajuk" serta "bau" TEMPOYAK...Owkey...ginilah yer..biar pakcik TOLONG jawabkan...TEMPOYAK jadi berminat untuk menulis tentang teori atau politik bagai ni SEBAB...sekarang ni adalah musim PILIHANRAYA di MALAYSIA...musim RAKYAT MALAYSIA memilih pemimpin yang akan menerajui MALAYSIA...Oleh kerana itu..TEMPOYAK teringin gak la merasa "bau2" haruman lain SELAIN dari bau "durian reject" yang sering digunakan untuk menghasilkan TEMPOYAK...Jaaadiii...pakcik amat berharaplah agar abang2 long..ayah2anda..adik2..macai2...TIDAK mengambil hati maupun terasa hati dengan "keteluaran" bau TEMPOYAK kali ni..OK...????...eermmm...camtu lar...

Ok...kita sambung....JIKA dilihat pada senario hari ini..PRU13 adalah YANG TERSENGIT dan yang PALING SUKAR untuk kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib....Kenapa pakcik kata demikian...???

Kalau diLIHAT pada calon2 awal Barisan Nasional dan juga pada HARI penamaan calon, kem BARISAN NASIONAL sendiri bergoyang bagai ditiup badai...DUN Johol dan DUN Seri Setia terpaksa digantikan dengan orang lain yang bukan dicalonkan diperingkat awal...Pada hari penamaan calon, Kuala Kangsar bergolak kerana orang kuat WANITA Umno bertanding atas tiket BEBAS...begitu juga bekas Timbalan Menteri yang bertanding atas tiket BEBAS...Pada hemat pakcik..perkara2 sebegini tidak berlaku dulu..kalo ada pun...MUNGKIN pakcik TAK TAHU ataupun TAK INGAT...

Kekuatan pembangkang juga amat terserlah setelah badai Tsunami politik 2008...Pada tahun 2008 dulu...ada yang beranggapan apa yang berlaku adalah MAINAN anak2 muda yang ingin CUBA dan maukan SEDIKIT perubahan...akan tetapi...JIKA diLIHAT pada hari ini...badai Tsunami ini nampak macam BELUM berakhir...malah.... seakan2 AKAN muncul pula PUTING BELIUNG yang maha dahsyat...

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Najib TELAH berusaha sedaya mungkin menutupi dan memperbaiki setiap "kebocoran" yang berlaku dalam parti...AKAN TETAPI...ramai yang beranggapan...usaha ini AGAK TERLEWAT...Apapun pakcik TIDAK boleh mengulas lebih lanjut..KERANA..tarikh 5 Mei 2013 adalah PENENTU...

Secara peribadi...pakcik berpendapat..sekiranya jentera2 Barisan Nasional bekerja dengan bersungguh2 dan ikhlas..maka TEORI R.A.H.M.A.N. akan TETAP sebagai TEORI...BUKANnya REALITI....TETAPI....Jika Barisan Nasional terus leka..layu...dan longlai...cah keting..kerat..TEORI ini TIDAK mustahil bertukar kepada REALITI

Pakcik juga berpendapat..KEKALAHAN yang berlaku pada BARISAN NASIONAL selama ini BUKANlah kerana sesuatu tempat itu KUBU KUAT parti lawan..AKAN TETAPI..KEKALAHAN itu BERLAKU kerana meluasnya BUDAYA KERAT..CAH KETING...SABOTAJ dsbnya dalam Barisan Nasional sendiri..Lihat saja apa yang berlaku selama 22tahun di Kelantan...Ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian pakcik sendiri...

Orite...pakcik ghaso..setakat ni lah dulu cito TEORI ni...kita sama2lah TUNGGU keputusannya nanti pada 5hb MEI 2013..samada R.A.H.M.A.N ni hanya sekadar TEORI ataupun REALITI...Jangan lupo adik kakok pokcik mokcik KELUAR mengundi tau..Jangan ekau ghosakkan pulak koteh undi tu...baghu kita dapek tau TEORI ko REALITI...

Botul ko depa2 ni keluar dari UMNO..??..Yang tau sejarah PASTI dapat citokan pada pakcik..



                   Layan Lagu Mengundi Sementara Tunggu Hari Mengundi
                           

Saturday, April 20, 2013

ANALISIS AWAL PRU13 - DARI PERSPEKTIF PERIBADI

ANALISIS AWAL PRU13 - DARI PERSPEKTIF PERIBADI

Hari ni..20hb APRIL 2013...semboyan PRU13 telah dibunyikan secara rasmi dengan memasing parti memperkenalkan jeneral "perang" secara rasmi...

Memang seperti yang dijangka..BANYAK kejutan berlaku...banyak PERPECAHAN dalaman berlaku gara2 senarai calon awal yang diumumkan...dan ramai insan yang kecewa dengan parti sendiri memulakan langkah baru dengan menyertai golongan BEBAS..PRU13 juga menampilkan PALING RAMAI calon BEBAS bertanding di seluruh negara...tidak kira diperingkat DUN maupun Parlimen.

Paling mengejutkan pakcik..apabila DS Najib TIDAK mencalonkan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim di kerusi Parlimen...penyudahnya..Datuk Kamilia bertanding atas tiket BEBAS di Parlimen Kuala Kangsar...Tindakan Datuk Kamilia ini pada pakcik, akan memecah belahkan UNDI rakyat Kuala Kangsar kepada BN dan adalah AMAT TIPIS untuk BN memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar...

Beralih ke PASIR MAS..bandar etok yang ada "katak"...hahaha...Kejutan yang berlaku memang di luar jangka...'Idola" pakcik dalam politik Malaysia, Dato Ibrahim Ali khabarnya hanya akan menentang calon dari PAS kerana calon BN TIDAK menghantar borang pencalonan dalam waktu yang ditetapkan...eermmm...agak menarik situasi ni sebenarnya...Ada yang bertanya pada pakcik.."Apa sudah jadi??.."..Pada pakcik..penarikan Johan Che Pa ini hanyalah tindakan BIJAK DS Najib untuk TIDAK mengecilkan hati orang2 BN Pasir Mas...sebabnya..??..sebabnya..Tun Mahathir pernah berkata..dia setuju jika Dato Ibrahim Ali dicalonkan di Pasir Mas atas tiket BN untuk PRU13 nanti...Pada pandangan pakcik..pendapat Tun M diambil kira oleh pucuk pimpinan tertinggi BN...Ini kerana Dato Ibrahim Ali adalah calon yang BOLEH MENANG di Pasir Mas...Beliau adalah seorang yang cekal selain sifat PEMURAH beliau pada rakyat PASIR MAS..

Bertolak ke Parlimen Pekan...pertemuan DUA penjuru DS Najib dan PKR..pada pakcik DS Najib akan MENANG MUDAH di Pekan..satu2nya kerusi yang disandangnya sejak puluhan tahun...

Kita jenguk dan kelobek di Kelantan...eermmm...Negeri yang selalu UNIK dari segi keputusan PRU...Negeri yang rakyatnya selalu susah dijangka apabila membuat keputusan dalam PRU...Negeri yang sebenarnya BUKAN KUBU KUAT untuk mana2 parti..Apa yang menarik...PRU13 mencalonkan 4 orang sahabat pakcik untuk bertanding atas tiket BN..2 orang atas tiket PAS dan seorang anak sepupu atas tiket PKR. Kalo dilihat senario semasa..calon BN yang akan kembali diberi mandat besar oleh pengundi di Kelantan adalah Tan Sri Annuar Musa yang bertanding di Parlimen Ketereh..Ini kerana TSAM adalah seorang ahli politik yang TIDAK pernah jemu berbakti kepada pengundi kawasannya samada semasa menang ataupun semasa beliau tidak mempunyai apa2 jawatan dalam politik..Pengaruhnya sebagai Presiden KAFA sedikit sebanyak akan membantu momentum politik beliau..Pada pandangan pakcik, tindakan DS Najib mencalonkan TSAM kembali ke kerusi Parlimen adalah satu langkah yang PALING BIJAK...Dato Ikhmal Hisyam di parlimen Tanah Merah...seorang ORANG LUAR dan bukan warga TANAH MERAH..akan tetapi Dato Ikhmal Hisyam bukan seorang yang ASING pada pengundi Tanah Merah...Beliau terlalu banyak menabur jasa dan bakti...Van jenazah utk setiap DUN..penapis air untuk rakyau Tanah Merah dan pelbagai lagi sumbangan yang beliau berikan sejak dari dulu sebelum memegang Ketua Bahagian UMNO  harus diambil kira..Cumaa.....pakcik cuma risau beliau akan DIKERAT oleh satu lagi PUAK dalam UMNO Tanah Merah yang selalu TIDAK berpuas hati dengan beliau..DUN Bukit Panau menyaksikan pertembungan 2 calon yang pernah berentap dulu...Abdul Fattah Mahhmod dan Ustaz Baharuddin dari BN...Kedua2 calon dekat dengan rakyat dan senang dibawa berbincang...DUN Bukit Panau ini hanya terserah pada rezeki Allah Taala selain kedua calon harus bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat Bandar Tanah Merah...

Lari sebentar ke Machang...bandar yang mempunyai sejarah dan keunikan politik di Kelantan...Dua orang sahabat pakcik bertanding atas tiket BN di sini..Dato Jazlan Yaakub di Parlimen Machang dan Ustaz Halim di DUN Pulai Chondong...eermmm...agak bijak DS Najib mencalonkan Jazlan bertanding di kerusi Parlimen...Pakcik kata begini kerana Jazlan memang seorang yang disenangi oleh penduduk Mache samada oleh penyokong PAS maupun BN...Jazlan MESRA dengan semua orang Mache..Pada pakcik..peluang Jazlan untuk menang di Parlimen Mache tahun ni adalah BESAR sekiranya beliau TIDAK diCANTAS...Usraz Halim..eermm..low profile..DUN Pulai Chondong ni agak susah untuk diramalkan kerana di sini antara kubu kuat PAS sejak dari dulu...pada pakcik, peluang Ustaz Halim hanya 50-50..

Secara keseluruhan..pada pakcik, PRU13 ini akan melihatkan pertambahan kerusi Parlimen yang akan dimenangi BARISAN NASIONAL di Kelantan...bagi DUN pula..PAS tetap dapat mempertahankan kemenangan untuk penggal seterusnya..

Parlimen Pandan...eermmm...ini kerusi yang SELESA untuk Rafizi Ramli walau lawan 3 penjuru..Kenapa pakcik kata camni..??..Pandan merupakan kawasan MELAYU..majoriti pengundi adalah Melayu...dan Rafizi Ramli adalah SATU2nya calon MELAYU yang bertanding di kawasan ni..SO...???...sendiri mau ingat la abe adik...

Eermm...SELANGOR...satu negeri yang PALING diKEHENDAKI oleh BN...Pada pandangan berdasarkan risikan..perbualan..dan tempat2 yang pakcik singgah dan lawati sepanjang bubarnya Parlimen sehingga ke awal pagi tadi sebelum penamaan calon...SELANGOR amat2 SUKAR untuk diTAWAN kembali oleh BARISAN NASIONAL...apapun...masa ada lagi 2 minggu untuk calon2 dan jentera2 berusaha ALL OUT untuk menawan kembali hati rakyat yang pernah TERLUKA...

SABAH...kata orang fixed deposit BN...tapi kalo melihat pada senario terkini PRU13, ianya lebih kepada CURRENT ACCOUNT sahaja...Apapun...keputusan di SABAH akan mempengaruhi PARLIMEN dan KERAJAAN Malaysia nanti..

PRU13 juga PALING RAMAI menampilkan ARTIS sebagai calon...satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia...Tapi pada pakcik, mencalonkan artis sebagai calon TIDAK akan membawa perubahan pada parti politik berkenaan kerana rakyat Malaysia BIJAK untuk memilih calon yang BOLEH BEKERJA dan calon yang MENCARI GLAMOUR...Apapun..kita boleh lihat keputusannya nanti...pertembungan Aisyah JANJI MANISMU dengan Isa Samad JANJI DITEPATI...Azalina VS Dayangku Intan...Herman Tino VS Noh Omar kalo tak silap pakcik...

Ok...setakat ini analisis awal yang sempat pakcik utarakan..Insyaallah akan ada susulan jika pakcik TAK MENYIBUKKAN diri BERKEMPEN...Salam hormat dan SEMOGA BERJAYA kepada calon2 YANG BERTANDING dalam PRU13 ni di SELURUH NEGARA

Wednesday, March 21, 2012

Langkawi : Keindahan Dan Masa Depan Melayu Chenang

Assalamualaikum....!!!..Apa kabar tokwan2...ayah2anda...abang2 long...abang2 teksi...brader2 bot...driver2 lori...para pemuja kecantikan...para politikus...cikgu2...para sahabat yang di pejabat...sahabat yang di lautan dan semuanya...Pakcik di TEMPOYAK mengharapkan kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera selalu...

Agak terlalu lama 'bekas' TEMPOYAK ini dibiarkan terkatup rapat...bukan kerana pakcik melupakannya...akan tetapi terlalu banyak perkara dan hal yang terpaksa pakcik selesaikan demi meneruskan kehidupan yang sentiasa berubah akan cuacanya....Bak kata orang...lagi lama TEMPOYAK diperam...lagi tengit baunya bila dibuka...

Terima kasih berjuta pakcik ucapkan kepada followers setia yang tidak pernah jemu membaca dan mengikuti perkembangan akan bau TEMPOYAK walau di mana kalian berada...Sesungguhnya...kesetiaan kalianlah yang membuatkan pakcik kuat mengumpul dan mengutip 'durian-durian' untuk dijadikan TEMPOYAK...Bak kata orang...untuk menghasilkan tempoyak yang bagus...jangan hanya gunakan durian yang telah masam...perlu juga dicampur dengan durian yang segar supaya aromanya tidak terlalu menyegat...

Owkey....kali ini pakcik akan cuba membuat TEMPOYAK dari 'durian' Langkawi...'Durian' yang kebanyakannya pakcik kutip dan kumpul semasa mengembara ke sana dulu...'Durian' yang masih hangat dan panas...yang masih agak 'liat' untuk dikopek...

Jeti Kuah...Tempat pertama yang dipijak kiranya melalui jalan laut ke Pulau Langkawi

Langkawi....sebut saja nama ini...pastinya orang Malaysia akan teringat dengan satu lagenda...Lagenda yang kononnya seorang wanita mengalirkan darah yang berwarna putih semasa dibunuh gara2 fitnah...Lagenda yang kononnya Langkawi akan menjadi Padang Jarak Padang Tekukur selama 7 keturunan dek kerana sumpahannya...Sumpahan amarah seorang wanita lagenda bernama MAHSURI...

Antara pulau2 yang ada di sekeliling Pulau Langkawi

Kini.... 7 keturunan telah berlalu...dan Langkawi merupakan destinasi yang dituju oleh ramai manusia dari seluruh pelusuk dunia...
Pakcik kali terakhir mengunjungi pulau ini 16 tahun yang lalu...dan selepas 16 tahun...pakcik kembali ke pulau ini...Terlalu banyak perubahan yang berlaku selama 16 tahun yang lampau...akan tetapi Langkawi tetap mengekalkan keindahannya...

Jika Indonesia berbangga dengan Bali...seharusnya Malaysia boleh berbangga dengan Langkawi walau ada lagi pulau2 lain seperti Tioman dan Perhentian...

Eeermmm...owkey...setiap orang yang pergi ke Pulau Langkawi ada tujuan masing2...Kalau orang Malaysia ke Langkawi, biasanya ada 3 tujuan berbeza...Golongan pertama : Pergi untuk membeli belah...Ini kerana Langkawi merupakan pulau bebas cukai dan syurga pinggan mangkuk dan coklat...Golongan ini biasanya tidak menghiraukan apa2 pun yang ada di Langkawi selain membeli belah...Bagi mereka, masa yang dibazirkan untuk aktiviti lain selain membeli belah amatlah rugi...hahaha

Kakak2 ini datang dari Muar, Johor untuk shopping


Nah...!!..Ambik ngko...ni baru sorang punya barang...depa datang satu bas

Errmmm...tu golongan pertama...Golongan kedua pula pergi ke Langkawi untuk bercuti...Untuk melepaskan tekanan...Berbulan madu...Hilangkan tekanan dek kerana putus cinta...mungkin kerana cinta yang disemai disirami racun...Mencari cinta yang entah di mana...dan pelbagai tujuan dan niat yang tersirat...Biasanya golongan ini tidak berapa menumpukan sangat kepada aktiviti membeli belah...Mereka ke Langkawi untuk enjoy dan menikmati keindahan Langkawi dengan pelbagai cara mereka...

Bercuti bujang solo begini pastinya sedang membawa hati yang lara dan mencari penawar duka (sekadar gambar hiasan)

Hahaha...eermmm...manakala golongan ketiga rakyat Malaysia ke Langkawi adalah untuk mengembara...Mengembara mengenali budaya dan kehidupan masyarakat Langkawi secara lebih dekat...Golongan ini biasanya banyak menghabiskan masa berbual dan berbicara dengan masyarakat setempat...Mereka bukanlah wartawan...cuma sekadar ingin mengetahui sosiobudaya masyarakat setempat dengan lebih telus tanpa merujuk pada mana2 bahan bacaan atau kabar angin.

Golongan ini juga akan menikmati apa saja yang ada di Langkawi baik dari segi makanan...aktiviti laut...dan menyusuri setiap penjuru pulau dengan lebih terperinci..

Gaya seorang pengembara..Ringkas dan mudah (sekadar gambar hiasan )

Haaaa....itulah 3 kategori tujuan rakyat Malaysia ke Pulau Langkawi...dalam ketiga2 kategori tersebut, kategori pertama dan kedua merupakan kelompok teramai...manakala kategori ketiga hanyalah segelintir sahaja...

Oh yaaa...Selain dari keindahan2 yang terdapat di Langkawi, pakcik juga akan sentuh sedikit tentang masa depan orang2 Melayu Chenang, Langkawi di dalam TEMPOYAK kali ini...Ini kerana daripada apa yang pakcik dengar, kawasan Pantai Chenang dalam proses pengambil alihan oleh pihak2 tertentu untuk dimajukan...

Pulau yang berhampiran dengan Tasik Dayang Bunting


Dari apa yang pakcik perhatikan...rata2 pengusaha chalet dan rest house serta sukan2 air yang terdapat di Pantai Chenang adalah terdiri dari bangsa Melayu...Dan di Chenang juga masih boleh didapati chalet2 dan rest house yang berharga di bawah RM100 untuk sehari. Sekiranya kawasan ini diambil dan dimajukan oleh pihak2 tertentu, sudah tentu sewa untuk kediaman di sini akan meningkat naik dan golongan pengusaha ini akan kehilangan ataupun terjejas pendapatan mereka...

Antara rest house yang diusahakan bumiputera di Pantai Chenang


Perlu diingat...setiap orang yang pergi ke Langkawi walau apa tujuannya, mereka hanyalah menggunakan bilik hanya untuk tidur untuk sekejab sahaja. Jadi amatlah rugi kalau bilik dibayar RM300-400 sehari sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk mencairkan ekonomi Langkawi seperti membeli belah ataupun aktiviti yang lain.

Bot...satu perniagaan yang hampir 100% dikuasai orang Melayu...disewa pelancong untuk ke pulau2 berhampiran


Harus diingat...pelancong asing yang pergi ke Langkawi tidak berapa membantu dalam menggerakkan ekonomi Langkawi selain untuk hotel...Akan tetapi orang Malaysia ke Langkawi, mereka mencairkan duit dan menggerakkan ekonomi Langkawi dengan pelbagai aktiviti membeli belah. Mereka tidak perlu membayar dan mendiami hotel yang mewah kerana mereka ke Langkawi untuk tujuan lain.

Pulau Beras Basah....airnya sejernih beras yang basah



Oleh itu...sebagai orang dari luar Chenang dan luar Langkawi...pakcik amat berharap agar pihak2 berwajib terus mengekalkan kawasan Pantai Chenang seperti sekarang tanpa perlu diambil dan dimajukan oleh pihak2 tertentu...Biarlah bangsa Melayu yang berniaga dan mengusahakan apa jenis perniagaan di kawasan Pantai Chenang terus diberi peluang meneruskan perniagaan mereka.

Indahnya dunia ciptaan Ilahi


Sekurang2nya dengan langkah pengekalan ini, dapat kita "menyelamatkan" puluhan kedai di Pekan Kuah yang menjual pelbagai barangan juga kebanyakannya dimiliki bangsa Melayu...

Antara kedai yang digemari pengunjung yang datang ke Langkawi untuk shopping...Milik bumiputera dan kebanyakan pekerjanya juga berbangsa Melayu


Kekurangan pengunjung tempatan sekiranya disebabkan kos penginapan yang tinggi secara tidak langsung akan melumpuhkan ekonomi Langkawi terutama peniaga2 barangan bebas cukai.

Pak Husin...pemandu teksi paling lama di Langkawi

Secara peribadi juga...pakcik berbangga kerana di kawasan Pantai Chenang, rata2 'beach guide' yang menjalankan aktiviti watersport atau sukan air dimonopoli oleh anak2 Melayu sebagai tenaga mahir. Mereka menjalankan tanggung jawab dengan penuh tekun dan dedikasi. Ini dapat dilihat disepanjang Pantai Chenang...dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan air yang dikendalikan oleh anak2 Melayu yang kebanyakannya anak2 tempatan yang memang membesar di kawasan Chenang.

Aktiviti Parasailing

Akhir sekali...sebagai penutup TEMPOYAK dan konklusi pada Kembara Langkawi kali ini...pakcik amat berharap pihak kerajaan terutamanya lebih prihatin terhadap nasib penduduk Langkawi khususnya penduduk melayu di sekitar Pantai Chenang...Dan kepada penduduk melayu Pantai Chenang...nasihat pakcik, cubalah sedaya upaya untuk bersatu hati mempertahankan Pantai Chenang agar terus menjadi milik kalian..

Banana boat dan jet ski merupakan sukan air yang digemari pengunjung Pantai Chenang


Jangan gadaikan apa yang kalian miliki di Pantai Chenang untuk sejumlah pampasan yang mungkin ditawarkan agar keaslian dan rupa Pantai Chenang dapat terus dikekalkan sampai bebila.

Burung Helang dan Langkawi terlalu sinonim..replika burung helang di Dataran Helang, Langkawi


Terima kasih juga dari TEMPOYAK untuk Pak Husin...Abg Mi...Abg Shah dan Abg Man dari kumpulan pemandu teksi Langkawi...tidak lupa juga kepada Kak Mas...Su dan Onie yang selalu happening sepanjang di Chenang...juga kepada Wan...Farouk...Botak dan semua watersport boy cum beach guide yang beroperasi di sepanjang Pantai Chenang yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar di sepanjang pengembaraan pakcik kali ini...

Captain JACK <JackNemoz @ twitter>


Moga kita akan bersua lagi sekiranya ada rezeki yang dikurniakan Ilahi...dan...hayatilah lagu "SAILING" di bawah ini....
CUSSS.....!!!

 


Sunday, November 27, 2011

Ku Tetap Menunggu

Salam kulaan kepada semua peminat "TEMPOYAK"...Sudah terlalu lama pakcik tidak "membuka" bekas "TEMPOYAK" ni..sehinggakan "baunya" agak terlalu kuat...

Apa kabar abg2 lori...brader2 teksi..kakak2 yg dikasihi...adik2 yg dirindui..??. Pakcik harap kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati..Pakcik di "TEMPOYAK" selalu mendoakan kalian agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik agar kalian masih berkesempatan mengikuti dan "menghidu" kewangian bau "TEMPOYAK" yg pakcik hidangkan...hahaha...

Owkey...dipertemuan kali ini...pakcik akan cuba mengupas tentang perasaan...Iyaa...bila disebut perasaan...pastilah ianya berkaian dengan makluk yg bergelar manusia...kerana setakat hari ni..apa yg pakcik di "TEMPOYAK" tahu...Toyol2 ciptaan David Teo belum lagi dikurniakan dengan "perasaan"....hahaha..

C.I.N.T.A....sebuah perasaan yg indah....yg dikurniakan tuhan kepada makhluk bergelar manusia...Ada manusia yg sering putus cinta....ada manusia yg cintanya tak berbalas....ada manusia yg penuh dengan cinta...ada manusia yg menagih cinta....ada manusia yg langsung takde perasaan cinta...ada manusia yg jadi kaya tetiba kerana cinta...ada manusia yg merempat kerana cinta....Bermacam2 definisi...pengertian dan peristiwa yg berbeza diterjemahkan oleh manusia bila disebut perkataan C.I.N.T.A....


 


Lagu ini...pada sesetengah perempuan, bila suami atau teman lelaki mereka menyukainya...maka lagu ini dianggap lagu yang dinyanyikan oleh perempuan gatal atau miang...hahaha...Kerana apa mereka membenci lagu ini...????...Pakcik gag ada komennya...Bagus kamu yg "menghidu" TEMPOYAK ini sendiri yg menjawabnya...hahaha...

Bagi pakcik...lagu ini ada lagu tentang kesetiaan dan kekuatan sebuah cinta...Ibarat kata Aris Ariwatan dalam lirik lagunya.."Cinta Tak Kenal Siapa...Hadir Tanpa Dipaksa"....hahaha...

Para kulaan mungkalku sekelian...pakcik hanya ingin sampaikan pesan...Hargailah setiap rasa cinta yang terbit dari hati kalian...Ingat..!!!...Cinta itu BUKAN hakmilik kamu...ianya adalah ANUGERAH yang dikurniakan ilahi terhadap kamu...dan CINTA itu tidak seharusnya DIMILIKI....ianya boleh DIKONGSI...eeermmm...Salah pakcik cakap..???...Renung2kan...dan selamat menyintai orang yang kamu CINTAI....